May 24, 2010

Sherry Jadi Pramugari Semula


Sherry Ibrahim bakal jadi Pramugari semula.Memang susah kalau nak bersaing dalam dunia artis nih,dah la pelakon beratus-ratus peluang nak berlakon pun sikit je.Last-last artis yang popular saja yang mendapat perhatian.Tapi Sherry ni bukan tak dapat perhatian,banyak jugak drama yang dia berlakon dan masih aktif lagi.Malah di dalam Kapoww! pun dia turut berlakon.Tak tahu pulak kenapa dia nak berubah angin dan nekad meninggalkan industri lakonan.Mungkin tak berbaloi dengan penatnya kot?

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim 27 selepas ini bakal berkhidmat sebagai Pramugari untuk Qatar Airways,Sherry yang juga gemar melancong lepas ni boleh lah kembali melancong ke tempat orang.Sherry sebenarnya pernah berkhidmat sebagai Pramugari bersama dengan MAS sebelum bergelar pelakon.
" Saya sukakan Paris,Dah banyak kali pergi pun masih belum puas.Tapi dalam hati saya menyimpan hasrat untuk ke Mekah satu hari nanti,Amin."
" Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya selama ini.Merekalah yang menonton lakonan saya dan memberikan kata kata perangsang.Saya juga mahu menyusun sepuluh jari diatas kesalahan saya selama didalam industri. " Ulas Sherry

Rokku dan peminat semua mendoakan yang terbaik untuk apa saja yang Sherry Ibrahim mahu lakukan didalam hidupnya dan kerjayanya.Moga moga kerjaya Pramugari ini Sherry mampu memberikan kegembiraan dan rasa senang hati hey! ketika menjalankan tugas kepada semua penumpang.Mana lah tau terserempak dengan Rokku nanti.Boleh lah mintak autograph dengan nombor phone graph..Kekekek..

2 comments:

Syahira Mansor said...

nak kirim baju tshirt kaler putih yang ade gambar eiffel tower boleh tak?

alah yg amcam baju souvenir kita beli dkt langkawi 3 spuloh tu.

boleh tek? boleh tak?

ceksumolek's said...

rupanya bersara belakon nk jadi pramugari smula.. :)

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics