Mar 28, 2010

Ibu Betty Benafe Tak Restu Hubungan Dengan Nash



Macam lagu Fauziah Latiff pulak kan? Cinta terhalang oleh orang tua.. Kesian diorang berdua ni,memang sweet memang sesuai tapi bila mak Betty kurang yakin dengan Nash untuk dijadikan menantu rasanya masalah besar boleh timbul.Hati siapa yang Betty perlu jaga? Hatinya sendiri atau hari Ibunya?
" Hati mana yang tak berbunga bila dah bercinta,Tengok lah saya sekarang semakin berisi.Ibu saya yang berada dijakarta turut terkejut dengan perubahan fizikal saya dan kini dia faham yang saya sedang bahagia.Sungguhpun begitu,ibu masih lagi belum merestui hubungan kami dan dia berharap saya hanya berkawan dahulu dan mengenali betul-betul hati budi Nash.Paling penting tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin.Saya tahu yang ibu ada mendengar cerita mengenai situasi Abang Nash dengan bekas isterinya dan mungkin dengan sebab itu dia terpengaruh dan tidak mahu saya tersilap percaturan dalam hidup."

" Saya sedar yang ramai orang memandang serong kepada abang Nash,namanya seakan hitam selepas pergolakan rumah tangga dengan bekas isteri tercetus.Tetapi sebagai insan yang mengenali abang Nash saya percaya pada kejujuranya.Biarpun ramai yang seolah-olah tidak merestui hubungan kami,malah ada yang menganggap Nash sebagai kaki pengikis namun saya tak ambil peduli!
Betty menambah yang dia juga hairan kenapa manusia suka menjatuhkan hukuman kepada seseorang dan tidak memberikanya ruang untuk memperbaiki keadaan.Malah ada saudara mara Betty yang membantah perhubungan mereka berdua sehingga membuatkan Betty menjadi stress.

Betty tetap menegaskan bahawa Nash adalah pilihan yang terbaik dan seorang lelaki yang terbaik buatnya.Bekas kekasih Betty hanya menjadikan dia sebagai bahan perhiasan didalam hidupnya tetapi tidak Abang Nash.Bagi Betty Nash adalah pakej lengkap yang diperlukanya untuk melengkap jiwa dan dirinya.
Bercakap tentang jodoh Betty mengaku yang mereka ada berbincang mengenainya namum Nash mahukan ruang dan masa untuknya membersihkan nama dan menjernihkan kembali keadaan ditambah dengan pandangan serong masyarakat terhadap dirinya.
Bagi Rokku ibu Betty berhak memberikan pendapat kerana apa yang ada didalam hati dan kepalanya hanyalah niat yang mahukan anaknya hidup bahagia.Menentang bukanlah bermaksud yang buruk tetapi cuma mahu menjaga kebajikan anak nya sahaja.Hanya pendapat ibunya saja yang patut dipakai oleh Betty dan bukannya saudara mara yang suka bergosip tuh.Yang nak kahwin Betty bukan saudara mara dia tu.Ada aku kesah? Kata Si Betty! Huahuahua...

4 comments:

Pena Crystal said...

huishh...mana hari pulak la si Nash nih boley p sangkut ngan betty Benaffe.adoyai..

rutikeben said...

perghhhhh

mantop tol pilihan nash...hahah

Anonymous said...

dulu kata nak isteri soleha dan menutup aurat..
tapi skrg dapat kekasih...
pakaian... nan hado??

Anonymous said...

sesuai la diorg 2 ni....suka aku.asal jgn bercerai berai bila dah kawen dahla....doakan yg terbaik utk mrk.

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics