Apr 10, 2010
Isteri Benjy Diberhentikan Kerja Dan Dihalau Dari Rumah Sewa
Kesian giler bila Rokku dengar kisah isteri kepada Benjy,Safiya Stephenie yang mengalami trauma dan ditindas kerana kes dadah Benjy yang masih lagi hangat diperkatakan.Safiya juga tidak keluar dari rumah kerana takut dan bimbang dicemuh serta dikutuk masyarakat dan difitnah bersubahat bersama suaminya.
Paling tak patut bagi Rokku adalah bila Safiya diberhentikan kerja sebagai guru tadika tanpa sebab munasabah.Sampai saja ke tadika tempatnya berkerja dia terus diberikan surat berhenti dan itu menyebabkan Safiya kehilangan sumber pendapatan untuk meneruskan hidup dan menyara anaknya.
Lagi teruk apabila Safiya dihalau dari rumah sewanya di Jalan Segambut dengan alasan yang kes Benjy mendapat liputan meluas dan menjejaskan reputasi pemilik rumah itu.Sekarang Azean Irdawati harus membantu dari segi kewangan dan keperluan menantu dan cucunya itu walaupun Azean Irdawati sendiri tidak mempunyai pendapatan tetap.Azean yang bergantung dari sumbangan orang ramai sedih dengan nasib yang menimpa cucu serta menantunya dan kini dengan sumber kewangan yang terhad,Azean terpaksa berkongsinya bersama menantu dan cucunya pula.
Hmm..Yang kononnya bersalah adalah Benjy dan bukanya isterinya.Kenapa pulak Safiya yang diberhentikan kerja? Rumah sewa tu takde masalah sangat,tapi kalau dah sumber pendapatanya hilang makin susah lah hidup Safiya bersama anaknya yang sudah cukup tertekan dengan keadaan yang menimpa mereka.Rasanya tindakan Azean Irdawati menceritakan kisah menantu dan cucunya ini adalah satu tindakan yang bijak kerana mungkin ramai pihak yang bersimpati akan tampil dan memberikan bantuan atau memberikan perkerjaan kepadan Safiya.
Tu lah kalau bertindak dengan tidak memikirkan apa yang bakal terjadi kepada keluarga isteri dan anak-anak.Semua pihak jadi susah dek masalah yang ditimbulkan oleh Benjy
5 comments:
sian tauu binik dy.
dulu suke juge benjy berlakon...
tapi bila da mcm ni... haihh...
suke nyusahkan org lain.. cian family..
uik nina...
relexs la..blum tau dia bersalah ke tak..
kita tunggu dan lihat lah..
tak patot babitkn bini dia lak...ksian anak dia.. apalah manusia neh.~
kasihan tp ape boleh buat... suami yang buat salah, kenapa isteri pulak dihukum...
kalau benar suami dia bersalah, dia perlu memohon ampun dan maaf daripada isterinya kerana telah menyebabkan isterinya hilang maruah diri..
sedihnya tengok, isteri teraniaya ...
Post a Comment