Mar 31, 2010

Nasha Aziz Dilamar Oleh Nur Iman Tang


Lama jugak diorang ni bercinta kan? Selepas memeluk agama Islam Nur Iman Tang yang terkenal sebagai promoter dan juga orang kuat Clockwork Records kini telah melamar kekasih hatinya yang menjadi pujaan semua jejaka samada tua kerepot atau yang muda iaitu Nasha Aziz.Tarikh mereka berdua bakal disatukan adalah pada Jun tahun ini.Wahh tak lama lagi kan?


Nasha mahukan sebuah perhubungan yang diberkati keluarga dan Allah serta Iman akan menjadi ketua keluarga,dia sedang bersiap sedia untuk kearah itu ujar Nasha Aziz.Dalam soal cinta Nasha lebih suka membataskan pergaulan ketika masih belum berkahwin.
"Saya agak tradisional dalam soal pergaulan dan perhubungan,Mungkin juga sebab itu saya mengambil masa yang lama untuk menerima lelaki untuk menjadi teman hidup". Nasha dan Tang juga telah membuat keputusan untuk mengerjakan Umrah terlebih dahulu sebelum perkahwinanya pada Jun nanti.

Pada 10 Mei Nasha dan Tang akan terbang ke tanah suci untuk mengerjakan Umrah selama dua minggu dan selepas pulang dia akan melakukan persiapan terakhir menuju ke gerbang perkahwinan.Alhamdulillah..Rokku suka betul la kisah jejaka yang sukses macam Iman Tang ni masuk Islam dan berkahwin dengan orang melayu.Kawan-kawan Tang pun semua melayu,dia orang kuat artis underground.Dari ACAB sampai lah Gerhana Ska Cinta dia yang uruskan.Successful dan handsome! Hahaha..Untung Nasha dapat Tang ni,Gentleman orang nya..

2 comments:

M!Er4N said...

tahniah2..semoga cepat disatukan :)

eurobillion said...

nice post

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics