Mar 28, 2010

Nak Tengok Spa Qistina Kena Bayaran RM 9.95


Ni dah kira pecah rekod! Buat pertama kali kalau kita nak tengok drama melayu kat Astro kena masuk saluran Box Office dan bayar RM 9.95.Adehh apa motif Astro buat macam ni? Nak untung lagi besar atau saja taknak kasi orang tengok?

Rokku sendiri tak penah menonton Spa Qistina nih,cuma Rokku berminat nak tengok bila ada Tiz Zaqyah dalam drama nih,tu je.Hehehehe..Adakah drama ni terlalu mahal dengan bayaran tinggi kepada setiap pelakon atau Astro dan pihak penerbit drama merasakan ini adalah peluang untuk mencari duit lebih?

Drama kita macam mana bagus pun masih belum bertaraf pay per view bagi Rokku! Spa Qistina tak mungkin dapat mengatasi populariti dan impak yang dihasilkan oleh Nur Kasih.Walaupun kualiti dan rating setinggi itu,takde pulak ura-ura yang TV3 nak kenakan bayaran pulak untuk menonton Nur Kasih.

Tapi nak cakap macam mana kan? Itu drama diorang dan stesyen tv diorang.Kita sebagai penguna jangan biarkan diri ditindas pulak.Pandai-pandai lah korang timbangkan samaada nak bayar untuk menonton Spa Qistina atau tengok drama lain saja.Kalau taknak bayar tonton lah di You Tube saje.Kehkehkeh..

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics