Apr 6, 2010

Rumah Allahyarham Din Beramboi Dirompak Dan Badrul Muhayat Mengaku Tidak Bersalah


Baru saja meratapi pemergian suami tercinta dan kini isteri dan anak-anak kepada Allahyarham Din Beramboi terpaksa menerima hakikat yang berberapa barang berharga dan juga merupakan barang sebagai kenang-kenangan yang sangat bererti peninggalan Allahyarham Din telah dicuri setelah rumah mereka di Sungai Buaya Rawang dipecah masuk.Nasib baik lah kesemua anak-anak dan isteri Allahyarham tidak berada di rumah mereka di Rawang ketika kejadian,kalau tak mungkin juga ada kejadian yang tidak diingini.

Jumlah kerugian yang ditanggung isteri dan keluarga Allahyarham Din bernilai lebih dari RM 20,000,kejadian hanya disedari oleh jiran mereka pada pagi semalam ketika dia keluar ke belakang rumah ketika mahu memberi makan kepada kucingnya.Jirannya merasa curiga bila melihat pintu jeriji besi terbuka serta terdapat kesan umpilan.Pintu kayu dibahagian belakang rumah juga dipecahkan.Antara yang dicuri adalah koleksi jam berharga milik Allahyarham Din dan komputer riba miliknya.Tetapi mereka tidak menyentuh koleksi gitar dan TV yang juga berharga puluhan ribu ringgit.Nampak sangat naik motor,tak mampu nak bawak barang-barang berat! Kalau tak abis semua diorang kebas!

Jiran mereka juga terlihat kelibat berberapa orang yang menaiki motor dan kereta berlegar-legar dalam keadaan yang mencurigakan.Sejak Allahyarham Din dimasukkan ke hospital,seluruh keluarga termasuk tinggal di rumah saudara mara di Kepong dan tidak mendiami rumah mereka di Rawang.Mungkin jugak perompak sialan tu dah memerhatikan keadaan sejak awal-awal lagi.Tapi takpe lah,biar barang yang hilang jangan satu lagi nyawa yang menjadi taruhannya.Rokku doakan keluarga Allahyarham Din bersabar dan redha dalam menjalani dugaan demi dugaan ini.

BADRUL MUHAYAT MENGAKU TIDAK BERSALAH




Ni kisah si Badrul Muhayat yang tidak mengaku salah diatas 2 tuduhan mencederakan isterinya mengunakan tangan,kaki dan penyapu di Mahkamah Majistret Ampang.Mengikut pertuduhan Badrul dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada keatas isterinya Julia Daud pada 24 Mac lalu dengan menumbuk mangsa di muka dan diperut.

Manakala untuk pertuduhan yang kedua Badrul dituduh sengaja mendatangkan kecederaan dengan memukul isterinya dengan penyapu di bahagian kaki dan punggung.Hakim Wan Karimah Wan Mohd Abd Ghani membenarkan ikat jamin sebanyak RM 3,000 tetapi Badrul meminta supaya ikat jamin dikurangkan sedikit kepada RM 2,500 atas alasan laporan media menyebabkan bayaran hasil lakonannya tertangguh (Ada ke mamat ni berlakon?)

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 2,500 dan menetapkan sebutan semula kes pada 13 Mei depan bagi memberi peluang untuk tertuduh melantik peguam.Jika sabit kesalahan Badrul boleh dipenjara selama 1 tahun atau denda RM 2,000 atau kedua-duanya sekali dibawah seksyen 323 kanun keseksaan Sumber. Rokku pelik gak ni,pukul isteri bagai nak rak hukuman 1 tahun penjara je? Denda RM 2,000? Aihh senang betul! Macam tak berbaloi je naik turun mahkamah dan akhirnya nanti hanya perlu bayar denda! Dah tu tak mengaku lak pukul isteri! Jiran-jiran pon jadi saksi,kau nak sorok kat mana lagi? Adehhh...

3 comments:

jiha@Gha said...

isteri kan amanah allah..kenape die buat mcm tu..mcm2 lar dunia skrg..ini lar jadinye kalau malaysia hanya pakai hukum manusia bkn yg telah allah tetapkan...ape2 pun kt akhirat nnti die ttp kena..

M!Er4N said...

sape pnya keje la yg rompak umah allaryarham..x ada ht perut langsung

Naz said...

Ngaku je lah Bedul! Dah belasah bini pas tu buat muka toya tak ngaku. Takyah jadi orang, jadi binatang lagi bagusss...dasar jantan tak guna!Cari lah sama jantina kalau ye pon...pas tu tengok kalau ko tu tak kena lipat! Pukul bini tak macho, BEDUL!!!!

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics