May 30, 2010

Anak Nadia Mustafar Kena H1N1


Aduhh..Kesian sungguh bila Rokku dapat tau kisah tentang anak Nadia Mustafar yang dijangkiti virus maut H1N1,bukan seorang tapi kedua dua anaknya Mia Qaisara 2 tahun dan adiknya Qalif Izham 1 tahun disahkan positif virus paling ditakuti waktu ini iaitu H1N1 yang telah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia. Berikutan itu,Nadia dan suami turut dikuarantin untuk pemerhatian pihak hospital.Tapi ramai juga yang pulih setelah menjalani rawatan dan diharap Nadia dan suami tabah serta memberikan sepenuh tumpuan kepada putera dan puteri mereka berdua yang somel tu.


Dengar ceritanya Nadia sendiri hairan bagaimana virus itu boleh tersebar dan menjangkiti kedua buah hatinya itu,sedangkan anaknya tidak keluar rumah sepanjang 3 minggu dan mereka tetap dijangkiti virus maut itu.Tetapi Nadia ada menerima kunjungan sanak saudara yang menghidapi demam dan mungkin dari situ ada jangkitan berlaku.Demam panas dan ragam anaknya ketika berada di hospital membuatkan Nadia sedikit letih dengan keadaan dan situasi,anak anaknya yang selalunya nakal kini hanya terlantar tidak bermaya membuatkan Nadia dan suami sayu bila melihatkan keadaan mereka berdua.Sabarlah Nadia dan suami,harap harap semuanya menjadi lebih baik dan berdisiplin lah menjalani rawatan.Rokku doakan yang terbaik.Amin..

May 28, 2010

Eksklusif : Gambar Fasha Sandha Semasa Berusia 1 Tahun 4 Bulan


Huhuhu..Kalau dah dari kecik somel mesti la dah besar bertambah-tambah somelnya,ni gambar Fasha Sandha semasa dia berusia 1 Tahun 4 bulan.Kecik-kecik dah pandai posing nih! Dari kecik dah tunjuk bakat modeling sakan! XD..

Yang baju hijau tu memang nampak betul macam Fasha Sandha yang dah berusia 26 tahun sekarang ni,Somel sungguh sehingga Rokku rasa mau mencium-cium pipi budak kecik dalam gambar ni! Tapi dia dah besar sekarang dan sudah ada yang punya,kalau cium nanti kena kaki la Rokku! Huahuahua..

Untuk pembenci Fasha Sandha,anggaplah gambar ini sekadar khayalan di angin lalu.Kasihani lah budak somel didalam gambar ini.Hehehe..

Air Apa Yang Camelia Minum Tu?


Halal ke tak agaknya air yang dipegang Camelia tu? Nampak lain macam je? Fresh Anggur ke? Kehkehkeh..Rupa macam wain je,tapi Rokku tak tau la kan arak ke tidak tu tuan punya badan saja yang tau.Sebab dia sendiri yang akan terhuyung hayang lepas meneguk air kencing setan tu kan.

Yang penting air berwarna seperti wain tu berada kat tangan Camelia,best ke air tu? Kalau halal mungkin Rokku pun nak rasa! Hehehe..Mesti sodap,macam air gas! Kalau tengok gambar ni mesti Camelia tengah parti habis habisan ni..Tengok lah sebelah dia tu! Macam penyanyi rap je! Jangan penyanyi Ku-rap sudah la..Huahuahua..
Layannn..Komen please? Kredit kepada Media Malaya untuk gambar ini.

May 27, 2010

Wow! Gebunya Peha Rozita Che Wan Dan Azza Elite


Kehkehkeh..Korang memang kalau gambar kontroversi sikit je laju je korang terutama yang laki tuh.Ni Gambar peha gebu Rozita Che Wan dan Azza Elite semasa Konsert Akhir Akademi Fantasia AF8 yang berlangsung baru baru ini.Sapa lagi mantap? Huhuhu..Korang nilai sendiri,untuk yang marah diorang berdua ni pakai seksi-seksi.Sila lah kritik dengan berhemah,hidup harus berjuang! XD

Ada jugak yang mengkritik Rozita Che Wan yang memakai skirt pendek sedangkan dia baru pulang dari umrah,any comment from my dear readers? Bagi Rokku kadang-kadang diorang terlupa kot? Yang majlis besar ni banyak kamera yang ada dan bersedia merakam keseksian artis artis yang hadir.Terlupa jugak yang diri tu baru balik dari Umrah,nak buat macam mana sebab orang melayu ni mudah lupa.. Hehehe..

P/S Nak bunga kat telinga Rozita Che Wan tu,Nak letak kat dalam bilik!

May 25, 2010

Shikin Hampir Maut Dalam Kemalangan Babitkan 8 Buah Kenderaan


Memang masih panjang umur Shikin Dangdut atau nama sebenarnya Shikin Dahalan yang terselamat dalam kemalangan yang membabitkan 8 buah kereta dan sebuah bas di Kilometer 44 Lebuhraya Karak,Kemalangan yang terjadi pada jam 12.15 Tengahhari Sabtu lalu.Shikin yang mendapat show di Gambang anjuran TM pada sebelah malamnya.
" Saya ada sound check pada pukul 2 petang,saya dan teman dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke sana dan keadaan menjadi cemas apabila sebuah Proton Persona melanggar Honda City milik saya dari sebelah sisi saya dan menyebabkan kereta saya berpusing pusing sebanyak empat atau lima kali. "


" Kemudian kereta saya dilanggar lagi dari belakang oleh kenderaan yang tidak dapat mengelak.Saya rasa macam dah nak mati ketika itu. " Ulas Shikin
Shikin menegaskan yang dia memandu dengan perlahan kerana keadaan yang basah sementara Proton Persona terbabit memandu dilorong laju.Tambahnya lagi kemalangan itu turut membabitkan sebuah bas.
" Bila kereta dah berhenti,saya lihat asap putih berkepul kepul dan kawan saya menyuruh saya keluar cepat.Bila saya berjaya merangkak keluar,Saya terkejut bila mendapati kereta saya habis remuk.Jika tidak kerana beg udara sudah pasti kami berdua tercampak keluar.Semasa berjalan terhuyung hayang ketika keluar dari kereta,Saya terkejut bila ada kereta Kancil terbabas dan meluru kearah saya lalu terus saya melompat kedalam longkang. "

Sehingga hari ini Shikin masih tidak percaya yang dia boleh terselamat didalam kemalangan ngeri terbabit dan bersyukur kepada Tuhan.Leher,Tangan dan Kakinya luka kerana terkena serpihan kaca sementara terdapat benjolan besar dikepalanya akibat terhantuk.Mengingati semula kemalangan ngeri itu,Shikin berkata dia melihat bayi seusia 3 atau 4 bulan mengalami pendarahan serius dan seorang wanita mendapat serangan sakit jantung.Wanita yang memandu Proton Persona yang melanggar Shikin kemudianya datang bertemunya dan meminta maaf dan memberitahu yang dia hilang kawalan ketika memandu

.Wanita tersebut mengalami kecederaan dikepalanya.Shikin turut membuat laporan polis di Balai Polis Bentong dan kemudianya ke Hospital.Fobia kemalangan tersebut menghantui Shikin apabila dia meminta berkali kali supaya suami kawannya untuk memandu dengan perlahan.Memang ngeri kemalangan ni,begitu banyak kenderaan yang terlibat dan dalam keadaan jalan basah,Syukur tiada nyawa yang terkorban.Ambil kisah ini sebagai pedoman,bila hari hujan bawa kereta dengan extra careful.Terutama bila bukan hanya nyawa anda yang menjadi pertaruhan,pemandu lain dan orang yang berada didalam kereta anda juga perlu dijaga keselamatanya. Panjang betul entry Shikin ni! Hehehe.. Sumber

May 24, 2010

Sherry Jadi Pramugari Semula


Sherry Ibrahim bakal jadi Pramugari semula.Memang susah kalau nak bersaing dalam dunia artis nih,dah la pelakon beratus-ratus peluang nak berlakon pun sikit je.Last-last artis yang popular saja yang mendapat perhatian.Tapi Sherry ni bukan tak dapat perhatian,banyak jugak drama yang dia berlakon dan masih aktif lagi.Malah di dalam Kapoww! pun dia turut berlakon.Tak tahu pulak kenapa dia nak berubah angin dan nekad meninggalkan industri lakonan.Mungkin tak berbaloi dengan penatnya kot?

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim 27 selepas ini bakal berkhidmat sebagai Pramugari untuk Qatar Airways,Sherry yang juga gemar melancong lepas ni boleh lah kembali melancong ke tempat orang.Sherry sebenarnya pernah berkhidmat sebagai Pramugari bersama dengan MAS sebelum bergelar pelakon.
" Saya sukakan Paris,Dah banyak kali pergi pun masih belum puas.Tapi dalam hati saya menyimpan hasrat untuk ke Mekah satu hari nanti,Amin."
" Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya selama ini.Merekalah yang menonton lakonan saya dan memberikan kata kata perangsang.Saya juga mahu menyusun sepuluh jari diatas kesalahan saya selama didalam industri. " Ulas Sherry

Rokku dan peminat semua mendoakan yang terbaik untuk apa saja yang Sherry Ibrahim mahu lakukan didalam hidupnya dan kerjayanya.Moga moga kerjaya Pramugari ini Sherry mampu memberikan kegembiraan dan rasa senang hati hey! ketika menjalankan tugas kepada semua penumpang.Mana lah tau terserempak dengan Rokku nanti.Boleh lah mintak autograph dengan nombor phone graph..Kekekek..

May 21, 2010

Lelaki Cemburu Ugut Nak Tembak Fizo Omar


Memang giler ahh..Fizo Omar diancam dengan pistol oleh seorang lelaki yang cemburu dengan sikap mesra Fizo terhadap aweknya.Nak dijadikan cerita Fizo pergi lah bercuti kesebuah Pulau Perhentian bersama teman teman untuk merehatkan badan yang 24jam asik berkerja dengan tawaran berlakon yang lumayan tu kan.Giler tak penat? Ni adalah gambar sebenar Fizo di Pulau Perhentian dan kredit kepada FB Fizo sendiri..

Sedang asyikkk melayan deruan angin laut yang sepoi sepoi bahasa datang pulak sekumpulan peminat yang kebanyakkanya adalah wanita datang menyerbu Fizo untuk bergambar dan meminta autograph.Dah nama pun mamat handsome mesti la pandai layan awek kan? Fizo pun layan la giler-giler punya mesra untuk memuaskan hati peminatnya itu.

Dalam kemesraan itu terbit satu bola bola api dari kepala seorang lelaki yang kebetulanya merupakan teman lelaki salah seorang peminat yang beramas mesra dengan Fizo sebentar tadi,Mamat ni pun hangin dan sound Fizo supaya blah dari pantai tersebut.Tapi sebab Fizo rasa dia lagi handal,Fizo memutuskan untuk tidak mengendahkan amaran mamat yang tengah panas mengelegak tuh dan terus bersantai lantai ditepi pantai tersebut.

Mamat itu akhirnya menunjukkan Pistol dengan peluru hidup didalamnya kepada Fizo dan baru lah kecut si Fizo ni lalu berlari pergi seperti gadis dikejar monyet! Huahuahua..Jangan cari pasal bila pergi dekat tempat orang.Kan dah kena ugut dengan Pistol,Nasib baik ianya hanya ugutan sebab kalau lebih dari itu memang naya dibuatnya.Tapi tak sangka pulak kan? Pergi pusat peranginan nak rehat-rehat,terjumpa pulak mamat cemburu buta yang bersenjata! Huh..Nasib baik takde apa-apa jadi..

May 20, 2010

Aishah Bakal Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan


Dalam diam diam hatinya menyulam cinta rupanya,Hehehe..Berapa lama dah Aishah menjanda? Lama gak kan? Dari kurus sampai la sihat walafiat macam sekarang.Tahun ini Aishah bakal menamatkan zaman janda nya dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda.Lebih menyenangkan Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin 45,Adalah restu dari kedua anaknya yang tidak membantah sekiranya Aishah ingin berkahwin lagi.Sporting anak-anak Aishah ni kan? Ibu pun nak berkasih sayang jugak.. Huhu..

" Kehidupan saya dan anak anak tidak bermasalah sepanjang 10 tahun membesarkan mereka sebagai ibu tunggal,Tapi hati ini kembali terbuka untuk berkahwin semula selepas bertemu dengan lelaki yang tepat untuk dijadikan teman hidup.Calon suami saya bukan lah bergelar Datuk kerana yang penting adalah dia mampu membahagiakan kami sekeluarga.InsyaAllah jika tiada aral melintang kami akan berkahwin pada tahun ini juga."

Tetapi Aishah belum bersedia untuk mendedahkan siapakah gerangannya jejaka yang berjaya memikat hati nya kerana merasakan ianya perlu untuk kebaikkan kedua-kedua belah keluarga.Rokku ingat lagi kecik-kecik dulu,Aishah pernah datang ke taman perumahan Rokku untuk berubat dengan seorang dukun yang memang mantap! Dengar cerita akibat buatan orang.Memang heboh satu kampung Aishah datang berubat! Kehkehkeh..Abis sume orang meninjau-ninjau rumah dukun tu macam Perdana Menteri datang pulak.. Alhamdulillah sekarang Aishah sudah kembali sihat dan harapnya lepas ni takde lagi orang yang berhasad dengki dan menganiya Aishah lagi! Dengki je keje diorang yang takde keje ni!

May 19, 2010

Datuk Bung Mokhtar Radin Bakal Dipenjara Sebulan Kerana Poligami Tanpa Izin


Datuk Bung Mokhtar Radin dikenakan hukuman penjara selama sebulan kerana kesalahanya berpoligami tanpa izin mahkamah pada akhir tahun lalu.Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut kepada Datuk Bung Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.Bagaimanapun hukuman penjara tersebut ditangguhkan Hakim Wan Mahyuddin.

Datuk Bung Mokhtar dibebaskan dengan ikat jamin RM 1000 berserta seorang penjamin,Hakim Wan Mahyuddin kemudianya memerintahkan peguam Amli Embong yang mewakili Bung Mokhtar untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.Terdahulu didalam penghakimanya Hakim Wan Mahyuddin mengatakan yang Bung Mokhtar adalah ikon masyarakat dan sebagai Ahli Parlimen kesalahan yang dilakukanya adalah amat berat dan perlu dikenakan hukuman yang setimpal.

Kes ini juga mendapat perhatian media massa dan ramai diluar sana yang tidak memahami konsep poligami didalam islam,berkahwin tanpa kebenaran mahkamah oleh itu hukuman ini dapat memberikan kesedaran kepada khalayak ramai.Berkahwin tanpa kebenaran mahkamah adalah suatu kesalahan yang serius dan Bung Mokhtar melakukan kesalahan itu bersama isterinya Zizie Izzette di Gombak 16 disember tahun lalu.

Sementara itu Zizie turut didakwa 'Bersubahat' didalam kes ini dan turut diheret sama adalah abang dan adik Zizie iaitu Ahmad Shahazmi Abd Samad,Samzy Fuzette dan pelakon hot dan sedang meningkat naik Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mokhtar dibawah seksyen 40 (2) enakmen undang-undang keluarga islam (Selangor) No.2 2003 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Wahh kalau kena penjara maknanya Datuk Bung Mokhtar tak boleh jadi Ahli Parlimen lagi ke? Wew..Sangat panas dan Bung Mokhtar diberi cuma 14hari untuk membuat rayuan terhadap hukumanya atau hukuman penjara tersebut akan berjalan.Rokku tak pasti ni,Ramai ahli NGO yang memaksa Bung Mokhtar meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan namun tiada reaksi dari Bung Mokhtar terhadap paksaan tersebut.Ntah lah kan,niat tu murni nak berkahwin tapi cara tu ada sikit salah.Undang undang kena follow jugak tak kira berapa tinggi pun pangkat kita.Tunggu saja lah keputusan akhir nanti,penjara atau tidak.Korang guess Penjara Atau Tidak? Kehkehkeh.. Sumber

May 18, 2010

Bawa Teman Lelaki Ke Hotel Punca Thalia Disingkir



Thalia bawa teman lelaki ke hotel penginapan punca dia disingkirkan Ziana Zain? Yaaa! Memang betul,tapi Thalia muncul dengan kenyataan yang dia berjumpa dengan teman lelakinya dikhalayak ramai dan bukan nya didalam bilik hotel dan mendakwa Ziana Zain terpengaruh dengan cerita buruk dari pihak luar terhadap dirinya.

Mentor kali macam-macam pulak gimik dan kontroversi nya kan? Mas Idayu pada minggu pertama dengan selamba menyuruh protege nya berhenti menyanyi dan kini Ziana Zain pula menukar protege nya.Dayang Nurfaizah juga dikatakan kurang berpuas hati dengan tindakan pihak TV3 yang membenarkan Ziana Zain menukar protege sesuka hati.Haihh..panas jugak Mentor ni.

Berbalik kepada cerita Ketty Natalia Rasul atau Thalia yang digugurkan Ziana Zain kerana masalah disiplin,Thalia pula beriya-beriya mempertahankan dirinya walaupun mengakui yang dirinya tidak fokus pada sesi pembelajaran yang diadakan oleh Ziana Zain.Mungkin jugak cakap-cakap orang mempengaruhi sedikit keputusan drastik Ziana Zain ketika menyingkirkan Thalia walaupun si empunya diri berkeras yang dia bertemu teman lelakinya didepan orang ramai dan bukannya dalam keadaan yang mencurigakan.

Thalia yang terkejut dengan keputusan Ziana Zain cuba meminta maaf dan merayu sekiranya ada perbuatanya yang tidak menyenangkan Mentor nya itu tetapi tidak diendahkan Ziana Zain.Garang dan tegas akak Ziana kita neh,slack sikit je terus dia cantas!.Benda dah nak jadi kan? Nak buat macam mana,Sabar je lah Thalia dan cuba lagi untuk program realiti yang lain.Tak pun keluar duit sendiri terus buat full Album! Habis cerita..Hehehe..

May 17, 2010

Mael XPDC Ditahan Reman Kerana Pukul Anak


Mael XPDC ditahan reman kerana pukul anak,mesti korang pun tertanya-tanya siapa gerangan penyanyi rock yang pukul anak tu. Adehhh..Tapi ni dah salah ni,kenapa sampai dibuat laporan polis bila si ayah cuba mengajar anaknya sendiri erti adap sopan ketika berhadapan orang tua.Vokalis kumpulan rock lagenda XPDC Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim ditahan kerana memukul dan merotan anaknya yang berusia 16tahun dirumah isterinya dekat Tanjung Agas.

Mael direman selama 4 hari dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama 6 bulan dan denda RM1000,00 mengikut seksyen 337 kanun keseksaan.Mael dan isteri tinggal berasingan kerana mempunyai masalah rumahtangga datang untuk menziarahi anaknya dirumah isteri  naik berang apabila anaknya tidak mengendahkanya dan tidak mahu bersalaman denganya menyebabkan Mael bertindak memukul anaknya dengan tangan.Mangsa yang mengadu kepada ibunya kemudian membuat laporan polis terhadap bapanya.

Jaddahnya buat laporan polis,bila ayah awak datang elok-elok untuk melawat dan melihat keadaan anaknya di buat macam bangla jual kain? Dibuat endah tak endah dan apabila anak sendiri tidak mahu bersalam dengan si ayah,mana pergi maruah si ayah tadi? Memang patut dipukul dan isteri Mael pula tidak bertindak rasional.Manjakan anak tak bertempat.Tak kira lah berapa besar salah Mael,sekurang-kurangnya pergi lah bersalaman dengannya walau bertapa tinggi pun benci kepada kesalahan si ayah,dia tetap ayah anaknya.Walaupun masalah rumahtangga mereka berpunca dari Mael tetapi niat si ayah yang ingin melawat anaknya diperkotak katik kan si anak.Ntah lah,korang mungkin cakap Mael salah sebab ketagihan dadahnya sehingga memecah belahkan rumah tangga nya sendiri,tapi bila si ayah melawat salam dan cium lah tangan ayah tu.Kalau takde ayah,korang pon takde!

May 13, 2010

Gambar Fasha Sandha Jadi Duyung


Ni gambar-gambar Fasha Sandha yang berlakon sebagai Duyung untuk sebuah drama terbaru Duyung Aridinatha yang masih lagi sedang dalam pengambaran.Fasha memegang watak sebagai Cleo si Duyung yang sopan dengan kain serta daun menutupi badannya.Kehkehkeh..Alaaa kalau jadi Duyung mesti la seksi sikit,baru la rating tinggi! Huhu..Sebenarnya pihak TV3 telah menetapkan supaya Duyung didalam drama ini tidak terlalu seksi sesuai untuk tontonan umum.Apa-apa pun korang layan la pics yang Rokku dapat ni.Kredit kepada Fasha Sandha sendiri untuk gambar-gambar ini. Layann..




Saiful Apek Di Tipu RM 500,000


Kes ni memang berat,sampai RM 500,000 bayaran yang sepatutnya diterima oleh Saiful Apek diatas kerja lakonan serta pelaburan yang dikeluarkan olehnya masih tidak dibayar.Sejak 2005 ok,tu dah 5 tahun dan masih pending lagi.Saiful Apek melabur dan berlakon untuk 2 Filem terbitan sebuah syarikat penerbitan terkenal,Kalau sebut pun mesti korang tau punya lah.Dah melabur dan berlakon tak dapat pulak hasil yang dikehendaki.

Tapi kenapa pada 2010 baru Saiful Apek nak bertindak? Dah 5 tahun kes ni berlarutan,mungkin dalam masa 5 tahun tu terlalu banyak job yang masuk serta komitmen lain yang perlu dilakukan oleh Saiful Apek sehingga membuatkan dia takde masa nak saman menyaman syarikat penerbitan tersebut,Kan masa tu Saiful Apek adalah pelawak nombor 1 negara.Mana ada Zizan,Nabil dengan Johan lagi masa tu. Sampai lah hari ni baru lah Saiful Apek bukak cerita tentang penindasan yang terjadi kepadanya.

Apa pun Apek telah pun melantik peguam dan kes ini akan dibawa ke Mahkamah dan dalam masa yang terdekat Saiful Apek akan mendedahkan siapa producer syarikat itu dengan satu sidang media yang akan menyusul tidak lama lagi.Apek juga banyak merujuk kepada pihak Seniman didalam kes ini untuk mendapatkan nasihat.Sabar aje lah Apek,kalau ada rezeki mesti dapat balik RM 500,000 hak milik awak tu.Keadilan harus ditegakkan,jangan biarkan producer menekan dan mengambil keuntungan diatas penat lelah artis dan menjadi semakin kayo rayo.Tak ke hampeh tu?

May 12, 2010

Johan Cedera Kerana Bergaduh Dengan Pengarah


Ni memang breaking news baik punya,Johan Raja Lawak cedera sampai layu kat atas kerusi roda selepas bergaduh dengan seorang pengarah drama yang belum diketahui namanya di Sikamat Seremban dekat sebuah gerai petang semalam.Johan Raja Lawak dibawa ke Hospital Tuanku Abdul Rahman Seremban untuk rawatan lanjut

Pengarah tersebut membaling gelas kaca ke muka Johan Raja Lawak dan mengakibatkan kecederaan yang memang kapoow!! Giler ahh..Nak bertumbuk lah wei,baling-baling gelas macam pondan punya permainan je.Sapa agaknya pengarah ni eh? Rokku rasa mesti pengarah baru ni.Sebelum ni Johan pernah mempunyai masalah dengan seorang pelakon tapi tak lah sampai bertumbuk.

Kesian lak bila tengok pic Johan Raja Lawak ni.Terduduk dek hentaman gelas kaca gerai makanan tu,ntah-ntah masih ada air panas! Habis melecur pulak.Interesting pulak nak tau samada Johan Raja Lawak akan membuat laporan Polis atau tidak.Ni kes pukul nih!

May 11, 2010

Aida Mahu Bercerai Secara Baik Dengan Joe Radzwill


Lepas sorang-sorang pulak artis Malaysia ni yang bercerai,Kali ni Aida Radzwill pula memohon untuk membatalkan perkahwinan 'Fasakh' dengan suami yang juga bekas pelakon serta penyanyi Joe Radzwill.
Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini menetapkan 22 jun ini sebagai tarikh untuk sebutan kes Fasakh Aida Radzwill dengan Joe Radzwill.

Joe Radzwill,39 atau nama sebenarnya Mohd Radzwill dan Aida Radzwill,52 atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad bernikah pada 6 November 2002 di Wilayah Yala Selatan Thailand.Macam-macam kisah mengenai rumah tangga Aida dan Joe yang Rokku dengar tapi rasanya macam tak best pulak nak dedahkan.

Tambahan lagi diorang dalam proses Fasakh dan lebih baik Rokku simpan dalam hati saje.Apa yang Rokku nak cakapkan adalah,kepada Aida semoga anda tabah menghadapi ujian ini dan menerimanya sebagai satu dugaan dari Maha Esa.Hidup perlu diteruskan teruskan.

May 10, 2010

Keluarga Tak Paksa Fara Fauzana Kahwin Cepat

                                                    ( Bersama Keluarga Dan Teman )

Bila lah Fara Fauzana ni nak kahwin,sapa pulak jejaka bertuah yang mendapat gadis yang unik dimata peminat ni.Bila ditanya kepada keluarga soal bila Fara Fauzana akan berkahwin mereka mengatakan yang soal jodoh Fara tidak akan menjadi urusan mereka.Kami menyerahkan segala-galanya kepadanya.Walaupun begitu kami berharap supaya Fara Fauzana berpijak dibumi yang nyata ( Soal umur dah lanjut lah tu..)

" Mana-mana lelaki yang cuba untuk mendekati Fara tak perlu lah berpura-pura hanya untuk membuatkanya berasa kagum.Jadi lah diri sendiri,Fara bukan lah wanita yang senang terkesan dengan sikap seperti itu.
Dia juga tegas pendirianya,apabila dia mendapati lelaki yang mengajaknya keluar menunjukkan sikap tidak baik,Dia akan melangkah pergi begitu saja.Dia anak yang cukup dengan didikan agama.

Ibu Fara juga cukup tegas dengan soal permakaian Fara Fauzana,Sehingga kini ibu Fara tidak membenarkan Fara memakai baju yang tidak berlengan.Elok la kalau anak dara dijaga seketat itu kan,sebab kalau tak dijaga tengok lah contoh-contoh yang banyak disekeliling kita.Buang anak lah,minah rempit etc.Menyusahkan orang saja.Soal jodoh semuanya terpulang kepada Fara,mesti ramai mamat hensem minat kat Fara Fauzana ni sebab karekter dia memang lain dari yang lain.Tak semestinya lelaki suka pada 'Perempuan Melayu Terakhir' saja.

May 9, 2010

Nana AF Hamil 3 Bulan


Nana AF Pregnant 3 bulan!!! Dulu Nana kat Radio Era kan pastu pindah ke XFM,sekarang ni kena panggil Nana XFM lak kan.Baru betul,Sejak pindah ni macam tak bersinar je karier Nana sebagai DJ.Walaupun husband orang kuat kat AMP Radio tetap kena pindah ke XFM.

                                                             ( Kredit to Blog Nana )
Sekarang dah hamil 3 bulan dan Nana dengan nada gumbira mengumumkan perihal pregnancy nya di blog peribadi di XFM.Siap disertakan gambar scan baby dan tester urine untuk mengesahkan pregnancy tu lagi.Kehkehkeh..Buat frame untuk tester tu eh Nana?

Rokku ucapkan tahniah dan jaga lah kandungan tu baik-baik.Tau-tau sajalah sekarang ni orang pompuan lagi aktif megalahkan orang lelaki sampai tak cukup rehat.Dah 3 bulan tu,tahap-tahap kritikal kandungan nih.Wahhh Rokku macam tau-tau je..Wakakakak..Congrats to Nana dan Brian.

May 7, 2010

Aidil Zafuan Dan Rita Rudaini Di Denda Kerana Berkahwin Di Thailand


Dah dapat anak sorang baru lah kes berjalan.Aidil Zafuan dan Rita Rudaini didenda RM 500 setiap seorang atau 15 hari penjara kerana kesalahan berkahwin di Thailand dan tanpa kebenaran.Aidil Zafuan didalam kenyataanya di mahkamah mengatakan yang mereka berbuat demikian kerana tidak mendapat persetujuan dari keluarga sebelah Aidil Zafuan ( Masih ingat tangisan ibu Aidil yang kecewa anak terunanya dilarikan si Janda? ) Kehkehkeh.. Apa pun dah jodoh kan,takde sapa boleh melawan.

Kedua-dua Aidil dan Rita Rudaini mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan pernikahan tanpa kebenaran.Aidil Zafuan dan Rita Rudaini didakwa melakukan kesalahan itu di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla,Selatan Thailand pada 25 Feb 2008 jam 9.30 malam.Bagaimana pun pada 24 April 2009 Hakim Syarie Yunus membuat keputusan bahawa perkahwinan tersebut adalah sah.Pasangan Aidil Dan Rita Rudaini telah dikurniakan seorang cahaya mata Airit Rayyan Rizqin.

Macam-macam kan? Demi cinta, mereka sanggup mendayung sampan ke Selatan Thailand yang sedang berperang! Huahuahua..Dan Demi cinta juga nasihat ibu tidak dipedulikan.Macam peribahasa melayu dulu-dulu.
Tinggal Emak Tinggal Saudara Kerana Kasih Aku Turutkan. Awwww...Sekarang harap-harap mak Aidil sudi menerima dan telah menerima Rita Rudaini sebagai anak menantu dan secara rasminya menjadi ahli keluarga.Ditambah pula kehadiran cucu ni.Mungkin cair hati nenek tu kan? Hehehe..

Luahan Hati Azean Irdawati Terhadap Kes Benjy


Ni Luahan hati Azean Irdawati  yang bagi Rokku amat-amat menyedihkan.Dilarang untuk berjumpa dengan Benjy yang sedang di tahan di Pusat Tahanan Muar,Setelah permohonan Habeas Corpus untuk membebaskan Benjy ditolak pihak berkuasa.Kini Benjy akan ditahan selama 2 tahun untuk pemulihan di Muar Johor.Berikut adalah luahan hati dari Azean Irdawati.


Salam,

Kenapa begini zalim terhadap Kak Yan? Arahan ditandatangi pada tengahari Selasa, 4 Mei 2010. Kenapa tak bagitau Kak Yan awal agar boleh Kak Yan berjumpa anak Kak Yan sekali lagi sebelum dia dibawa ke Muar?
Pukul 3 petang hari Rabu, 5 Mei semalam, baru dapat keizinan untuk pergi menghantar ubat-ubat asma dan darah tingginya (untuk Benjy) . Mesti sampai sebelum habis waktu kerja pukul jam 4 petang. Kenapa tak boleh bagi izin awal sikit.
Kak Yan bergegas ke Muar dan tiba pukul 5 kerana mencari tempatnya lagi. Kami tak dapat berjumpa Benjy. Kak Yan diberitahu boleh datang lagi pada hari lain, tapi perjumpaan hanya melalui intercom, dipisahkan di antara dinding skrin.

Dan tak dibenarkan membawa sebarang makanan masakan sendiri, walaupun pada bulan puasa atau hari raya selama 2 tahun tempoh tahanan berjalan. Kak Yan faham tentang syarat-syarat itu yang terpaksa diturut oleh pihak pusat tahanan. Itu prosidure untuk semua tahanan.
Tapi, yang kak Yan tak faham, kenapa tak bagitau kak Yan awal, sebelum bawa anak kak Yan pergi pagi semalam. Arahan tahanan ditandatangani tengahari. Kak Yan masih sempat berjumpa Benjy, untuk kali terakhir dia cium tangan ibunya. Untuk kali terakhir Kak Yan nak peluk, cium anak kak Yan. Kenapa tak bagitau?

Kalau betul cakap doktor yang Kak Yan hanya ada sehingga Oktober tahun ini sebelum kalah dengan kanser yang dah sampai ke peringkat 4 ni, adakah ini bermakna Kak Yan tidak akan berkesempatan menyentuh anak Kak Yan lagi? Atau, untuk dia menjamah masakan ibunya lagi?
Sejak Februari 2009, Kak Yan menghentikan semua rawatan di hospital kerana dah tak mampu. Kak Yan hanya mengamalkan rawatan Syifa Al-Hidayah iaitu surah Al-Quran.

Kak Yan memang tak tunjukkan pada orang yang Kak Yan masih sakit dan tak tak mengisytiharkan apa yang seorang doktor pakar (bukan dari Kak Yan) beritau Kak Yan pada Oktober 2008 .
Setelah examine gambar-gambar X-Ray kak Yan disaksikan 2 orang kawan rapat Kak Yan bahawa Kak Yan hanya ada 2 tahun lagi. Kak Yan tak bercerita sebab pertama, tak nak percaya cakap dari doktor sebab ajal maut Tuhan yang tentukan.
Kedua, Kak Yan tak mau bercerita yang negatif kepada orang ramai sebab itu Kak Yan tabahkan hati dan tersu menjalani hidup ini tanpa mengalah. Biar Kak Yan berdoa saja.

Tapi sebenarnya sejak stress dengan kes ini, sememangnya symptom- simptom yang Kak Yan kenal benar sebelum ni Kak Yan dah mula rasa, setiap hari. Kak Yan tetap berdoa, disembuhkan dan dipanjangkan umur.
Tapi...jika sekiranya kanser jenis cerb-2+VE yang sememangnya disahkan jenis agresif ini kalahkah Kak Yan sebelum Benjy habis tempoh 2 tahun, adakah ini bermakna kami anak beranak telah pun dipisahkan sebelum Tuhan memisahkan kami?

Kenapa begini zalim? Selama 36 tahun Kak Yan berbakti kepada masyarakat melalui tenaga dan bakat kurniaan Tuhan, Kak Yan kononnya diminati dan disanjungi. Sekarang, apa dia jenayah yang Kak Yan lakukan sehingga hak Kak Yan sebagai ibu dirampas begitu kejam?

Kak Yan cuma minta memeluk anak Kak Yan sekali saja lagi, menyuap nasi dengan lauk kegemarannya sekali saja lagi. Lepas tu, ambillah dia. Kurunglah, kalau mau. Tapi, janganlah diperlakukan begini kepada Kak Yan. Masing-masing ada ibu, ada anak.
Tolonglah. Kasihanilah Kak Yan. Sumber

Zainal Abidin Gagal Bayar Nafkah Anak


Pada mulanya Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap untuk menahan Zainal Abidin tetapi waran tangkap tersebut digantung selepas peguam yang mewakili Zainal Abidin iaitu Abdul Halim Bahari hadir ke mahkamah bagi mewakili Zainal Abidin.

Abdul Halim menyatakan yang pihaknya juga akan mengadakan perbincangan ( Sulh ) secara baik dengan Zainal Abidin ( Uik..dah kena waran baru nak bincang secara baik? ) Justeru waran tangkap tersebut tergantung sementara dokumen berkaitan permohonan difailkan oleh anak guamnya.

Bekas isteri Zainal Abidin,Natasha Gabriel mendakwa Zainal gagal membayar nafkah untuk dua anak mereka selama 29 BULAN!! setakat bulan lepas dan berjumlah RM 16,800 serta perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak RM 2,100.Sebelum ini perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 8 november 2002 menyatakan persetujuan iaitu Zainal Abidin bersetuju membayar RM 200 seorang dan segala perbelanjaan lain seperti Sekolah dan perubatan anak-anak.

Natasha mendakwa nafkah yang diberikan tidak mencukupi dan Zainal Abidin sebenarnya mampu membayar lebih berdasarkan kerjayanya sebagai artis,memiliki syarikat sendiri dan tidak muflis. Ayyarrkk lahh..Takkan RM 200 je kot sorang? Duduk kat lembah kelang ni bukan murah-murah dan sebagai bapa tunjuk lah lebih usaha untuk membantu hidup anak setelah berpisah dengan isteri.Jangan nanti orang kata,Buat anak saja pandai..! Sumber

May 5, 2010

Elyana Buat Persiapan Kahwin Dalam Diam?


Bukan baru-baru ni ada cerita Elyana nak tangguhkan dulu perkahwinan kan? Tapi ni cerita yang baru Rokku terima.Elyana sedang dalam persiapan kahwin dengan tunang tersayang Khairul Anuar Hj Husin.
Aikk..! Tak nak tunggu selim dulu ke Elyana baru nak melangsungkan hari perkahwinan? Huahuahua..Takpe mesti bakal suami suka sebab makin mantop badan Elyana. Kehkehkeh..

Kesemua persiapan kahwin Elyana sudah hampir siap dan sekarang hanya mencari penaja untuk kad jemputan sahaja! Haaa Korang nak sponsor Elyana punya kad jemputan tak? Call 999 untuk detail! Huhuhu..
Apa susah artis popular macam Elyana ni sponsor datang macam air je.Just pilih mana yang berkenan dihati dan penuhi pula kehendak sponsor.Kena lah carik majalah-majalah,suratkhabar dan lain-lain media untuk mempromosikan tukang sponsor.Kang tak pasal-pasal sponsor sentap!

Kalau benar kisah Elyana nak berkahwin ni Rokku ucapkan selamat berbahagia dan belajar lah masak elok-elok eh.Rokku ingat lagi dulu masa Wakenabeb pergi kenakan Elyana.Kononnya ada Ahli perniagaan bertaraf Dato ingin meminang Elyana.Tapi yang menariknya adalah pinangan Dato palsu tersebut ditolak oleh Elyana walaupun dipaksa oleh ibunya sendiri! Hahaha..Memang kelakar lah.Kuat jugak pendirian Elyana ni eh.Duit bukan segalanya.Tunang Elyana sekarang pun lagi hensem dari Dato Palsu Wakenabeb tu..Huhu..

Zee Avi Berlagak Di AIM 17?


Cerita artis berlagak dengan wartawan ni macam nak bunuh karier kat tanah air sendiri je.Zee Avi berlagak di AIM 17 pulak timbul kali ni,Haishhh..Ni kisah Zee Avi yang sebelum ini dikatakan sengaja tidak mahu berbahasa melayu ketika ditanya soalan oleh wartawan.Kali ni soseh soseh di AIM 17 pada ahad lalu.Ada berberapa wartawan yang dijanjikan dapat menemubual Zee Avi yang diterbangkan khas oleh pihak penganjur dari USA namum hampa apabila Zee Avi dikatakan enggan ditemubual kerana pembabitanya pada malam AIM 17 hanya lah untuk persembahan semata-mata.

Kononnya pihak pengurusan Zee Avi dari USA telah menetapkan supaya Zee Avi tidak ditemubual.Bila ditanya kepada PR yang mengaturkan majlis AIM 17 pula mengatakan yang mereka tidak mengetahui kenapa Zee Avi tidak boleh ditemubual Wartawan.Hmm..Banyak sungguh versi mengenai kisah Zee Avi ni,pernah kedengaran yang Zee Avi hanya mahu ditemubual oleh akhbar berbahasa inggeris dan bukan bahasa melayu.Kisah Zee Avi menjawab hanya sepatah selepas berjela soalan dari wartawan juga turut berlegar-legar diruangan udara..Hehehe..

Ntah lah eh,macam mana etika nak berdepan dengan wartawan kita yang sensitif sikit ni? Sikit saja salah dan benda itu akan menjadi besar.Tapi apa salahnya artis-artis mencontohi sikap artis senior yang selalu disenangi wartawan? Dato Siti Nurhaliza contohnya yang tak pernah sentap atau salah mengatur kata ketika ditemubual.Apatah lagi Dato Siti Nurhaliza melarikan diri dari wartawan.Kalau nak popular sikit kat Malaysia ni kena pandai handle diri ketika bersama dengan wartawan.Itu nasihat Rokku..

Ibu Zizan Raja Lawak Sudah Temui Bakal Isteri Zizan?


Syok lah Zizan Raja Lawak ni bakal dapat jodoh hasil pilihan ibunya sendiri.Tapi best ke kalau mak kita yang carikan jodoh untuk kita? Dah tentu lah mak paham perangai anak kan? Mesti dia pilih yang baik punyerrr...!  Kehkehkeh.. Macam tu jugak lah yang terjadi kepada Zizan Raja Lawak.Dengar cerita ibu Zizan telah pun menemukan jodoh untuk anak kesayanganya yang berumur 26 tahun itu dan bakal jodoh Zizan Raja Lawak dikatakan orang Kuala Terengganu.!

Orang kampung mung Zizang! Senang lah camtu,Budget pun save Zizang kan? Hehehe..Mungkin Zizan pun dah muak dengan permainan cinta ni kot? Setelah desas desus kecurangan Leez AF yang kantoi depan mata ibu Zizan sendiri! Ish ish ish..Luka dalam tu kan Zizan? Takpe pilihan Ibu ni lebih berkat sebab ia disertai doa ikhlas dari ibu yang mahu melihat kebahagiaan anaknya ketika menginjak alam perkahwinan.

Mesti korang pun tak sabar nak tengok rupa pilihan ibu Zizan ni kan? Huhuhu..Sorry beb Rokku tak dapat pic dia,cuma story saja yang ku dapati.Tapi kemungkinan besar yang Zizan tidak akan berkahwin pada masa terdekat kerana kesibukkan mengalahkan Obama presiden Amerika tuh.Berlakon sini sana,mesti lah susah untuk Zizan mencari masa yang sesuai untuk menamatkan zaman bujang kan? Korang tunggu saje lah yer..

May 3, 2010

Keputusan Penuh AIM 17 Dan Gambar Red Carpet AIM 17


Yuna menang besar,Tak mengejutkan pun bagi Rokku sebab secara jujurnya Rokku rasa Yuna dengan lagu Dan Sebenarnya yang berhak menang Anugerah Juara Lagu yang lepas.Tapi takde rezeki waktu tu nak buat macam mana kan Yuna.Kali ni Yuna membolot 4 anugerah Artis Baru Terbaik,Lagu Inggeris Terbaik,Lagu Pop Terbaik dan anugerah terbesar untuk Yuna malam tadi Lagu Terbaik menerusi lagu Dan Sebenarnya.Dato Siti Nurhaliza seperti biasa menang kategori Persembahan Vocal Terbaik Wanita.Dan Faizal Tahir juga menang besar dengan memenangi Album Rock Terbaik dan Album Terbaik tapi tewas di tangan Hazami untuk Persembahan Vocal Terbaik Lelaki.

Nah amik gambar-gambar Red Carpet dari AIM malam tadi,Korang memang carik gambar je kan..Hambik korang..Kredit kepada Budiey dan Murai yang memang pakar menangkap gambar.











Nak Balik Kampung Mana Punca Aleeza Kassim Bercerai?


Ingatkan semakin lambat kahwin semakin matang lah seseorang tu tapi lain pulak sekarang ni.Bergaduh nak balik kampung sapa pun boleh jadi bercerai.Nampak sangat kurang matang manusia-manusia sekarang ni.Rokku pernah dengar macam-macam kes remeh yang membawa kepada penceraian.Dari kisah lauk isteri tak sedap,suami asik berdengkur,bau ketiak busuk pon boleh membawa kepada penceraian.Kehkehkeh..

Dengar ceritanya ketika sedang bergaduh suami Aleeza Kassim secara tidak sengaja terlepas perkataan cerai namum mereka masih sayang menyayangi antara satu sama lain.Bergaduh pun tentang isu balik kampung saja.Tak berbaloi kasih sayang dan cinta yang dibina tu dikorbankan hanya dengan isu sekecil ini.Suami Aleeza Kassim, Mohd Fauzi Che Ros juga pernah berkata yang Selagi kami masih mencintai satu sama lain,Kami akan terus bersama.

Alhamdulillah kalau macam tu,Rokku perkahwinan Aleeza dan Fauzi ni masih kuat dan pasti akan kembali bertaut semula.Lain kali buat lah cabutan atau jadual pasal kampung mana nak balik.Tak kan pasal masalah sekecil ini sampai nak bercerai berai plak kan.Harap-harap korang yang baca ni amik lah teladan.Masalah kecik selesaikan cepat-cepat.Kalau ketiak isteri atau suami berbau sound je direct dan kasi deodorant sebagai hadiah! Huahuahua..macam-macam lah..

May 1, 2010

Gambar Manja Lisa Surihani Dengan Mia Sara Nasuha


Yang somel dan cute tapi dah besar panjang ni sume orang kenal,siapa lagi kalau bukan Lisa Surihani.Tapi si kecik yang somel giler dan menjadi kegilaan satu Malaysia ni lagi mendapat perhatian! Mia Sara Nasuha atau Amani didalam drama popular Adamaya yang tengah menjadi fenomena sekarang ni.Mia Sara Nasuha ni dari kecik lagi dah banyak berlakon untuk iklan-iklan TV kalau korang perasan lah.Antara iklan yang pernah dilakonkan oleh Mia Sara Nasuha adalah Astro Beyond .Rokku saja nak kasi korang gambar Amani atau Mia Sara Nasuha ni sebab Rokku tau ramai sangat minat dengan budak somel sorang nih..






wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics