Mar 1, 2010

Scha Dengan Awal, Diana Danielle Dengan Farid Kamil?

Hehehe,what and odd couple! Awal ala-ala lembut,Scha pulak keras macam tomboy! Huahuahua Sapa nak jawab? Tidak lama selepas Awal mengatakan dia sedang 'keluar' bersama-sama seseorang kini Scha pula mengakui yang dia sedang 'keluar' bersama-sama dengan Awal.Sama tinggi,sama cute dan cukup sepadan bagi Rokku.Scha cuba bermain teka teki dengan tidak menberitahu siapakah jejaka yang sedang berdating dengannya dan bila dia ditanya adakah lelaki itu Awal? Scha dengan tersenyum menjawab Awal adalah lelaki yang 'paling baik' dengan saya sekarang.Nak cakap kami berdating rasa 'geli' lah pulak nak guna perkataan dating tetapi memang kami ada 'keluar' bersama.

Alahh mengaku je lah,susah tol lah dengan artis Malaysia yang suka berahsia dan berteka teki ni.Nak sorok macam mana? Selagi Rokku ada korang tak boleh sorok apa-apa! Huhuhuhu Kalau dah dapat pengantinya si abang Fahrin tu elok lah kan? Penat jadi single nih,bila bercinta dan dalam hati tu dah ada taman! Semangat untuk berkerja dan melakukan yang 'terbaik' tu pasti lebih meluap-luap bak pop corn panas yang sedang di goreng! Hekhekhek..Semoga perhubungan kali ini membawa berkat hingga ke jinjang pelamin dan bukan membawa lebam dimuka ye Scha?


Ni kisah Diana Danielle pulak berteka teki,dari jawapanya nampak sangat yang Diana memang sedang bercinta dengan Farid Kamil.Diana tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan pertanyaan yang diajukan kepadanya! Jadi diorang ni bercinta ke tak? Bak Rokku jawab kan sebab Diana tersipu malu sambil tersenyum dan menampakkan lesung pipit beliau yang cute itu. Diana dengan Farid memang sedang bercinta dan dah kantoi pon! Siap keluar dating dan makan suap menyuap lagi! Huhuhu,nampak sangat dari senyuman dan gerak geri yang mereka berdua ni memang sedang dilamun cinta!

Rokku tak kisah kalau diorang nak berahsia,tapi apa kejadahnya dalam berahsia tu mereka siap kasi hint yang memang betul mereka sedang bercinta? Sorang cakap saya sedang keluar dengan seseorang dan bila ditanya adakah lelaki itu Awal? Dia kasi hint balik dengan terang benderang dengan mengiyakan kenyataan yang dikatakan rahsia itu.Sorang lagi tidak mahu lagi kisah peribadi mengatasi kisah kerjayanya,atas alasan yang dia tidak mahu kisah silam berulang kembali.Tapi sorok punya sorok,kantoi jugak! Hahahaha Semua orang dah nampak Diana dan Farid berdating sambil makan malam bersama dalam keadaan yang romantik bak filem terbitan Yusuf Haslam! Mana nak sorok? Siap manja-manja dan senyum-senyum kambing ketika dinner tu.Bawa pulak kawan-kawan nak cover line,tapi cover line tak menjadi sebab nampak sangat aura percintaan terbit dari pandangan mata mereka berdua,Aduhhhh... Jangan dah putus nanti baru nak mengaku dh putus macam Erra dan Hans dulu.Takde angin takde ribut,tiba-tiba putus lak! Macam-macam!

5 comments:

Rokku said...
This comment has been removed by the author.
Ayu Rumi said...

Scha dengan Awal memang tak sesuwai lah,nampak tak sejiwa..

Diana dengan Farid kamil memang sesuwai,i like.. :)

Anonymous said...

sesuai aper? sibok lah kau ni ayu

Rokku said...

korang bayangkan wajah anak-anak diorang..kehkehkeh

Liyka^Hunnybie said...

x sesuai ar awal dgn scha.. awal lembut, scha ganas.. mak ai!!!

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics