LINDA ONN BUKA RESORT PULA?
Tak kira macam mana hebat kontroversi yang melanda nampaknya itu tidak sama sekali memperlahankan rentak Linda Onn.Sibuk di konti dan restoran dan tidak lama lagi bakal membuka sebuah Resort pula! Mungkin ada Spa dan bermacam lagi perkhidmatan yang bakal disediakan. Hebat Linda! Bukan senang nak jadi senang,jangan contohi sikap artis MLM yang menindas orang lain untuk dapat duit banyak.Buat real business macam Linda ni, baru lah rock!
Dengar cerita lagi Resort tersebut bakal dibuka di Johor Bahru tetapi detailnya masih lagi kabur.Linda nampaknya terlalu sibuk dengan urusan Resortnya itu sehingga tidak dapat menghadiri ABPH 2009 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Rokku pernah jugak terdengar yang business restoran Linda yang di sihir dek kerana dengki orang yang tidak senang dengan kejayaan restorannya itu.Hmm..Orang melayu ni,asal tak puas hati sikit sihir! Salah sikit sihir! Lama-lama nanti sihir tu memakan diri sendiri.Orang cina bersatu padu bila meniaga sehingga mereka dapat menguasai dari sekecil-kecil perniagaan hingga lah ke peringkat paling tinggi.Semuanya sebab mereka bersatu.Melayu mudah lupa..Bak kata Tun Mahathir.
HOS POPULAR TIPU ARTIS BARU?
Cerita ni panas dia lebey sikit! Sebab ni melibatkan seorang pelakon,penyanyi dan hos yang sangat terkenal! Kalau sebut nama korang gerenti kenal lah,ntah-ntah cina sebelah rumah korang tu pun kenal gak! Cerita bermula bila ramai artis baru terutamanya artis realiti kelahiran stesyen berbayar melaburkan wang sehingga beribu ringgit tapi hasil dari pelaburan yang dijanjikan akan berlipat kali ganda hanya indah khabar dari rupa!
Hos popular ni semakin menunjukkan kemewahannya semenjak dua menjak ni,mesti korang pelik kan? Betul ke tak cerita ni? Yang Rokku boleh katakan ialah artis-artis yang telah melabur dalam skim ala MLM yang dipunyai oleh hos popular ni sekarang dibiarkan terkontang kanting macam beruk yang tidak disusukan Huahuahua..Dah lah hasil dari pelaburan mereka tidak menjadi dan kini mereka terpaksa menanggung kerugian pula.Rokku pasti tidak lama lagi pasti kisah ni akan keluar di dada-dada akhbar dan di rancangan hiburan kat TV tuh,kita lihat lah nanti apa alasan hos terkenal itu akan gunakan untuk menangkis cerita-cerita buruk begini.
Yang pasti adalah artis-artis yang dah terkena ni memang dah serik dan jangan lah korang pulak yang terkena nanti.Rokku pelik satu je,dah kena tipu hidup-hidup yang artis-artis realiti TV ni diamkan diri kenapa pulak? Perkara ni kena dibawa ke tengah supaya jangan lagi ada pihak lain yang terkena! Kalau hos tu rasa ni kisah tak benar sila bawa artis artis realiti TV tu tampil dan jelaskan cerita sebenar! Bak kata kawan Rokku Evariena yang sengal tuh..MLM ni maksudnya Member Lanyak Member! Kehkehkeh..
1 comment:
ikut tekaan aku.. AC Mizal la yg jadi tukang sapu tu.. ye tak?
Post a Comment