Mar 10, 2010
Sheila Dan Fizo Omar Bercinta!
Mungkin korang pernah dengar tentang gosip yang melibatkan dua artis ni dan nak tahu kebenaran disebaliknya,Rokku sendiri pon nak tahu sejauh mana kesahihan gosip panas ni.Tapi secara berkias Sheila mengakui yang mereka berdua sedang berkawan rapat serta tidak menafikan yang Fizo dan dirinya sering keluar bersama.Cuma bukan lah mereka keluar berdua-duaan,mereka ditemani oleh mama Sheila (Mama tolong cover line!) kerana Fizo juga amat rapat dengan mama Sheila.Hubungan keluarga kami juga amat baik tapi tak bermakna yang kami sedang bercinta! (Ayat cover line lagi!)
Sheila mengimbas kali pertama dia bertemu dengan Fizo adalah pada tayangan perdana filem 'Beranak Dalam Kubur' yang dianjurkan oleh Media Hiburan.Kali pertama berjumpa saya memang tidak berkenan dengan Fizo kerana dia kelihatan macam berlagak namun kami tetap berkenalan dan bermula dari situlah saya berkawan dengan Fizo dan mama saya berkawan dengan mama Fizo.Yelah,nak kena training dulu lah kan? Sebab kalau dah berbesan nanti senang! Huahuahua..Bila dah sering berhubung baru lah saya mengenali Fizo yang sebenar,dia seorang yang kelakar dan bertangungjawab dan seorang yang pandai memberikan pandangan dan nasihat.
Ditanya tentang soal jodoh Sheila tidak menolak jika Fizo yang ditakdirkan oleh Tuhan untuk dirinya,Tapi Fizo adalah seorang yang sangat sempurna dan tidak layak buat Sheila namum tidak dinafikan yang Fizo mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Sheila! Mama Sheila dan Fizo jugak dah menasihatkan pasangan kekasih ini untuk tidak berkahwin pada usia yang terlalu muda!Tumpukan perhatian pada karier dulu.Haaaa..Green light sudah diberi! Dah sah-sah yang mereka berdua ni sedang bercinta dan keluarga pun dah saling kenal mengenali.Rokku suka tengok diorang berdua ni.Nampak sangat sweet,sama padan dan kalau jadi anak diorang nanti mesti cute macam Rokku! Kehkehkeh..Korang yang suka Fizo dengan Sheila tu jangan lah nangis lebey-lebey pulak! Buruk benor muka korang tu! Doakan mereka berdua supaya bahagia dunia akhirat!
3 comments:
shiela cumel siottttt....
smoge kekal
hehe
entry terbaru joegrimjow
swit la kalu die0rg c0uple...
muke cm nk sme jep..;)
Post a Comment