Mar 8, 2010

Umie Aida Nikah 14 Mac Di Mekah

                                      
Ramai sangat nak tau bila tarikh keramat untuk Umie Aida menamatkan zaman bujang dan semalam Umie telah mengumumkan yang dia akan menamatkan zaman bujangnya pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah.Bakal menikahi Datuk Seri Paduka Khairudin Abu Hassan dengan majlis sederhana yang bakal berlangsung di Masjidil Haram dengan dihadiri oleh kira-kira 20 ahli keluarga terdekat.Dan lebih significant lagi tarikh itu dipilih sempena hari jadi kakak tersayang Umie iaitu pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima.Akad nikah akan diadakan selepas subuh pada tarikh 14 Mac tersebut.


Rombongannya Umie dan keluarga bakal berangkat ke Mekah pada 11 Mac tetapi Umie terpaksa meninggalkan anak-anak angkatnya iaitu Mohd Daniel Firdaus 17 dan Mohd Dzulhilmi 16 kerana masalah pasport yang dihadapi.Rombongan keluarga Umie dan Datuk Seri Paduka Khairudin Abu Hassan akan kembali ke tanah air pada 18 Mac.Majlis resepsi pula bakal diadakan pada 28 Mac.Di Mekah Umie dan bakal suami akan mengadakan sedikit majlis di Hotel ZamZam Tower.Turut hadir pada majlis berinai pada malam tadi adalah Zahida Rafik,Erra Fazira,Azwan Ali,Kuza,Datin Norniswara,Nabila Huda,Emelda Rosnaida,Ziela Jalil dan ramai lagi teman seperjuangan didalam industri termasuklah teman-teman wartawan.

Umie yang mengenakan Busana rekaan Jovian Mandagie pada malam berinai turut menambah yang tiada sebarang hantaran akan dibawa ke Mekah dan kecuali acara pertukaran cincin.Mas kahwinnya juga akan dibuat didalam matawang Dirham dan bakal diwalikan oleh abang kandungnya Ahmad Ridzuan Rahmad.Umie turut tidak menyembunyikan perasaan gementarnya cuma masih belum terasa buat masa ini,mungkin lebih terasa pada 14 Mac nanti tambahnya.Paling best ialah rancangan Umie untuk mendapatkan cahaya mata secepat mungkin! Huhuhu dan paling tidak pun seorang katanya yang akan turut menghabiskan  masa berbulan madu di Eropah.Majlis resepsi pada 28 Mac nanti akan diadakan di One World Hotel dan bakal dihadiri tetamu seramai lebih 1200 jemputan,termasuk lah jemputan kenamaan yang merupakan idola Umie iaitu Tun Mahathir Mohammed bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Alhamdulillah Umie pulak bakal melangsungkan perkahwinan dan paling menarik adalah tempat bakal tertautnya dua hati iaitu di Tanah Suci Mekah dan di Masjid yang paling diberkati disisi Tuhan Masjidil Haram.Rokku harap korang semua mendoakan permergian mereka dan selamat kembali ke tanah air dan sama-sama lah kita nantikan gambar-gambar menarik untuk hari besar buat Umie Aida dan Datuk Seri Paduka Khairudin Abu Hassan pada 28 Mac nanti! Korang pulak bila nak dirikan masjid macam Umie? Rokku asik tanya Rokku sendiri belom kahwin! Huahuahua..Baru tadi kawan Rokku cakap dia akan melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya.Teringat zaman sekolah waktu sama-sama dengan dia dulu! Duduk sebelah menyebelah,cepat betul masa berlalu.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics