May 19, 2010
Datuk Bung Mokhtar Radin Bakal Dipenjara Sebulan Kerana Poligami Tanpa Izin
Datuk Bung Mokhtar Radin dikenakan hukuman penjara selama sebulan kerana kesalahanya berpoligami tanpa izin mahkamah pada akhir tahun lalu.Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut kepada Datuk Bung Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.Bagaimanapun hukuman penjara tersebut ditangguhkan Hakim Wan Mahyuddin.
Datuk Bung Mokhtar dibebaskan dengan ikat jamin RM 1000 berserta seorang penjamin,Hakim Wan Mahyuddin kemudianya memerintahkan peguam Amli Embong yang mewakili Bung Mokhtar untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.Terdahulu didalam penghakimanya Hakim Wan Mahyuddin mengatakan yang Bung Mokhtar adalah ikon masyarakat dan sebagai Ahli Parlimen kesalahan yang dilakukanya adalah amat berat dan perlu dikenakan hukuman yang setimpal.
Kes ini juga mendapat perhatian media massa dan ramai diluar sana yang tidak memahami konsep poligami didalam islam,berkahwin tanpa kebenaran mahkamah oleh itu hukuman ini dapat memberikan kesedaran kepada khalayak ramai.Berkahwin tanpa kebenaran mahkamah adalah suatu kesalahan yang serius dan Bung Mokhtar melakukan kesalahan itu bersama isterinya Zizie Izzette di Gombak 16 disember tahun lalu.
Sementara itu Zizie turut didakwa 'Bersubahat' didalam kes ini dan turut diheret sama adalah abang dan adik Zizie iaitu Ahmad Shahazmi Abd Samad,Samzy Fuzette dan pelakon hot dan sedang meningkat naik Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mokhtar dibawah seksyen 40 (2) enakmen undang-undang keluarga islam (Selangor) No.2 2003 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Wahh kalau kena penjara maknanya Datuk Bung Mokhtar tak boleh jadi Ahli Parlimen lagi ke? Wew..Sangat panas dan Bung Mokhtar diberi cuma 14hari untuk membuat rayuan terhadap hukumanya atau hukuman penjara tersebut akan berjalan.Rokku tak pasti ni,Ramai ahli NGO yang memaksa Bung Mokhtar meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan namun tiada reaksi dari Bung Mokhtar terhadap paksaan tersebut.Ntah lah kan,niat tu murni nak berkahwin tapi cara tu ada sikit salah.Undang undang kena follow jugak tak kira berapa tinggi pun pangkat kita.Tunggu saja lah keputusan akhir nanti,penjara atau tidak.Korang guess Penjara Atau Tidak? Kehkehkeh.. Sumber
No comments:
Post a Comment