Mar 14, 2010
Umie Aida Selamat Bernikah Di Mekah Dan Rambut Terbaru Fauziah Gous
Dah sampai dan selamat dinikahkan pun puan Umie Aida dan keluarga yang kini masih berada di tanah suci Mekah pada awal pagi tadi waktu tempatan.Hari ni dah 15 haribulan dan semalam Umie dan suami Dato Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan telah selamat dinikahkan oleh abang Umie sendiri di Masjidil Haram iaitu masjid paling suci buat penganut agama islam.
Gambar yang sangat santai ini diambil ketika Umie dan ahli keluarga serta Dato Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sedang duduk dan menghabiskan masa beribadat bersama sama.Tengok berseri-seri muka Umie yang sedang berdebar menantikan hari pernikahanya(Gambar diambil sebelum pernikahan).Mintak-mintak lebih banyak gambar yang sampai dan Rokku boleh sebarkan untuk tatapan korang semua!
Uihh..cute gak style rambut ala fringe cik Fauziah Gous kita ni kan? Nampak lebih muda,ketat dan ayu,Huahuahua..Seriously memang Rokku terpikat dengan style fringe Fauziah ni! Sebenarnya Fauziah memotong rambutnya kepada style ala fringe ini kerana filem terbarunya Hantu Bukit Cina dan Fauziah membawakan watak Johanna untuk filem seram tersebut.
Title Hantu Bukit Cina je macam dah best dan dengan kecomelan Fauziah untuk watak Johanna ni gerenti filem tu nanti akan mendapat sambutan peminat! Apapun kita tunggu je lah perkembangan filem ini dan harapan Rokku jangan lah buat filem seram ala-ala hampeh yang ala ala niyang rapik merepek lagi eh? Ada sikit loya dalam tekak ni bila terpaksa menonton filem-filem jenis sampah ni!
No comments:
Post a Comment