May 17, 2010

Mael XPDC Ditahan Reman Kerana Pukul Anak


Mael XPDC ditahan reman kerana pukul anak,mesti korang pun tertanya-tanya siapa gerangan penyanyi rock yang pukul anak tu. Adehhh..Tapi ni dah salah ni,kenapa sampai dibuat laporan polis bila si ayah cuba mengajar anaknya sendiri erti adap sopan ketika berhadapan orang tua.Vokalis kumpulan rock lagenda XPDC Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim ditahan kerana memukul dan merotan anaknya yang berusia 16tahun dirumah isterinya dekat Tanjung Agas.

Mael direman selama 4 hari dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama 6 bulan dan denda RM1000,00 mengikut seksyen 337 kanun keseksaan.Mael dan isteri tinggal berasingan kerana mempunyai masalah rumahtangga datang untuk menziarahi anaknya dirumah isteri  naik berang apabila anaknya tidak mengendahkanya dan tidak mahu bersalaman denganya menyebabkan Mael bertindak memukul anaknya dengan tangan.Mangsa yang mengadu kepada ibunya kemudian membuat laporan polis terhadap bapanya.

Jaddahnya buat laporan polis,bila ayah awak datang elok-elok untuk melawat dan melihat keadaan anaknya di buat macam bangla jual kain? Dibuat endah tak endah dan apabila anak sendiri tidak mahu bersalam dengan si ayah,mana pergi maruah si ayah tadi? Memang patut dipukul dan isteri Mael pula tidak bertindak rasional.Manjakan anak tak bertempat.Tak kira lah berapa besar salah Mael,sekurang-kurangnya pergi lah bersalaman dengannya walau bertapa tinggi pun benci kepada kesalahan si ayah,dia tetap ayah anaknya.Walaupun masalah rumahtangga mereka berpunca dari Mael tetapi niat si ayah yang ingin melawat anaknya diperkotak katik kan si anak.Ntah lah,korang mungkin cakap Mael salah sebab ketagihan dadahnya sehingga memecah belahkan rumah tangga nya sendiri,tapi bila si ayah melawat salam dan cium lah tangan ayah tu.Kalau takde ayah,korang pon takde!

1 comment:

yatieyasiah said...

pasal dadah tu antara dia ngan Tuhan... yg si anak tu bangang jd kurang ajar ngan ayah dia knp..

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics