Mar 23, 2010
Terjah Nas Ahmad Semakin Bersopan
Perasan tak yang Terjah dah semakin sopan dan kurang kicknya dari minggu-minggu sebelum ini? Ini kerana pihak Seniman yang diwakili oleh Presiden Harun Salim Bachik,Setiausaha Kehormat Yusof Kelana,Jehan Miskin Ketua Biro Aduan Seniman dan Peguam Seniman Mr Zahrin telah mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan pihak Primeworks dan penerbit Terjah iaitu Nas Ahmad bagi membincangkan isu yang kurang menyenangkan ramai artis dibawah persatuan Seniman.
Sebenarnya pihak seniman dah bersedia dengan petisyen untuk dihantar ke Kementerian Dalam Negeri untuk meminta pihak kementerian membantu menyelesaikan atau lebih tepat mengenakan Banned kepada Terjah.Tetapi selepas perjumpaan hati ke hati bersama pihak Primeworks dan Nas Ahmad,pihak Seniman telah membatalkan hasrat untuk menghantar petisyen bantahan terhadap Terjah ke Kementerian Dalam Negeri.
Mengaku kalah jugak Nas Ahmad dan team Terjahnya tu kan? Dah kene ugut nak report kat kementerian baru gelabah nak sopankan Terjah! Tapi satu harapan Rokku kalau betul ada artis yang buat taik dan berperangai hampeh,Terjah harus bongkar untuk berikan contoh teladan kepada masyarakat dan golongan artis tu sendiri.Sekarang ni macam-macam jenayah yang artis lakukan.Rocker dari kumpulan Ekamatra pecah rumah,anak seniwati edar dadah,artis suam-suam kuku positif ketamin dan berpuluh lagi kes yang memalukan industri! Seniman pun kena cari positifnya program Terjah sebab walaupun penuh dengan provokasi dan kontroversi Terjah penuh dengan sindiran yang berunsur nasihat dan bak kata Nas Ahmad Terjah ni sebenarnya mengajar artis dan masyarakat.
2 comments:
tu r..dh boring ler plak tgk terjah skrg..yg artis nih pn klu xnk kne terjah jgn la wat hal kn..xske jgn jd artis!
ala....klu dah buat silap mmg patutla kene terjah
Post a Comment