Apr 3, 2010

Siapa Juara Anugerah Bintang Paling Popular?


Masanya sudah tiba,selepas berlori-lori keratan akhbar untuk pencalonan dan pemilihan untuk berbelas kategori dikira.Selepas berjuta SMS diterima dan dikira,malam ini bakal menentukan siapa yang bakal mengambil alih tempat Ahmad Nabil (Raja Lawak) sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun 2009/2010.Rokku rasa dan mungkin jugak korang merasainya yang anugerah pada malam ini tidak akan berpihak kepada Nabil.Atau mungkin jugak korang rasa yang Nabil akan menang sekali lagi? Good luck lah kalau korang bertaruh untuk Nabil eh.

Bagi Rokku hanya ada 3 nama yang sangat menyinar pada tahun lepas.Fara Fauzana,Aizat dan Tiz Zaqyah adalah selebriti paling berpengaruh sepanjang 2009/2010.Fara Fauzana dengan pengaruh Facebook nya sahaja sudah boleh dilihat sebagai selebriti yang mempunyai paling ramai peminat! Tolak campur dengan akaun palsu Fara Fauzana 138,000 peminat dan akaun real Fara Fauzana yang mempunyai lebih 238,000 peminat! Korang bayangkan ajalah! Akaun palsu Fara pun dah cecah 138,000,Pengaruh Fara Fauzana juga adalah faktor besar yang meningkatkan rating Hot FM menjadi station radio no 1 Malaysia sekaligus menumbangkan radio Era yang sekian lama bertakhta di tempat pertama.Filem lakonan,drama dan rancangan yang TV yang dihoskan oleh Fara turut menambahkan kemungkinan Fara Fauzana diangkat sebagai Bintang Paling Popular untuk kali ini.

Next on my list adalah Aizat,memang giler ahhh mamat ni! Lagu ciptaan dia memang berkualiti tinggi dan sampai sekarang lagu didalam Album sulung yang diterbitkannya sendiri diputarkan di station radio tempatan sehingga Rokku rasa macam takde lagi lagu yang belum kita dengari daripada album si Aizat ni! Single pertama yang dipertaruhkan untuk album sulungnya Percubaan Pertama iaitu Hanya Engkau Yang Mampu telah mendapat jutaan download dan menjadikannya lagu melayu yang paling banyak didownload sepanjang tahun lalu! Kemunculan single-single seterusnya juga tidak menghampakan dengan jumlah download yang tinggi serta mengecap populariti dan sering diputarkan diradio kerana mendapat permintaan tinggi dari peminat.Kemuncak kejayaan bagi tahun yang sangat gemilang untuk Aizat adalah apabila lagu nyanyiannya Pergi ciptaan Pete Teo telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 2009 sekaligus melengkapkan milestone penghargaan yang diterima oleh Aizat sepanjang setahun jagung penglibatannya didalam industri seni tanahair! Dengan pengaruh yang semakin membesar dan sifat humble yang dimilikinya tidak mustahil yang Aizat mampu menambah satu lagi award penting dan besar ertinya untuk anak-anak seni iaitu Bintang Paling Popular!

Terakhir didalam ramalan Rokku yang handsome ini adalah pelakon wanita paling Rokku cintai! Dialah yang menceriakan hari-hariku,membuatkan Rokku berangan-angan seperti Mat Jenin! She is Tiz Zaqyah.Huahuahuahua..Boom! Out of nowhere,seorang pelakon yang sebelum ini tidak terlalu dikenali meletup-letup macam bunyi mercun pop ketika Hari Raya dan naik popularitinya dengan drama yang mencipta fenomena bagi industri drama dan perfileman tanahair apabila drama Nur Kasih mencapai rating 4Juta penonton! Nur Kasih mengangkat Tiz Zaqyah sebagai pelakon wanita paling popular dengan masa yang singkat sahaja! Kali terakhir fenomena besar seperti ini terjadi didalam sesebuah drama atau filem dan mengangkat nama pelakonnya berlaku adalah ketika Sembilu menerpa pawagam-pawagam pada pertengahan 90an.Erra Fazira terus melonjak naik dan sehingga kini mengekalkan status antara pelakon wanita paling mahal di Malaysia!
Tiz Zaqyah adalah calon favorite untuk Bintang Paling Popular pada kali ini.Mengikut carta undian yang Rokku lakukan pada bulan pertama Ragam Artis beroperasi Tiz Zaqyah dan Fara Fauzana jauh meninggalkan artis-artis lain yang turut dicalonkan.Pemenang bagi carta undian tersebut adalah Fara Fauzana yang hanya berjaya meninggalkan Tiz Zaqyah ditempat kedua dengan jumlah undi yang hampir sama.Adakah undian pembaca Ragam Artis bakal menjadi kenyataan? Fara Fauzana sebagai Bintang Paling Popular?
Kita tunggu malam ini!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics