Apr 15, 2010

Gambar Pertunangan Dia Fadila


Dia Fadila ni bertunang bila eh? Rokku sendiri tak pasti tarikh sebenar Dia Fadila dan Redza Abdullah ditunangkan tapi takde bising-bising pun kan?.Mungkin jugak Dia Fadila sedar yang dia tidak lagi sepopular dulu kot? Atau memang nak sorok? Tunang Dia,Redza Abdullah ni berkerja dalam bidang pemasaran.Syarikat apa tu Rokku tak dapat korek,Huhuhu..


Tup tup dah bertunang! Dan pasangan Redza dan Dia Fadila bakal bernikah pada Oktober ini.Dia Fadila yang senyap dari karier nyanyian sebenarnya sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).Handal gak tu,umur baru 26 tahun dah dapat jadi pensyarah!


Dia Fadila sendiri mengakui yang majlis pertunangan ini dilakukan secara express,jadi kurang bising sikit kalau nak dibanding kan dengan artis lain.Mengulas tentang Redza,Dia Fadila mengatakan yang berbanding dengan cintanya yang terdahulu Redza lebih bersungguh-sungguh untuk mendekatinya.Ramai lelaki yang takut dan gerun dengan bapa Dia Abu Bakar Sudin,Tapi Redza lain sedikit dia tak segan dan berani untuk berjumpa dengan keluarga Dia.

Redza mengambil kesempatan pada 14 Febuari lalu dimana family dia mengadakan hari keluarga dan Redza bertemu dengan keluarga serta bapa Dia Fadila dan mengatakan yang dia mahu memanjangkan hubungan dengan Dia Fadila secara lebih serius.Fuhh..Memang gentleman lah bro! Tu namanya berjuang separuh mati demi cinta yang suci! Kehkehkeh..Alhamdulillah sebab dah pun termeterai satu ikatan diantara Dia Fadila dan Redza Abdullah.Oktober nanti buat besar-besaran sikit eh?

5 comments:

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

wow dah jadi lecturer skg... hebat... semoga berbahagia Dia.. lama x dgr dia nyanyi..

mama nadzmy said...

kalau x silap lelaki ni pernah ada affair ngan wardina dulu...kira pakwe lah...tp sebelum wardina pakai tudung dan kawen.... memang lelaki ni suka kawan ngan artis yer??? apa2 pun semoga berbahagia..

lia said...

yela .. laki ni dulu ex wardina... tapi tu cite lame la kan...

tehafatihah said...
This comment has been removed by the author.
tehafatihah said...

nih anak arwah tan sri

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics