Apr 5, 2010
Azean Irdawati Hantar Memorandum Dan Minta Bantuan Suhakam
Kesian lak bila Rokku tengok seniwati tersohor tanah air Azean Irdawati yang menangis bila mengenangkan nasib anaknya yang ditahan polis selama 60 hari tanpa bicara kerana mengancam keselamatan negara! Azean Irdawati terpaksa menghantar memorandum kepada Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) untuk membenarkan pihak peguam dan ahli keluarganya bertemu dengan Benjy dan kerana dikatakan pihak Polis melarangnya untuk berjumpa dengan Benjy serta menimbulkan pelbagai kesulitan.Kali terakhir Azean dibenarkan untuk berjumpa dengan Benjy adalah pada 18 Mac di lokap Balai Polis Bukit Jalil dan hanya diberi 15 minit untuk berjumpa dengan anak lelaki tunggalnya itu.
" Saya diberitahu supaya tidak perlu melantik peguan kerana tiada gunanya.Selain itu saya kecewa kerana tidak dapat menghantar sup dan ubat kepada Benjy."
" Saya memberitahu pihak polis yang anak saya sakit asma dan ingin memberikannya berberapa ubat yang saya bawa namun tidak dibenarkan.Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada seorang anak" Kata Azean sambil menangis teresak-esak.
Kandungan Memorandum itu antara lainnya mendesak agak Suhakam mengadakan dialog dengan kerajaan dan pihak polis mengenai isu penafian hak dan akses untuk peguam-peguam terhadap pesalah yang ditahan dibawah akta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)
Menurut peguam Benjy Amer Hamzah Arshad,anak guamnya telah dinafikan hak asasi manusia bagi mendapatkan khidmat peguam dan polis telah mengunakan kuasanya untuk menahan semula Benjy selepas dibebaskan Mahkamah dengan ikat jamin pada 25 Mac yang lalu.Reaksi positif diberikan Suhakam apabila meneliti kes Benjy.Pesuruhjaya Suhakam Datuk N.Siva Subramaniam berkata yang setiap tahanan berhak mendapatkan khidmat peguam!
" Itu adalah hak asasi manusia dan pihak polis tidak boleh menafikanya walau dalam apa jua keadaan" Ulasnya.
Rokku cukup tersentuh bila melihat tangisan Azean Irdawati,tapi nak buat macam mana kan? Dah salah dan ditahan tanpa bicara kerana mengancam keselamatan negara.Memang ini akan menjadi isu keselamatan negara apabila Dadah yang diperkatakan.Dadah itu musuh nombor satu negara! Tapi apa salahnya jika keperluan ubat dan perjumpaan dengan ahli keluarga dibenarkan untuk Benjy.Cukuplah seminggu sekali betul tak? Jangan lah block terus walau bagai mana besar pun salahnya.Bila Suhakam dah terbabit ni makin rumit lah kes ni jadinya.Kita yang tengok dan baca ni amik lah pengajaran supaya tidak tersilap langkah.Kalau dah tersilap dan ditahan dibawah ISA sapa yang susah? Diri sendiri dan keluarga jugak yang susah..
2 comments:
kesian btl nsib kak azean..hope dia tabah menghadapi dugaan ni
tugas polis memg cmtu.. mana la blh suka2 ati nak bg sup ka ubat ka...kalau bg pun..polis ambik ja..tp xkan sampaikan kat pesalah tu.
Post a Comment