Mar 8, 2010

Konsert Kau Dihatiku Bela Nasib Golongan Kurang Bernasib Baik

                                  
Hari-hari Rokku asik cerita pasal gosip,hari ni kita ubah angin sebab Rokku nak tolong kawan baik Rokku  mempromosikan konsert amal Kau Dihatiku anjuran Adibah Noor Entertainment yang bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu nasib Artis,wartawan dan pekerja didalam industri hiburan Malaysia dan sebahagian dari kutipan konsert bakal disalurkan ke tabung Bersamamu Tv3.Konsert amal Kau Dihatiku berlangsung selama dua malam pada Jumaat  9 April dikhaskan kepada peminat-peminat dengan tiket yang berharga RM50 sementara malam gala Konsert Kau Dihatiku bakal diadakan pada Sabtu 10 april dimana tempat duduk dijual dengan harga RM300 atau RM2000 untuk satu meja.Malam gala akan turut diserikan dengan pertunjukkan fesyen dari Calvin Thoo.

Antara artis yang bakal menyerikan Konsert amal Kau Dihatiku adalah Aizat,Adibah Noor,Zainal Abidin,Atillia,Amy Mastura,Deadmushroom,Bob AF2,Betty Benafe dan ramai lagi! Anda yang hadir juga berpeluang untuk membida barangan koleksi peribadi artis yang dilelong bagi menyalurkan lebih dana ke dalam hasil kutipan Konsert Kau Dihatiku.Antara penerima bantuan hasil dari Konsert Kau Dihatiku ini yang telah dikenal pasti adalah pelakon veteran M.Rajoli,Penyanyi Zaiton Sameon dan Wartawan hiburan Karim Sulaiman.

Setiap artis bakal membuat persembahan selama 30minit dan akan diakhiri dengan persembahan finale.
Untuk korang yang nak datang untuk berhibur sambil menderma sila hubungi Adibah Noor Entertainment bagi maklumat lanjut ditalian 03 4295 6888 atau handphone 016 2210369 atau email adibah_noor@yahoo.com
Jom ramai-ramai kita beli tiket,tempat duduk dan meja dan membantu mereka yang memerlukan dari golongan artis,perkerja industri dan juga tabung Bersamamu TV3.Semoga dengan berderma Allah akan memurahkan lagi rezeki korang yang dengan ikhlas membantu golongan yang memerlukan Amin!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics