Mar 1, 2010

Detektif Era Bongkar Rahsia Artis

Hahaha..Sapa pernah mengikuti segmen ni? Segmen yang diberi nama Detektif Era ini mengunakan mesin pengesan bohong atau Lie Detector yang berfungsi sebagai alat untuk mengantoikan artis yang terperangkap diatas kerusi panas itu.Ianya umpama berada dimahkamah dan sesi soal jawab yang dilakukan walaupun penuh hilai tawa tetap membawa keputusan yang mengejutkan pendengar-pendengar Era.

Antara Artis yang terkantoi adalah Saiful Apek yang walaupun pada zahir nya hanya releks tetapi didalam hatinya mesin Lie Detector itu mampu mengesan rasa tercabar dan cuak yang ada didalam diri Apek apabila mengenangkan kedatangan pelawak generasi baru dan bintang paling popular 2008 Ahmad Nabil! Mesin itu juga berjaya mengesan yang Marsha sebenarnya lebih 'horny' kepada Aznil HJ Nawawi berbanding pengarah dan penyanyi popular yang pernah digosipkan dengan nya iaitu Yusry KRU.Hihihihi..

Dengar cerita ada jugak artis yang lari disebabkan risau akan kantoi dan gagal melepasi ujian mesin mesti jujur tersebut.Huahuahua..Ada ke patot dia lari! Menurut pengurus program Era Nazri Noran,program ini sebenarnya telah mula diperkenalkan kepada pendengar radio Hitz.Fm tiga tahun yang lalu tetapi bukan ditujukan kepada selebriti tetapi kepada peminat radio Hitz.Ujian dilakukan oleh pakar poligrafi encik Akbar Satar dari Akbar& Associates.

Sekarang puan Azwana Alia @ Azwan Ali pula yang diberikan tanggung jawab untuk mengendalikan Detektif Era,Yela mungkin orang kurang suspen dengan kelibat Aznil yang merupakan pengacara yang easy going dan kurang lasernya.Tapi dapat pulak Azwana Alia sebagai Detektif Era! Artis-artis yang datang pun cuak mengenangkan keleseran molot si Azwan Ali tu!.Sebab Azwan kalau pasal nak kantoikan orang memang cukup pandai! Huhuhu...
Korang selalu dengar saja segmen best ni kan? kali ni Rokku kasi gambar esklusif buat korang! Time ni artis yang terbabit tengah cuak dan berpeluh takut rahsia terbongkar dan didengar jutaan peminat! Ntah-ntah pakai pampers kot? Huahuahua..

Ringkasan tentang mesin Lie Detector.Mesin ini mengesan seseorang dengan reaksi fisiologi dan perubahan dalam tubuh,jika mangsa berbohong gelombang akan akan bergetar lebih cepat dan jika dia berkata benar maka gelombang nya lebih stabil.Ramai yang lulus dengan cemerlang seperti Norman KRU yang mengatakan dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap adik-adiknya serta Cat Farish yang berkata benar tentang isu  kenapa begitu ramai ahli kumpulannya yang menarik diri dan isu yang mengatakan Cat Farish kurang menjaga kepentingan ahli kumpulannya.Fazli Zainal juga berjaya menjawab isu Gay dengan jujur tetapi kantoi bila dia berbohong tentang kekasih hati! Malah Fazli sendiri keliru kenapa dia gagal menjawab soalan itu kerana dia sememangnya tidak mempunyai teman wanita.

Bagi Azwan Ali pula pengalaman mengendalikan program Detektif Era merupakan suatu pengalaman yang menarik,contohnya bila ada artis yang meminta supaya soalan tidak ditanyakan kepadanya dan diedit dari siaran radio! Didie Alias mengalirkan air mata bila menceritakan kisahnya ditipu kawan baik sendiri,Program ini juga adalah platform untuk artis menjernih kan sebarang kontroversi yang terpalit dengan tampil berani dan berhadapan dengan mesin kontroversi The Lie Detector! Nantikan Detektif Era yang bakal dibawa ke stesen TV astro ria dan dijadikan program TV pula manakala segmen di radio Era bakal ditayangkan di You Tube!

2 comments:

Anonymous said...

Problemnya azwan ni asik panggey korum dia je.Artis yang ada kepentingan dengan dia.Cuba lah panggey Dato Siti ke Ziana zain ke baru la power

Shhh said...

betul ko tgk la cit cat azwan ali tuh,balik2 artis yang kawan ngan dia.meluat aku.

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics