Mar 13, 2010

Azean Irdawati Pertahankan Benjy!



Akhirnya Azean Irdawati telah tampil dengan kenyataan pertamanya sejak semalam dimana tersebarnya berita tentang penangkapan anak lelaki tunggalnya Benjy yang dikatakan memiliki dadah bernilai RM 650,000 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori! Azean Irdawati mempersoalkan kenapa Benjy yang ditangkap di Segambut tetapi kemudiannya dibawa pula ke sebuah rumah lain di Kepong yang merupakan sebuah makmal rahsia tempat dadah diproses.

Azean turut menambah yang anaknya Benjy selalu kekurangan wang dan kerap meminta wang dari Azean untuk membayar rumah dan untuk membeli barangan dapur! ( Pelik nih!) Azean turut mempersoalkan bagaimana media boleh melaporkan yang Benjy menjual dadah sehingga beratus ribu ringgit nilainya! Turut dipersoalkan adalah ujian air kencing Benjy yang didapati positif dadah jenis Syabu namun menurut research yang dibuat oleh Azean di internet mereka yang menggunakan Syabu akan menjadi kurus dan hyperactive sedangkan Benjy gemuk,suka tidur dan menghabiskan masa dikolam memancing (Sure ke kat kolam? Heheheh..) 
"Macam mana surat khabar kata dia jual dadah sampai ratus ribu,Kereta pun dia tak ada!" Ulas Azean terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh Benjy.

Ok jom kita rungkaikan satu persatu kenyataan Azean dan tindakan yang diambil terhadap Benjy.Pertama kenapa ujian air kencing Benjy positif? Kalau dia tak ambik Syabu boleh positif ke? Logik ke tak polis sesuka hati mendakwa yang dia positif sekiranya dia langsung tidak mengambil dadah tersebut? Kedua betul ke orang yang ambik Syabu dia akan kurus melidi? Mungkin betul kalau dia seorang yang ketagih Syabu tapi buat penguna Syabu ( Mengambil Syabu hanya pada masa tertentu dan tidak ketagih ) ada kemungkinan yang dia tidak akan menjadi kurus macam hantu jepun! Rokku tak pandai soal dadah so korang yang ada pengalaman boleh lah bagi komen! 

Soal sering meminta duit dan suka memancing tu Rokku malas nak sentuh disebabkan itu cerita dari ibunya sendiri! Azean lebih mengetahui soal itu.Soal dibawa dari Segambut ke Kepong untuk ke makmal mini tempat penghasilan dadah itu juga susah untuk dimengerti.Yang tahu perkara sebenar adalah pihak berkuasa dan Benjy telah pun ditahan reman! Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.Terbayang mak Rokku pulak,dalam saat Rokku dituduh mesti dia akan mempertahankan Rokku berhabis habisan! Sebab dia lebih kenal siapa anaknya.Sama dengan Azean Irdawati,dia lebih kenal siapa Benjy!

2 comments:

nazema said...

hati seorang ibu mmg cpt sersentuh bila ank sendiri dijadikan bhn cerita..kita tunggu sj keputusan sebenar..jgn cpt menuding jari

Sara Cempaka said...

Salam,

Satu event Apresiasi Filem (atau lebih dikenali sebagai promosi filem) bertajuk 4 Madu arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.

Ia dianjurkan pelajar diploma Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (Pengurusan Seni), semester 3 di bawah subjek Theater and Film Marketing.

Promosi Filem ini diadakan setiap tahun untuk preview filem yang bakal ditayangkan di pawagam. Maksudnya, penonton promosi filem dapat menonton preview filem ini beberapa bulan lebih awal dari penonton yang akan menontonya di pawagam. Untuk blogger, you cud be the first one to actually post review about the film. Artis seperti Saiful Apek, Fasha Sandha, Rozita Che Wan dan Marsha dijangka hadir untuk memeriahkan majlis.

Tiket murah jer, RM 5.

For more information and tickets , do call me , Sara Cempaka-017-7739043

Check out event profile ,date and time :

http://www.facebook.com/search/?q=Promosi+Filem&init=quick#!/event.php?eid=327246064279&ref=ss

or my facebook
http://www.facebook.com/search/?q=Liyana+Nur+Sarah+Yusoff&init=quick#!/profile.php?id=100000350060357&ref=search&sid=100000350060357.21803406..1

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics