Jimmy Shanley sudah pun mengendalikan Trek Selebriti selama hampir 7 tahun dan selepas mendapat tawaran bagi mengacarakan AF8 Jimmy mengambil keputusan untuk meninggalkan Trek Selebriti sekaligus membuka peluang kepada pengacara baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jimmy.Banyak nama muncul dan diperkatakan bakal mengisi tempat rancangan popular di Astro Ria itu antaranya termasuklah Zizan Raja Lawak,Yasmin Hani dan Sazzy Falak.Tapi menurut sumber terbaru yang Rokku dengar bukan mereka yang dipilih sebagai pengganti Jimmy tetapi nama Aril AF7 yang muncul dan dikatakan Aril telah pun memulakan tugasnya mengacarakan siri terbaru Trek Selebriti edisi Akademi Fantasia.
Korang mungkin taktau yang Aril pernah menjadi pengacara satu program remaja yang suam-suam kuku di RTM 1 sebelum dia menyertai AF.Menurut sumber itu Aril sangat bersemangat bagi memulakan tugasnya sebagai pengacara baru Trek Selebriti dan kelihatan begitu berkeyakinan ketika mengendalikan Trek Selebriti.
Untuk Aril Rokku ucapkan good luck,nak challenge Jimmy dan apa yang telah Jimmy lakukan untuk Trek Selebriti bukannya sesuatu yang mudah!
Hampir 7 tahun mengendalikan Trek Selebriti pasti ramai yang berasa kekok apabila Aril pula mengisi tempat baru sebagai pengacara dan diharap kalau ada kritikan yang datang jangan pulak sentap tak tentu pasal ambil semua tu sebagai panduan dan perbaiki mutu pengacaraan anda! Jimmy masa first episod mengendalikan Trek Selebriti pon kekok jugak! Macam robot je,keras semacam.Dah lama-lama lembut pulak jadinya si Jimmy tu! Huahuahua..Rokku tak suka nak mempertikai kan keputusan yang diambil Astro ni kerana Rokku sendiri merasakan perlunya bakat-bakat baru diberikan peluang dan ruang untuk muncul dan menggantikan muka-muka lama sebab kadang-kadang tu rasa muak jugak asik muka yang sama je!
No comments:
Post a Comment