Mar 9, 2010

Gambar Anak Kembar Ziana Zain!




Setelah sekian lama menunggu akhirnya Ziana Zain memperkenalkan anak kembarnya kepada teman-teman wartawan untuk dipersembahkan kepada peminat yang begitu curious tentang kesomelan Mohammad Ariel dan Siti Nour Kaseh yang dilahir kan dengan penuh susah payah oleh Ziana sehingga dia bertarung nyawa akibat tumpah darah dan dimasukkan ke ICU.

Semuanya kerana seminggu sebelum melahirkan kembarnya Ziana mempunyai masalah tekanan darah tinggi sehingga selepas melahirkan anaknya darah tingginya menjadi lebih teruk sehingga mencecah bacaan 200 pada atasnya! Mak datuk tinggi betul! Selepas bersalin doktor menasihatkan Ziana supaya berehat selama 6 bulan dari sebarang aktiviti dan kerana itu juga lah Ziana tidak mahu memperkenalkan Mohammad Ariel dan Siti Nour Kaseh kepada peminat kerana masih lagi berehat.

"Saya bersyukur sangat... Allah telah panjangkan umur saya. Sepanjang proses bersalin, saya masih sedar. Tapi selepas sahaja kedua-dua bayi saya keluar, saya sudah tidak tahu apa yang terjadi.
"Saya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi selama lima hari. Sepanjang berada di wad itu, saya telah dimasukkan 10 paket darah.
"Menurut doktor, saya telah mengalami tumpah darah yang begitu banyak hingga berada di dalam keadaan kritikal dan mempunyai peluang tipis untuk hidup," Kata Ziana yang ditemui ketika memperkenalkan Duta Slimworld 2010.


Syukur lah semuanya telah pun beransur normal untuk Ziana dan pengalaman hitam tersebut membuatkan Ziana serik untuk mengandung lagi.Suaminya dan Ziana hanya mahukan 4 anak dan kini adalah masa untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.Alhamdulillah dah selamat semuanya,ngeri jugak kisah kak Ziana Zain kita nih! Bertarung nyawa demi melahirkan anak tercinta.Kalau lah si anak tahu bertapa perit nya derita yang melahirkan mesti kita semua akan sujud dan mencium kaki ibu yang selama ini kita lawan katanya dan selalu kita persoalkan keputusannya tanpa memikirkan yang kita telah melukakan hatinya.Lepas baca entry ni Rokku nak korang semua tadah tangan dan doakan kesejahteraan Ibu Bapa kita yang terlalu banyak berkorban buat kita!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics