Mar 3, 2010

Abby Abadi Dan Zul Pula Disaman?

                                            
Saman dan saman saja aktiviti industri seni hiburan kita ni sekarang kan? Saman menyaman yang membabitkan artis tiap-tiap hari ada! Sheila Rusli menyaman,Ammar dan Puteri Sarah menyaman,Nabil pulak disaman dan kini Abby Abadi dan Zul Ariffin yang dikatakan sekadar 'teman tapi mesra' pula yang disaman! Aduhh..Gawat ni sebab Rokku pencinta Abby Abadi! Salah satu sebab yang membuatkkan Rokku makin sayang adalah bila Abby Abadi menjadi Fans untuk blog ini! Hahahaha...Tenkiu kak Abby jasamu dikenang! Apalah sangat blog Rokku yang belum sampai 2 bulan kalau nak dibandingkan dengan blog-blog lain! Tapi Abby Abadi tetap menjadi Fans blog ni dan untuk itu Rokku akan jadi pro Abby Abadi! Hehehehe..

Saman difailkan penerbit telefilem Paku Di Dinding Hati,Nor Faiz Ahmad Hilmi terhadap Abby Abadi dan Zul Ariffin menerusi syarikatnya Aficionado Media Sdn Bhd dengan mendakwa yang Zul dan Abby telah melanggar kontrak dan menarik diri dari telefilem terbitan syarikatnya.Alasan yang diberikan oleh Abby dan Zul adalah pihak produksi telah menjatuhkan air muka mereka,semuanya bermula bila ada gosip yang tersebar mengenai Abby yang memaksa syarikat produksi mengambil Zul untuk berlakon bersamanya.Abby yang ditemui pula merasa marah dengan saman tersebut dan menyalahkan pihak produksi dan menafikan ura-ura yang dia sudah pun mendapat bayaran untuk telefilem itu.

"Saya tidak mendapat satu sen pun" Tegas Abby yang bengang dengan kenyataan pihak produksi yang kononnya bersikap diva dengan menuduhnya memaksa mereka mengambil Zul sebagai pakej bersama.
Rokku rasalah gandingan Abby dan Zul pasti mampu menaikkan rating telefilem itu jika kerana peminat-peminat diluar ingin tahu dan ingin melihat lakonan mereka berdua diluar Gerak Khas dengan corak cerita dan drama yang berlainan.Jadi kenapa cerita yang kononnya Abby mendesak pihak produksi mengambil Zul bersama tersebar? Dan seperti kata Abby kononnya cerita itu datang dari pihak produksi itu sendiri.Kalau telefilem itu menjadi bualan mulut dan mendapat rating yang tinggi pihak produksi jugak yang untung bukan? Dapat lagi projek baru dari stesen tv! Hehehe..Rokku pon penat gak asik tulis pasal saman je,tapi nak buat macam mana dah ini yang terjadi dan terhangat dipasaran! Korang lak? Layan je la..

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics