Apr 13, 2010

Suami Maya Karin Bakal Tinggalkan Malaysia?


Kalau dah siap sedia nak tinggalkan Malaysia tu tandanya apa? Mungkin semakin berserabut masalah rumahtangga yang dialami oleh Maya Karin dan Suami Steven Shorthose yang juga merupakan seorang guru disebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur.

Dengar cerita Steven Shorthose telah pun menghantar notis berhenti kepada pihak pentadbiran Alice Smith International School dan sudah pun bersiap sedia untuk pulang ke Liverpool England! Ehh pulang dengan membawa hati yang lara ke Steven?

Jika benar yang Steven Shorthose bakal kembali ke negara asal serta berhenti dari menjadi guru disini maka sudah tentu lah ura-ura masalah rumahtangga Maya sudah menghampiri breaking point nya.Kalau boleh Rokku nak melihat supaya Maya dan Steven kembali berbaik-baik semula.

Tapi jika perpisahan yang menjadi jalan terbaik untuk kedua belah pihak maka tiada siapa yang boleh melawan takdir.Kita tak payah lah buat banyak spekulasi,beri ruang dan peluang untuk mereka disaat seperti ini.Kita doakan yang terbaik untuk Stevan dan Maya!

3 comments:

nabilah_2908 said...

hrummm...harap hubungn mereka berdua ni boleh diselamatkan semula..

slm kenal dari nabilah.. ;)

mimi said...

em..........
Semoga dapat berkekalan hingga ke akhir hayat

Amir said...

artis2 yg kahwin mat salleh ni tak pernah kekal...

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics