Mar 26, 2010

Gambar Kereta Bentley Flying Spur 4 Pintu AC Mizal


Kalau tak berapa lama dulu Rokku ada menyiarkan kisah AC Mizal membeli sebuah kereta berjenama Bentley dan juga memiliki sebuah Porsche,hari ni Rokku nak kasi korang tengok gambar kereta Bentley yang mahal macam kepala kereta api tuh! Tengok nombor plat Bentley si AC Mizal nih! AAC1 siot! Kena buat bidaan sampai berpuluh-puluh ribu baru dapat nombor plat unik macam ni.Kereta dah la mahal,no plat pun mahal jugak! Dasat-dasat. Rasanya semua paham kot kenapa mereka yang terlibat dengan dunia perniagaan ni seperti mempamerkan kemewahan yang mereka punyai? Satu nak pikat dan memberikankan keyakinan kepada mereka yang bakal menyertai perniagaan tersebut.Pastu nak buktikan yang perniagaan yang mereka jalankan itu betul-betul mampu memberikan pulangan lumayan!


Dah penat pakai kereta yang ala-ala je kan,so nak ubah angin dan feel bila dah ada duit dan dah mampu nak membeli kereta impian.Bukan senang nak jadi senang ni,dah senang tu kena maintain lah ye abang AC Mizal.Kongsi dan sedekah banyak-banyak biar berkat dan akan datang mungkin berganda-ganda rezeki yang datang kembali.Rokku teringat time krisis ekonomi 1997 bila ramai usahawan yang terlungkup disebabkan krisis ekonomi dan tak mampu bersaing bila keadaan dah tenat.Kebanyakan yang kolap dan terlungkup adalah usahawan melayu! Nama Datuk,Dato etc tapi dah bankrap! Harap-harap artis Malaysia yang menceburi bidang perniagaan ni betul-betul belajar dan memantapkan diri untuk bersaing diluar sana.At the end of the day yang berjaya bukan mereka yang punya nama tapi siapa yang ada kualiti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

2 comments:

Gorgeous H said...

boleh beli kereta berjuta,tapi duit nafkah ada tunggakan! TAK MALU KE SAMDOL HOII!!??

NalisaMiharbi™ said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics