Mar 17, 2010

Polis Lanjutkan Reman Terhadap Benjy



Ok ni berita terbaru mengenai Benjy anak kepada seniwati terkenal negara Azean Irdawati yang akan ditahan dengan lebih lama menurut pihak Polis.Pada 12 Mac yang lalu Benjy bersama teman wanitanya telah ditahan dan disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan membawa kepada penemuan makmal mini tempat pemprosesan dadah.Turut ditemui adalah 850 gram Kokain yang bernilai RM 650,000 dan 140 gram Syabu yang bernilai RM 2,000.

Benjy bersama teman wanitanya itu ditahan reman selama 7 hari dan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur,assistant comisioner Kang Chez Chiang pihak polis akan memohon untuk melanjutkan reman ke tahap semaksimum yang boleh mengikut undang-undang.Pihak polis telah pun memohon kepada mahkamah untuk sekurang-kurangnya melanjutkan reman untuk tempoh 7 hari lagi.

Bagaimanapun Kang tidak mahu mengulas lanjut dan hanya mengatakan yang Benjy memberikan kerjasama dan kadang kala tidak mahu berkerjasama dengan siasatan.Kang juga mengatakan yang kedua-dua suspek sah positif dadah jenis syabu.Kang juga turut tidak menafikan kemungkinan yang Benjy turut mengedar dadah tersebut dengan melihat kuantiti dadah yang ditemui.Dimana tempat dan kepada siapa dadah itu dijual akan disiasat oleh pihak polis.

This is getting a lil more interesting kan? Kang mengesahkan yang Benjy positif Syabu sekaligus menafikan kenyataan Azean yang tidak percaya bahawa Benjy telah mengambil syabu.Untuk memohon perlanjutan masa reman yang lebih lama bukan perkara yang mudah untuk pihak polis,kerana pihak polis harus mengemukakan sebab kenapa suspek akan ditahan lebih lama.Kalau takde sebab memang tak boleh tahan. Undang-undang tu beb!.  Isu Benjy enggan memberikan kerjasama tu pun menarik bagi Rokku.Kenapa dia tak nak beri kerjasama kalau dia tak bersalah?Polis akan menahan Benjy dengan lebih lama dan kita tunggu sajalah keputusanya nanti.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics