Mar 19, 2010

Gambar Kahwin Zizan Nin Dan Fazilah Hani Harun



Kahwin dah mamat ni,Tahniah diucapkan! Malam ni malam pertama beliau dan diharap dia go slow la ek? Huahuahua..Zizan Nin 37 selamat dinikahkan dengan pasangannya Fazilah Hani Dato Harun 30 yang juga merupakan seorang pembaca berita untuk NTV7 di Masjid Negara jam 9.30 malam tadi.Memang awet muda mamat ni! 37 tahun umor dier! Jambu je wajah beliau! Hahahaha..Pasangan kedua mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Persekutuan,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Abdullah Hasyim dan berwalikan bapa kepada Fazilah Hani iaitu Dato Harun Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM 651.

Dengan sekali lafaz saja Zizan Nin selamat menjadi suami kepada Fazilah dan turut melahirkan rasa syukurnya kerana majlis yang dirancang berbulan lamanya sudah berjalan lancar.
"Perasaan saya sekarang seperti tidak percaya yang saya sudah menjadi suami orang.Selepas ini kami sekeluarga merancang untuk menunaikan umrah pada 31 Mac selama 10 hari"
"Selepas itu saya akan pulang dan menyambung rakaman drama di Korea dan hanya selepas itu baru kami akan pergi berbulan madu" Alooo cian lah Fazilah kena tinggalkan pada awal-awal perkahwinan ni kan? Takpe kalau rindu nanti boleh Skype dengan cik abang tercinta tu yer.

Fazilah juga merasa gemuruh dan perasaan bercampur baur dengan acara akad nikah malam tadi dan menerima Zizan Nin seadaanya Zizan.
"Bagi saya Zizan seorang lelaki yang baik,kelakar dan dia juga pandai memasak.Saya cukup menyenanginya" Amboih..Pandai masak selamat la si Fazilah ni! Goyang kaki je,Suruh Zizan masak sedap-sedap! Fazilah tolong potong-potong sayur dengan daging je.Apa yang penting,kerjasama! Kehkehkeh
Zizan juga berserah dengan kehadiran cahaya mata dan berharap untuk mendapat baby somel gabungan Zizan Nin dan Fazilah secepat mungkin untuk mewarnai lagi rumah tangga mereka berdua.


Didalam majlis malam tadi Fazilah menerima hantaran sebanyak RM 20,000 termasuk 7 dulang hantaran dan dibalas olehnya 9 dulang hantaran.Antara hantaran dari pihak Zizan adalah Sirih Junjung,Kain telekung,Beg tangan,Kasut,Barangan mekap,Mas kahwin dan cek hantaran bernilai RM 20,000.Zizan pula menerima Al Quran,Manisan,Tali pingang,Alatan penjagaan kulit,Minyak wangi,kasut,kemeja dan sirih junjung.Esok pengantin akan bersanding dan mengadakan majlis resepsi di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.Dah kahwin ni pahalanya ibarat membina sebuah masjid! Kita pulak wajiblah mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua ni.Semoga berbahagia Amin..

2 comments:

Cikgu Dahlia said...

bru td tgk citer comel dia dgn julia ziegler..dia jadi bibik...cute sngat..very the xsangka laa dia 37...huhu mmg awet muda aaaa

congrates to both of them...

Rokku said...

tu la pasal..ade cucuk2 kot? hihihi

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics