Mar 22, 2010
" Abang Nash Support Hobi Dan Minat Saya " Betty Benafe
Memang nampak sweet la diorang berdua ni dan paling best adalah yang Nash dan Betty tak pernah berselindung dengan kenyataan percintaan mereka berdua.Bukan Rokku aje tapi korang pun mesti nak Betty dengan lagenda rock Malaysia Nash ni mengakhiri perhubungan mereka ke jinjang pelamin kan? Ni kisah hobi terbaru Betty yang sekarang suka dengan seni mempertahankan diri dari Thailand iaitu Muay Thai.Huih..Ganas gak kan? Kalau nak ganas dengan Nash kena tunggu kahwin dulu eh Betty! XD
" Sebenarnya saya kurang selesa berbicara tentang rahsia hati,Cukuplah saya sekadar berkata yang kami masih rapat seperti dulu namun kesempatan untuk bersama agak kurang "
" Abang Nash rajin menelefon dan bertanya khabar dan kerana terlalu sibuk dengan bisnesnya kami selalu berSMS dan bergayut ditelefon.
" Dia selalu memberikan sokongan untuk saya melakukan apa yang mengembirakan saya dan Abang Nash sukakan wanita yang berdikari dan tidak berkepit denganya dan saya pula menyenangi lelaki yang memberikan ruang kepada saya untuk mengembangkan hobi yang saya minati. Ulas Betty
" Aktiviti Muay Thai ni banyak mengunakan pergerakkan kaki dan tangan.Kaki sampai luka-luka dan melecet.Abang Nash hanya ketawa tengok macam mana Betty bersungguh-sungguh menjalani aktiviti ini."
Bila ditanya mengenai mengakhiri zaman bujang Betty hanya tersenyum dan tidak mahu terlalu memperkatakan tentangnya.
" Bukan tak terfikir ke arah perkahwinan tapi mungkin juga hubungan kami telah menjadi sangat selesa kerana dia seperti abang saya dan saya adiknya "
" Kadang-kadang bila kita telah terlalu selesa,soal cinta itu datang pada akhirnya dan biarlah cinta itu berjalan sendiri.Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan "
Betul tu,kadang-kadang rancang bagai nak rak! Kahwin bajet sampai ratus ribu akhirnya 10 hari je bertahan.Tak ke naya? Lebih baik go slow dan betul-betul menyiapkan diri untuk fasa tersebut.Rokku rasa Nash sendiri amat serius bersama dengan Betty,Ntah-ntah dalam diam diorang dah merancang sesuatu dan kata-kata Betty kat atas tu tak boleh pakai langsung! Haahaha..Tup tup bulan depan dah umum nak tamatkan zaman bujang! Betty pun dah meningkat usia,nanti berlumut susah! Wakakaka..Perkara baik nanti heboh-hebohkan lah ye Betty dan 'Abang Nash'? Peminat doakan yang terbaik aje untuk anda berdua!
No comments:
Post a Comment