May 7, 2010
Zainal Abidin Gagal Bayar Nafkah Anak
Pada mulanya Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap untuk menahan Zainal Abidin tetapi waran tangkap tersebut digantung selepas peguam yang mewakili Zainal Abidin iaitu Abdul Halim Bahari hadir ke mahkamah bagi mewakili Zainal Abidin.
Abdul Halim menyatakan yang pihaknya juga akan mengadakan perbincangan ( Sulh ) secara baik dengan Zainal Abidin ( Uik..dah kena waran baru nak bincang secara baik? ) Justeru waran tangkap tersebut tergantung sementara dokumen berkaitan permohonan difailkan oleh anak guamnya.
Bekas isteri Zainal Abidin,Natasha Gabriel mendakwa Zainal gagal membayar nafkah untuk dua anak mereka selama 29 BULAN!! setakat bulan lepas dan berjumlah RM 16,800 serta perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak RM 2,100.Sebelum ini perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 8 november 2002 menyatakan persetujuan iaitu Zainal Abidin bersetuju membayar RM 200 seorang dan segala perbelanjaan lain seperti Sekolah dan perubatan anak-anak.
Natasha mendakwa nafkah yang diberikan tidak mencukupi dan Zainal Abidin sebenarnya mampu membayar lebih berdasarkan kerjayanya sebagai artis,memiliki syarikat sendiri dan tidak muflis. Ayyarrkk lahh..Takkan RM 200 je kot sorang? Duduk kat lembah kelang ni bukan murah-murah dan sebagai bapa tunjuk lah lebih usaha untuk membantu hidup anak setelah berpisah dengan isteri.Jangan nanti orang kata,Buat anak saja pandai..! Sumber
No comments:
Post a Comment