Mar 11, 2010
Gambar Sharifah Sofia Bermanja Dengan Anjing
Adehhh..Rokku tengok anjing je dah takot,jangan kata nak pegang bah kan nak kasi anjing tu geget-geget tangan Rokku! Mungkin minah ni tak rasa geli,tak takot dan suka akan anjing-anjing yang somel ni!
Anjing untuk pengetahuan anda puan Sharifah Sofia adalah najis berat dalam agama kita dan bagi mazhab Shafie bersentuhan dengan anjing especially bila air liur anjing tu dah penuh melekat kat badan memerlukan anda untuk melakukan samak!
Rokku pelik bila orang melayu ni suka sangat dengan benda yang terang-terang ditegah untuk kita usik,hampiri atau buat! Tengok je kat Facebook! Bukan main ramai budak-budak melayu yang bangga pegang anjing dan bangga cium-cium anjing! Dasar anjing betul! Huahuahua..Cakap pon buat penat je beb,diorang ada hidup sendiri dan otak nak pikir sendiri buruk baik,halal haram dan hukum setiap perbuatan mereka.Mungkin jugak Puan Sharifah Sofia ni bersamak selepas main-main dengan anjing ni.Mana lah kita tau kan?
29 comments:
uiks biar betul minah nih
http://bamyuyu.blogspot.com/2010/03/blogger-otai-sila-jawab-ke-mana.html
huhuhuhu... salam singgah... masak nak samak tu nanti... walaupun kering sama kering tapi anjing suka menjilat... kan dah basah sama kering... samak jgn tak samak
dia kan "omputeh" kengkonon...setakat anjing tu small matter je bg diri dia..
Dier kan keturunan Arab Syed..takkan lah bodoh pasal hukum hakam kot?
Ke memang bodo? Wakakak
Anjing tetap binatang ciptaan tuhan,walaupun anjing dan air liurnya termasuk dlm najis muhalazah,tp tak haram menyentuh anjingmbahkan nabi sendiri menggunakan anjing utk membantu baginda mengembala kambing..Pd zaman nabi dulu pun ada kisah pelacur yang kasihan melihat anjing kehausan,dia gunakan kasut kesayangannya utk cedok air bg anjing,dan anjing itu berdoa buat org tue,dan dgn kuasa tuhan pelacur tue adalah ahli syurga..Anjing bukanlah haram,cuma najis yg harus dibersihkan apabila terkena.sama mcm najis kita,ianya tak haram tp harus disucikan...so jangan terpesong akidah kiter..anjing atau babi tetap mahkluk ciotaan tuhan cume,.ianya tak begitu suci..sebab xdigallakkan dlm islam membela anjing sebab xsuci kene samak..tue je la..even ada kisah anak yg membela ibu bapa yg disumpah menjadi babi,tiap2 hari dia mandikan babi2 tue dan cium dgn penuh kasih syg,dia tetap menyucikan diri dan bersolat,dan dia adalah ahli syurga tertinggi..so,buka minda jgn kiter terpesong
memang soalnya dia samak atau tidak? so lina sokong lah dia bermain-main dngan najis eh? najis berat pulak tu.Sedangkan orang yang bermain dngan kencing pun dah dianggap kotor.ni kan pulak anjing! buka minda? terpesong? siapa yang terpesong dan siapa yang kena buka minda? dngan membuka minda itu membenarkan kita bermain-main dengan najis?
tu Rokku cakap..kalo dia samak tkpe la kan? kalo dia tak samak tu terpulang lah..tapi pikir balik..
siapa yang sanggup main dengan berak? main2..uli2 berak tu..mesti kita cakap yang itu perbuatan kotor dan hampeh betul tak? same cam citer kat ats ni..dia bermain dengan najis berat..walaupun disucikan selepas tu benda tu tetap najis..air liur anjing ni bahaya actually,penyakit2 boleh tersebar..islam takkan tegah tanpa sebarang sebab yang kukuh..mmg tak haram tapi kalau nak sentuh pon ada adap menyentuh anjing..mesti kering etc..having said that buat apa nak sentuh anjing?
malaikat tak masok rumah kalau bela anjing.sendiri pk lah..
sangat sedih sebab cucu cicit nabi junjungan kita jadi macam ni. sophea ni tak sedih ke dengan pengorbanan nabi s.a.w yang juga ancestornye? kalau macam ni lah perangainya baik gugurkan nama sharifah tu.
anjing tak haram sebagaimana firman Allah dalam Surah 5:Ayat 4.
Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."
Jadi Hadis siapakah yang lebih BENAR?!!!
Jangan ikut amalan2 tradisi membabi buta. Taat Allah Ikut RASULNYA.
Baca AlQuran yang difahami mesej2nya bukan untuk dilagu-lagukan.
Renungkan Renungkan Renungkan apa maksud Allah pada Surah 9 Ayat 31
Mereka mengambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih, putera Mariam; dan mereka diperintah untuk menyembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan
err, ayat di atas merujuk kepada penggunaan anjing untuk berburu. lagipun zaman sekarang anjing tak lagi digunakan untun memburu tapi sebagai pets. jadi kenapa nak pelihara anjing kalau haiwan lain seperti kucing ada? lagipun pernahkah sesiapa dengar kucing attack manusia macam anjing? kan kucing tu lebih baik. jangan kita membabi buta ikut amalan orang barat!
hek eleh
lepas dah main main tu pegi la samak,apa ke slow la korang ni.
nak act holier than thou plak,cermin la diri tu tengok kitab pastu apa hukum sebarkan khabar angin/fitnah ni.
nak ngajar orang agama konon.
memang baguslah melayu2 moden ni. lifestyle orang barat disanjungi. mainlah dengan anjing kesukaan kamu tu. aku lebih suka kucing.
melayu mudah lupa..lepas main dengan anjing samak lah eh? lepas berzina? mandi wajib dengan taubat? pastu wat balik!..ish ish ish..
fitnah ke kalo ada bukti (gambar ni)?
ko tak nampak ke dier main2 dgn anjing tu? anonymous yang bodoh + sengal.
nih lagi satu mangkok..dah tahu anjing tu takleh pegang nak jugak uli2 ye..baik masuk uli2 aidilfitri je..
kite yg baca blog2 gini pon sebenarnya tergolong dlm golongan org2 yg berdosa juga. blog2 yg melalaikan & sibuk nak tahu psl org lain (cth: artis). klo nak ikotkan byk lagi je bhn bacaan lain yg bole kita baca. tp oleh kerana blog2 sebegini lebih menarik & mghiburkan maka ia mjd pilihan kite utk membaca (termsk la aku sendiri).
jadi sebaiknya tak perlu la kite point sapa yg salah sape yg tidak. apa yg manusia lakukan itu antara Allah s.w.t dgn dirinya. hanya Allah s.w.t yg lebih tahu baik buruk atau tidak.
org2 yg mcm kite if dah tgk cuba jdkan ia sbg pengajaran. klo baik kite ikot klo rasa tak baik tinggalkan. xperlu la plak kite nak argue yg org2 seperti sharifah sofia ini berdosa atau tidak. Allahu alam..
*maafkan saya jika ada tersilap kata.
Kalau tak pandai agama jangan la nak sibuk cakap orang macam tu macam ni. Lagipun bukan dia jadikan anjing tu sebagai pet (haiwan kesayangan).So tak ada salah pun.Cuma kena tau la macam mana nak samak.
Yang salah tu semua mentaliti orang melayu yang dididik sejak kecil untuk bencikan anjing. Cuba la tengok filem Gubra arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, bila bilal tu usik anjing tepi jalan masa nak pergi surau azankan subuh.Fikirkan maksud disebalik tu.
Jangan nak menuduh membuta tuli.Dan bila ada yang tegur,jangan la terus nak melenting.Kalau tak tahu belajar la sama-sama.Bukan nak anjingkan orang lain.Allah je layak kalau nak kata manusia tu anjing ke tidak.
Kita ni orang Islam,bukan orang Melayu.Jadi ada perbezaan. Hidup dengan pemikiran Islam,bukan pemikiran Melayu.
Maaf kalau ada tersinggung
Dunia zaman skarang.. haram tetap haram.. kalau dalam Al-Quran dh sebut haram xpayah la korang nk pertikaikan & pertahankan org yang buat menda haram..cube pahamkan maksud HARAM tu..bukan bleh pegang2 pastu samak.. anjing ni kalau utk darurat xpe..nk jg umah ke nk berburu ke..ni siap bergurau senda ngan anjing..so lu pikir la sendiri
Betul le tu, tak boleh main-main dng anjing tanpa sebab dan alasan. Tapi kat gambar yg lebih haram dr pegang anjing adalah tak bertudung, tak menutup aurat. Saya rasale kalu org kita pakat komen gambar artis yg mendedah aurat, berpelukan dng bkn muhrim, yg dah sah lebih besar dosanya drp pegang anjing, kan lg bagus...bengap,bingai, bodoh. Patut le melayu islam ni bodoh2 semuanya, dia dok nampak yg kecik dulu, dah terlanggar btg hidung baru nampak yg besarr....
Selagi boleh dielak tu, elok ler kita elak...kalau tak peggang anjing tak boleh hidup ker? Hidup trasa sunyi sepi ker? Dah benda tu susah nak kena samak buat apa dibuat? Jgn ingat mudah jer kerja samak2 ni...klau dlakukan sprti mlepaskn batuk dtangga jer tak der faedahnya...klau nak samak tu kena buat betul2...dah sronok brmain dgn anjing tu mustahil ler boleh ingat kat bhagian mana yng trkena air liurnya...ker di prgelangan tangan, betis, muka ker pat2 lain...jadi nak kena samak sluruh badan ker??? mandi dgn air tanah kut! trjun kat lumpur....Entahlah! nak cakap lebih2 pun nanti ada yng marah2...kata jaga diri sndiri dulu ler...agama dah betul ker...iman dah cukup tinggi ker...entah apa2 ler...aku pun malas nak ckp...tapi satu yng mbuatkan aku trkilan ialah mcmmana kita nak bawa org kafir nak masuk agama kita sdgkan mereka dah sah2 tahu yng kita sndiri sdg brdebat mengenai hukum hakam agama kita...nmpk sngt prbalahan & tentang menentang!!! Mcmmana kita nak sambung prjuangan nabi kita...???
Entahlah! aku sndiri masih brusaha untuk mmperbaiki keimananku...malas lah aku nak masuk cmpur sbab takut trkena batang hidung sndiri...tapi aku harap sama2 ler kita bringat inilah tanda2 dunia akan brakhir...
Tak menutup aurat dah tentu haram dan brdosa...tapi kena ingat yng brtudung pun jika pakaian dia ketat dan sendad srta jelas mmperlihatkan bentuk tubuh yng gebu ker langsing ker and nmpk lurah2 skali tu sama ler juga sprti membuka aurat...itu satu cerita...peggang binatang yng telah diharamkan dgn sengaja pun aku rasa salah satu prbuatan yng dilarang dlm agama...kecualilah kita gunakan binatang itu untuk brburu or menyelamatkn mangsa tapi lepas tu kena samak klau salah satunya basah & kering...kalau cuma nak jadikan hobi, nak belai-belai manja baik lupakan jer lah...baik kita bela kucing lagi menambah pahala...
Maksud aku disini tidak smestinya kita harus membenci anjing begitu jer...tembak and bagi mkn racun tikus!!! itu dah kejam namanya tu...Anjing juga brhak untuk hidup dan diberikan belaian kasih sayang...tapi nak luahkan prasaan tu tak smmestinya nak kena belai2 manja....just simpan kat yng ssuai (bukan dlm rumah)and beri makan...tak payahlah sentuh2...kalau gaji bsr boleh ambil pmbantu (yng bukan bragama islam)untuk jaga anjing tu...tak elok lah kita sndiri yng jaga & belai anjing sbab tak kan kita sanggup tiap2 hari kena samak...anjing tu tak mandi ker? tentu mandi tiap2 hari kan? kan basah tu... jadi fikir2kan lah...buatlah benda yng lebih brfaedah dan jgnlah rosakkan keimanan kita hnya dgn satu prkara yng kita anggap remeh...sebetulnya yng remeh itulah lebih mndatgkan ssuatu yng tidak disedari....
Itulah bodoh sombong namanya,sudah lah bodoh sombong pulak,hukum hakam tak tahu sengaja nak menjatuhkan maruah orang melayu dan islam.Kalau tak tahu bertanya jangan main sedap buat aje,,hei jantan jantan Islam di luar tu jauhkan lah sibodoh sombong jahil ni untuk dibuat bini...masyallah...
bangga aku dgn org yg mengkritik sambil berfikir. ada baik dan buruk.tetapi buruk itu lebih banyak.
sedarlah..kalau ada masa bela anjing..mesti ada masa nak samak/cuci semua..kala ada masa nak samak..mesti ada masa utk solah(sbb solah priority)...kalau ada masa utk solah..mesti ada masa jaga aurat..TAPI kalau dah ada masa nak menyamak memanjang...mesti kita leceh dan loosing time dlm iniative nak solah..thats human...ini mencerminkan semuanya ttg dia..nafsu menangi dia.
Betul tu...tak de faedahnya nak habiskn masa nak samak dan samak...tiap2 hari nak kena samak..baik tak payah bela anjing...ini bukan soal haram ke tak...tapi soalnya perkara yang dah dilarang agama tu kenalah dijauhkan...knapa nak kena buat juga...Tuhan dah bagi kita bermcm-mcm jenis binatang peliharaan yng sesuai dgn kita yng beragama islam ni...jadi buat apa nak pilih binatang yng dilarang tu...???
Kalau nak dibuatkn guard, memburu or membantu pnyelamat bolehlah kita guna anjing ni...anjing ni cerdik sebenarnya tapi kecerdikannya itu bukan untuk kita belai-belai (bgi yng beragama islam)dan dibuatkan teman sepermainan...tapi kita boleh bagi makan, jaga & berikan perhatian pada anjing-anjing (bagi mereka yng suka & gemar sangat tu)sebab anjing tu juga ada perasaan mcm kita...tapi ingat, tak smestinya kita kena bela anjing...
Kadang-kadang anjing ni juga boleh mencederakan org...pada tuannya dia jinak ler tapi bagaimana pula kawan2 & sanak saudara nak brkunjung-kunjungan kat rumah kita kalau di dlm rumah kita ada anjing??? Mungkin anjing2 tu akan brtindak liar jika baru kenal kawan2 & sanak saudara kita...Jelaslah, ada keburukkannya juga bela anjing ni...kita mungkin tak akan disenangi kawan2 & sanak saudara...malah lebih hebat lagi jiran2 semua dah tak sudi nak jalinkan tali persaudaran dgn kita...jadi kita fikir2kan lah...buka hati & minda ~
Copp!!!! Kpd korang2 yg memfitnah an, baek korang bunuh si rokku ni sebab fitnah lg dahsyat dr membunuh.. baek korang g bunuh sape2 dr fitnah!!! sengal betul!!! sakit aty jew aku baca komen2 korang niy!!!
Aku memang pey gler ar tgk si sophea niy.. adessss... tp korang x yah ar msok cmpor smpy nak brgaduh2 coz wat pnt jew.. n g satu, tu antara dye dgn Allah..biar Allah uruskan.. okies??
mcm ni senang la ya.. jadi orang Islam otak kena open n kena berpengetahuan luas. Klu agama sendiri pun x dapat nak selami, jangan sibuk nak mempersoalkan tindakan org lain. selain mahzab yang kamu anuti ada lagi mahzab lain yang memebenarkan org Islam membela anjing. dah sah Sofea tu pun bukan pure Malay kan.. lagipun dosa pahala urusan individu masing2 dgn Allah.. bukan kuasa kita untuk menentukan siapa salah siapa btl, siapa brsih n siapa kotor. kubur pun dah nyata lain2. kita xada hak untuk menilai n menghakimi org lain. apa yg org buat tu urusan dia dgn Allah. Jalankn kewajipan sendiri sudah.
Post a Comment