Apr 20, 2010
Datuk Bung Mokhtar Didakwa Berpoligami Tanpa Izin
Berpoligami tanpa izin isteri pertama dan mahkamah! Itu lah kes yang bakal dibawa ke Mahkamah pada 18 Mei ini.Walau sah dari segi hukum dan syarak tapi Malaysia ni ada undang-undang, Mana boleh main redah je! Datuk Bung Mokhtar sepatutnya lebih arif mengenai hal ini,kan tak pasal-pasal dah kena masuk mahkamah.
Zizie Izette yang dihubungi menegaskan yang perkahwinan tersebut berlangsung dengan sah mengikut hukum syarak.Ada wali dan ada Saksi cuma kesilapan telah dilakukan bilamana Datuk Bung Mokhtar gagal mendapatkan keizinan isteri pertama serta mahkamah dan itu menyalahi undang-undang negara.
" Bagaimanapun kami tidak perlu mempertikaikan tentang pernikahan ini kerana ia terikat dengan kuasa undang-undang.Kita tunggu saja keputusannya pada 18 Mei nanti dan lihat apa yang bakal berlalu selepas itu." Ujar Zizie yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur bersama Datuk Bung Mokhtar hari ni.Kedua-kedua Zizie dan Datuk Bung mengaku bersalah terhadap pertuduhan berpoligami tanpa izin yang dibacakan kepada mereka.
Zizie tidak mahu memberikan lebih komen terhadap kes ini kerana ianya ibarat membuka pekung didada.
" Saya rasa tidak seronok untuk bercerita tentang perkara ini.Saya tahu mesti ramai yang tertanya tanya tentang sebab musababnya." Ditanya mengenai adakah perkara ini menjejaskan hubungannya dengan Datuk Bung Mokhtar, Zizie menjawab yang mereka berdua masih lagi suami isteri.Sumber
Hmm..Macam-macam dunia ni kan? Nak kahwin dua tapi tak mintak izin,kan dah susahkan diri namanya.Ditambah dengan kesibukan tugas sebagai MP yang dipikul oleh Datuk Bung Mokhtar.Sedikit sebanyak perkara ini akan mencemarkan nama baik beliau.Rokku sendiri taktau apa hukumannya untuk kesalahan sebegini,korang tau? Kalau tau sila komen ok,untuk dikongsi bersama orang yang tak tahu supaya menjadi ilmu dikemudian hari..Kehkehkeh..
UPDATE: Terbaru yang Rokku dapat tahu adalah sabit kesalahan 'Poligami Tanpa Izin' dibawah enakmen undang-undang keluarga islam (Selangor) no.2 Tahun 2003 ialah Denda RM1,000 atau penjara 6 Bulan atau kedua-duanya sekali.Zizie juga dituduh 'Berkahwin dengan Bung Mokhtar Tanpa Kebenaran Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk' mengikut seksyen 40 (2) enakmen undang-undang keluarga islam (Selangor) No.2 2003 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.Sementara itu Zizie turut didakwa 'Bersubahat' didalam kes ini dan turut diheret sama adalah abang dan adik Zizie iaitu Ahmad Shahazmi Abd Samad,Samzy Fuzette dan pelakon hot dan sedang meningkat naik Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mokhtar dibawah seksyen 40 (2) enakmen undang-undang keluarga islam (Selangor) No.2 2003 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.Kesemua mereka mengaku bersalah dan dilepaskan dengan bon jaminan lisan RM 500 setiap seorang dengan seorang penjamin.
1 comment:
cam mana erk die bleh suke kt bung mokhtar tu..huhuhu
Post a Comment