Mar 29, 2010

Gambar Persandingan Umie Aida

Sekarang bukan Umie Aida lagi eh? Datin Paduka Umie Aida! Hehehe..Semalam adalah majlis resepsi Dato Paduka Khairuddin 47 dan Datin Paduka Umie Aida di Hotel One World.Memang menarik lah konsep,tema dan baju kedua mempelai yang membangkitkan keghairahan cinta mereka berdua yang masih lagi dalam mood berbulan madu.

"Selepas bernikah,saya rasa angau bercinta dengan abang dan hendak mengikut kemana saja dia pergi" Ulas Umie,Amboii lebih la tuh! Kalau abang tu nak pergi beyak camne? Nak menonton jugak ke? Wakakaka..
Nampak sangat duda anak 2 ni dah berjaya menambat hati Umie yang sebelum ini gagal disunting oleh mana-mana lelaki.Mereka berdua selamat bernikah di Masjidil Haram pada 14hb Mac yang lalu dan turut juga menjadi kontroversi apabila ramai yang mempersoalkan benarkah Umie bernikah di Masjidil Haram atau didepan Kaabah? Umie dah pun menegaskan yang sememangnya dia bernikah di Masjidil Haram walaupun prosedur yang perlu ditempuh adalah amat sukar.


"Alhamdulillah,Selepas dua minggu bergelar isteri,saya menjadi seorang manusia yang berbeza kerana sebelum mengenali abang saya tiada perasaan cinta.Syukur saya dapat merasai sendiri rasa cinta kepada abang"
"Saya tak dapat nak luahkan bagaimana nikmat bercinta selepas berkahwin,Semasa baru lepas bernikah saya berasa kelakar kerana duduk berduaan bersamanya.Kenangan yang amat membahagiakan dan tidak boleh dijual beli"
Hidangan pertama Umie untuk suami adalah sup dan roti sardin! Pehhh Rokku punya peberet tuh roti sardin! dan Dato Paduka Khairuddin mencelah dan mengatakan masakan Umie memang sedap! Yelah,baru-baru memang lah sedap kan Dato? Hihihi


Sekarang Dato Paduka Khairuddin telah pun mula berkerja dan dia tidak mahu umie bersusah-susah memasak untuknya,cukuplah dengan menyediakan buah-buahan.Senang kan? Buah-buah je yang Dato minat! Buah ape lah agak nya eh? Wakakakakka..Dan kedua pengantin baru ini juga bakal berpindah kerumah baru mereka diBukit Kiara.Hampir 1200 tetamu meraikan majlis persandingan Datin Paduka Umie dan suami malam tadi dan antara tetamu kehormat yang dijemput adalah idola kepada Umie sendiri iaitu Tun Dr Mahathir serta isteri Tun Dr Siti Hasmah
Rakan-rakan artis yang hadir antaranya adalah teman baik Umie Erra Fazira,Serina Redzuan,Dynas,Nabila Huda,Sazzy Falak,Fazura,Lisa Surihani,Fahrin dan ramai lagi.Tetamu dihiburkan oleh nyanyian lagu dari Farhan,Ziana Zain dan Salamiah Hassan.

6 comments:

Rina Rossoneri said...

hmmm dah kawin rupanya

SweetyMui2 said...

tgelak jap tgk pic last..mlut makcik kat blkng tu tnganga tgk kek tinggi sgt kot..haha!

Aqma Nazri said...

alamak, umie aida masa bersanding tuh muka dia serius lar..

mie said...

cantik tu...
mmg sepadan...
hehehee

dila said...

muke umi mase ngah brsanding 2 cam nk mkn org je..hahaha
cam xsuke je dh tawen

Unknown said...

muka hubby dia dah macam azizul khamis

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics