Mar 10, 2010
Atilia Bakal Berkahwin Tahun Hadapan
Macam baru je kita dengar Atilia dan bekas suami berpisah,tup-tup dah nak kahwin balik dah si Atilia ni! 10 tahun membina perkahwinan bersama teman Sehati Berdansanya itu namum Tuhan mempunyai rancangan yang lain buat Atilia dan hanya perpisahan menjadi jalan penyelesaianya.Dengar cerita Ariff dan Atilia masih berkawan baik walaupun setelah perpisahan,cuma rezeki tidak menyebelahi mereka dan tidak dikurniakan anak.Kini dalam hati nya sudah ada taman! Kembali berputik cinta didalam hatinya dan jejaka yang dikatakan seorang teman lama dan turut mempunyai minat terhadap bidang muzik.
Mengenali hati budi jejaka yang hanya diberikan gelaran Mr.A selama 12 tahun cukup untuk membuatkan Atilia senang berteman dengannya,perkenalan yang pada mulanya hanya sebagai teman menjadi serius sejak tahun lalu.
Dengar cerita yang Atilia akan berkahwin samaada pada hujung tahun ini atau pada tahun hadapan.Mr.A memahami kerjaya nyanyian yang diceburi Atilia kerana dia juga amat meminati muzik.So senang lah nak bawak bercincang ehhh! berbincang betul tak? XD
Cuma Atilia terpaksa merahsiakan nama Mr.A kerana perhubungan ini masih belum diketahui keluarga Mr.A dan Atilia mahu semuanya diselesaikan terlebih dahulu sebelum memperkenalkanya kepada umum.Mintak-mintak keluarga Mr.A ni suka lah dengan Atilia eh? Dan merestui cinta dua hati ni.Siapa gerangan Mr.A ni nanti korang akan tahu jugak.Tak lama lagi kahwin lah tu.Tungguuu..
No comments:
Post a Comment