May 7, 2010
Aidil Zafuan Dan Rita Rudaini Di Denda Kerana Berkahwin Di Thailand
Dah dapat anak sorang baru lah kes berjalan.Aidil Zafuan dan Rita Rudaini didenda RM 500 setiap seorang atau 15 hari penjara kerana kesalahan berkahwin di Thailand dan tanpa kebenaran.Aidil Zafuan didalam kenyataanya di mahkamah mengatakan yang mereka berbuat demikian kerana tidak mendapat persetujuan dari keluarga sebelah Aidil Zafuan ( Masih ingat tangisan ibu Aidil yang kecewa anak terunanya dilarikan si Janda? ) Kehkehkeh.. Apa pun dah jodoh kan,takde sapa boleh melawan.
Kedua-dua Aidil dan Rita Rudaini mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan pernikahan tanpa kebenaran.Aidil Zafuan dan Rita Rudaini didakwa melakukan kesalahan itu di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla,Selatan Thailand pada 25 Feb 2008 jam 9.30 malam.Bagaimana pun pada 24 April 2009 Hakim Syarie Yunus membuat keputusan bahawa perkahwinan tersebut adalah sah.Pasangan Aidil Dan Rita Rudaini telah dikurniakan seorang cahaya mata Airit Rayyan Rizqin.
Macam-macam kan? Demi cinta, mereka sanggup mendayung sampan ke Selatan Thailand yang sedang berperang! Huahuahua..Dan Demi cinta juga nasihat ibu tidak dipedulikan.Macam peribahasa melayu dulu-dulu.
Tinggal Emak Tinggal Saudara Kerana Kasih Aku Turutkan. Awwww...Sekarang harap-harap mak Aidil sudi menerima dan telah menerima Rita Rudaini sebagai anak menantu dan secara rasminya menjadi ahli keluarga.Ditambah pula kehadiran cucu ni.Mungkin cair hati nenek tu kan? Hehehe..
No comments:
Post a Comment