May 13, 2010

Saiful Apek Di Tipu RM 500,000


Kes ni memang berat,sampai RM 500,000 bayaran yang sepatutnya diterima oleh Saiful Apek diatas kerja lakonan serta pelaburan yang dikeluarkan olehnya masih tidak dibayar.Sejak 2005 ok,tu dah 5 tahun dan masih pending lagi.Saiful Apek melabur dan berlakon untuk 2 Filem terbitan sebuah syarikat penerbitan terkenal,Kalau sebut pun mesti korang tau punya lah.Dah melabur dan berlakon tak dapat pulak hasil yang dikehendaki.

Tapi kenapa pada 2010 baru Saiful Apek nak bertindak? Dah 5 tahun kes ni berlarutan,mungkin dalam masa 5 tahun tu terlalu banyak job yang masuk serta komitmen lain yang perlu dilakukan oleh Saiful Apek sehingga membuatkan dia takde masa nak saman menyaman syarikat penerbitan tersebut,Kan masa tu Saiful Apek adalah pelawak nombor 1 negara.Mana ada Zizan,Nabil dengan Johan lagi masa tu. Sampai lah hari ni baru lah Saiful Apek bukak cerita tentang penindasan yang terjadi kepadanya.

Apa pun Apek telah pun melantik peguam dan kes ini akan dibawa ke Mahkamah dan dalam masa yang terdekat Saiful Apek akan mendedahkan siapa producer syarikat itu dengan satu sidang media yang akan menyusul tidak lama lagi.Apek juga banyak merujuk kepada pihak Seniman didalam kes ini untuk mendapatkan nasihat.Sabar aje lah Apek,kalau ada rezeki mesti dapat balik RM 500,000 hak milik awak tu.Keadilan harus ditegakkan,jangan biarkan producer menekan dan mengambil keuntungan diatas penat lelah artis dan menjadi semakin kayo rayo.Tak ke hampeh tu?

3 comments:

M!Er4N said...

wah sampai rm500k..byak gler 2..

Lt. fDanialz said...

500k banyak tu .. bukan 5 ratus ringgit.. separuh juta

ApekxHensem™ said...

huhh..banyak tu..itu saiful pun kena tipu..ada butui ka ni?apek mau amik ini info entli mau share dlm blog..buley?

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics