Mar 6, 2010

Anak Eja Didera Orang Gaji

                              
Aduhhh..Ngeri betul dengar cerita ni,Anak Siti Shahrizah atau Eja didera oleh pembantu rumahnya yang bukan saja mencederakan anaknya malah turut mencederakan dirinya sendiri! Turut dirosakan adalah perkakasan rumah dan perabot serta pinggan mangkuk berjenama turut menjadi mangsa pembantu rumahnya.Eja kerugian hampir RM 50,000 akibat kerosakan harta benda yang dialaminya.

Eja menambah dia mendapat pembantu rumah itu melalui agensi perkerja asing setelah menjelaskan bayaran sebanyak RM 6,200,Tujuan saya mengambilnya adalah untuk membantu saya menguruskan rumah dan bayi saya ketika saya dan suami tiada diatas urusan kerja.Malah agensi terbabit turut berjanji yang amah yang diberikan kepada Eja adalah seorang yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam menjalankan tugas.

Rasa curiga mula terdetik dihati saya bila dia meminta saya memanggilnya dengan nama Susie tetapi nama didalam pasportnya adalah Mona,umur yang dinyatakan didalam pasport adalah 29tahun namun saya yakin yang tidak percaya kerana wajahnya yang terlalu muda (banyak makan jamu kot?) Malah ditubuh pembantu rumahnya itu turut dipenuhi dengan kesan torehan dan cakaran tetapi apabila Eja bertanya dia mengatakan yang itu adalah kesan akibat kemalangan motorsikal yang dialaminya.

Saya mula pelik apabila menemui banyak kesan torehan dan calar pada meja makan,kabinet dapur dan peti ais.Lebih membimbangkan adalah apabila bayi saya Nur Eishal pernah berdarah pada bibirnya dan luka ditangan tanpa diketahui puncanya.Dia juga sanggup mengangkat Al Quran untuk menidakkan perbuatannya menoreh dan merosakan perkakasan rumah! Selepas 3 bulan berkerja pembantu rumah Eja melarikan diri dan dapat dirakam menerusi kamera CCTV dan sempat juga dia merosakkan berberapa lagi perabot dengan menorehnya dengan pisau.

Menurut Eja dia tidak pernah memarahi dan meninggikan suara kepada Susie kerana merasakan Susie menghidapi penyakit penyakit psikologi yang serius,dia tidak boleh melihat barang yang cantik dan sempurna.Dengan merosakkan perkakasan rumah boleh membuatkan hatinya puas dan kami bersyukur yang Nur Eishal tidak dicederakan dengan lebih teruk.
Ni lah masalah pembantu rumah,kalau diorang baik majikan pulak dera! Bila majikan baik diorang pulak dera majikan! Masalah ini tidak akan berhenti kerana demand untuk mendapatkan pembantu rumah adalah amat tinggi dan masih ramai yang sedang menunggu untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah! Macam-macam boleh berlaku,paling menakutkan ianya terjadi didalam rumah kita sendiri!

1 comment:

Anonymous said...

huh!mmg ngeri!ciann bby eja tu...

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics