May 5, 2010

Zee Avi Berlagak Di AIM 17?


Cerita artis berlagak dengan wartawan ni macam nak bunuh karier kat tanah air sendiri je.Zee Avi berlagak di AIM 17 pulak timbul kali ni,Haishhh..Ni kisah Zee Avi yang sebelum ini dikatakan sengaja tidak mahu berbahasa melayu ketika ditanya soalan oleh wartawan.Kali ni soseh soseh di AIM 17 pada ahad lalu.Ada berberapa wartawan yang dijanjikan dapat menemubual Zee Avi yang diterbangkan khas oleh pihak penganjur dari USA namum hampa apabila Zee Avi dikatakan enggan ditemubual kerana pembabitanya pada malam AIM 17 hanya lah untuk persembahan semata-mata.

Kononnya pihak pengurusan Zee Avi dari USA telah menetapkan supaya Zee Avi tidak ditemubual.Bila ditanya kepada PR yang mengaturkan majlis AIM 17 pula mengatakan yang mereka tidak mengetahui kenapa Zee Avi tidak boleh ditemubual Wartawan.Hmm..Banyak sungguh versi mengenai kisah Zee Avi ni,pernah kedengaran yang Zee Avi hanya mahu ditemubual oleh akhbar berbahasa inggeris dan bukan bahasa melayu.Kisah Zee Avi menjawab hanya sepatah selepas berjela soalan dari wartawan juga turut berlegar-legar diruangan udara..Hehehe..

Ntah lah eh,macam mana etika nak berdepan dengan wartawan kita yang sensitif sikit ni? Sikit saja salah dan benda itu akan menjadi besar.Tapi apa salahnya artis-artis mencontohi sikap artis senior yang selalu disenangi wartawan? Dato Siti Nurhaliza contohnya yang tak pernah sentap atau salah mengatur kata ketika ditemubual.Apatah lagi Dato Siti Nurhaliza melarikan diri dari wartawan.Kalau nak popular sikit kat Malaysia ni kena pandai handle diri ketika bersama dengan wartawan.Itu nasihat Rokku..

4 comments:

Hazri said...

soalnya sekarang ialah adakah "wartawan" hiburan bahasa melayu masih releven. Sebab kebanyakan berita yang disampaikan oleh wartawan2 ni semata2 nak menjual surat khabar dan bukan untuk membantu artis.

Sebab tu kebanyakan remaja sekarang dan keberangkalian besar "target audience" Zee Avi tak melanggan surat khabar dan majalah hiburan BI. Zee Avi naik atas usaha peminatnya dia dan juga media internet.

Fikirlah.....

nOOb™ said...

zee avi naik coz usha peminatnye dr internet.. so ape masalah dia blagak dgn wartawan? ade ke sumbangan wartawan melayu kat dier?takde langsung.. dorang ni pon tau tetibe name dia naek kat tenet.. pastu iye2 ajak ke aim 17 .. melayu kadang2 ckp supe tak bikin.. yg tau aibkan org stiap mase

noor fadzilawaty abu bakar said...

bagi aku memang patut pun zee avi buat macam tu.wartawan hiburan ni tau nak aibkan orang jer..benda baik tak mau dia tau...dia naik pun atas usaha dia sendiri,bukannya atas usaha wartawaqn hiburan.mmm...wartawan hiburan takde masa nak tolong promote artis melainkan tolong sebarkan cerita panas semata-mata....

zurrushdi said...

wartawan tanya hal gosip2 je...tu le zee tak nak layan

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics