Jul 22, 2010

Gambar Krisdayanti Dan Raul Bercium Sakan!!


Adehhh...Raul ni agama apa? Setahu Rokku Krisdayanti ni memang islam.Rupa macam orang Fiji je si Raul nih.
Gambar ni bukan superimpose tau,memang terjadi dan ianya adalah ciuman ke 2 ketika mereka berdua ditemubual oleh wartawan.

Raul yang yang kelihatan emosi apabila menjawab soalan dipujuk oleh Krisdayanti dengan ciuman pertama,wartawan yang terkejut meminta mereka berdua mengulangi aksi tersebut dan dengan selamba mereka bercium dan dirakam oleh wartawan.

Suka hati la kan,dah nak kahwin pon dengar ceritanya.Anak si Raul sampai hendak membunuh diri kerana tertekan tentang kisah bapanya dengan Krisdayanti.Rokku ucapkan selamat! kepada mereka yang berkenaan..

Jul 15, 2010

Eksklusif : Gambar Keluarga Zul Yahya


Jarang kalau kita dapat melihat apakah perkembangan Zul Yahya dan keluarga,Artis lain sibuk tayang anak tapi Zul Yahya macam nak tak nak je anak serta isterinya dikenali ramai.

Dua-dua anaknya mengikut mata Zul Yahya yang sepet tuh,Macam anak cina abih!Kita doakan semoga keluarga Zul Yahya aman damai dan diberkati Allah S.W.T..

Jul 10, 2010

Gambar : Zul Handy Black Bogel Dalam Filem Mantra


Mungkin keperluan skrip kot,tapi pemandangan yang ditunjukkan tak indah langsung iaitu Zul Handy Black tidor dengan nyenyak dan duduk dalam keadaan yang nampaknya macam bugil atau bogel!!


Suka hati mereka dan keluarga mereka lah,aritu mamat dalam filem lagi satu tu dah kena sound dengan Menteri.Lepas ni kang siapa pulak lahh yang kena,Kita Tunggu... Kredit Gambar Kepada Media Malaya

Jul 9, 2010

Fasha Sandha Tidak Mahu Digandingkan Dengan Tiz Zaqyah


Macam pernah bau kejadian ni,dulu si Fasha Sandha dikatakan merampas! suami Nora Danish sehingga Nora Danish tidak mahu melihat Fasha berada dalam satu set pengambaran.Kini Fasha Sandha pulak enggan digandingkan bersama Tiz Zaqyah yang dikatakan cuba merampas kekasihnya yang kebetulanya pulak bekas suami Nora Danish!

Mungkin dalam hati Tiz Zaqyah pulak ketawa besar sambil berkata " Ada aku kesah "? Huahuahua..Yela,Fasha Sandha selamba letak syarat begitu jika ada produser yang mahu mengambilnya berlakon.Perbuatan Fasha Sandha tu macam melebelkan yang Tiz Zaqyah ni artis sengkek sangat! Tiz Zaqyah menang ABPH 2009 ok huhu! Penat bercakap pasal diorang berdua ni.Rokku ucapkan semoga kerjaya anda berdua gemilang dipersada seni tanah air..

Jul 5, 2010

Gambar Awek Baru Radhi OAG


Baru lagi berpisah dengan bekas isterinya Shazlin.Selepas beriya-iya berdrama didepan media dengan pendedahan yang membuka pekung didada,Kini Radhi OAG dah ada awek baru! Cun la jugak,baru belasan tahun je umurnya.

Nama awek ni ialah Nur Syahira Ayu,Memang Ayu dan berseri.Biasa lah buat apa tunggu lama-lama.Dah free dan kembali bujang.Ni lah time nak test saham masih laku ke tak,betul tak Radhi? Huhuhu...

Rokku rasa hubungan Radhi dengan Nur Syahira Ayu ni masih baru.So kita tengok lah perjalanan kisah cinta mereka berdua ni.Yang penting doa yang elok-elok.

Jun 29, 2010

Gambar Bercukur Jambul Putri Qaseh, Anak Awie Wings


Dah 5 bersusun dan terurus rapi anak-anak lagenda rock negara Awie Wings.Ni gambar bercukur jambul Putri Qaseh,yang dilangsungkan dikediaman Awie dan Rozana yang juga merupakan adik kepada Haliza Misbun.


Rokku ingat lagi dulu Haliza Misbun yang kontroversi dengan aksi berkemban didalam filem terbarunya ' Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami pernah keluar di Melodi dan seperti tidak menyetujui perkahwinan Awie dan Rozana.


Tapi sekarang dah ok kot? Dah 5 anak buah,Rozana pun elok dijaga Awie.Rokku pon kurang sihat ni..Jadi izinkan Rokku sambung titon...huahua.. Kredit gambar sepenuhnya diberikan kepada Media Malaya 

Jun 25, 2010

Anne Ngasri Sah Bercerai Talak 3, Maya Karin Enggan Komen Tentang Perbicaraan Mahkamahnya


Sah sudah penceraian satu lagi pasangan Sehati Berdansa yang nampak cukup romantis serta dikurniakan 2 orang anak iaitu Anne Ngasri dan suaminya Abdul Wafi Hassan.Anne Ngasri diceraikan dengan talak 3, 3 kali lafaz cerai diucapkan oleh Wafi dan sepanjang 2 kali cerai di lafaz,Wafi dan Anne berusaha untuk berbaik serta rujuk semula.Tapi ni dah talak 3,talak yang susah sikit caranya kalau nak kembali bersama sebagai suami isteri.Huhu..Korang paham-paham suda la..Dah takde jodoh kan? Macam mana kita mencuba pun Tuhan dah tetapkan.Yang penting anak-anak,Wafi kena provide nafkah secukupnya untuk anak-anak.Jangan jadi bapak yang hampeh!

Maya Enggan Komen Tentang Perbicaraan Mahkamahnya




No Divorce! Ask Maya, ujar David Shorthose atau nama islamnya Muhammad Ali ketika cuba ditemuramah oleh wartawan yang menunggu diluar mahkamah setelah selesai perbicaraan rahsia antara Maya Karin dan dirinya.Maya Karin yang hadir dengan berbaju kurung dan bertudung litup hanya tersenyum apabila disoal wartawan dan memohon agar pihak media dan peminat memahami situasinya.
Peguam Maya yang Nurhusniah Husin juga tidak mahu memberikan sebarang detail mengenai perbicaraan dengan alasan dihalang Maya sendiri.Rokku dapat tau yang tujuan Maya Karin dan David Shorthose hadir ke mahkamah adalah untuk mengesahkan perkahwinan mereka yang berlangsung di Italy pada 6 ogos 2008.Sama lah kan,macam pasangan yang kahwin kat Thailand.Diorang kena dapatkan pengesahan dari mahkamah Malaysia.Tapi kenapa lambat sangat?

Jun 22, 2010

Gambar Linda Onn Menunaikan Umrah


Ni gambar-gambar Linda Onn di Tanah Suci Mekah bersama-sama keluarga dan sedang menunaikan umrah pada ketika ini.Best jugak first class flight tuh,memang mantap lah Linda Onn.

Penat berkerja dan menguruskan perniagaan,ni lah masanya si jutawan nak beribat dan membawa keluarga untuk sama-sama mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Rokku suka dengan gambar berpurdah Linda Onn ni,nampak misteri jek! Hehehe Rokku doakan supaya Linda Onn dan keluarga selamat pulang dari Tanah Suci.Ntah ntah Linda Onn nak pakai tudung pulak lepas ni? Sapa tau kan?



Jun 21, 2010

Perang Bidaan No Plat : Siti Nurhaliza Mahu No Plat KCT1



UPDATE : Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza menang bidaan KCT1 dengan bidaan sebanyak RM 66,550 meninggalkan 192 pembida lain yang kebanyakkanya hanya sanggup membida tidak lebih dari RM 20,000.Agak-agaknya kat kereta apa diorang letak no plat ni nanti? Ntah-ntah kat kereta Bugatti Veyron! Huahuahua..Dah rezeki diorang,korang sibuk pesal.Skali skali berbelanja besar untuk benda yang pelik,apa salahnya.

Memang dah cantik dah tu,KCT1 akan jadi no plat yang mewakili dua hati Khalid untuk nama suami dan CT untuk Datuk Siti.No plat KCT1 berasal dari Kedah dan sumber dari JPJ Kedah mengesahkan Datuk Siti sanggup membida dengan harga yang tinggi demi untuk sekeping no plat! Dah kayo kan,apa lagi nak buat dengan duit tu.Sumber JPJ Kedah memaklumkan bidaan akan dibuka pada RM 10,000!!!

Bukan senang untuk Datuk Siti dan Datuk K mendapatkan no plat ini sebab terdapat ramai hartawan dan syarikat korporat yang turut membida no plat tersebut.Untuk pengetahuan korang bidaan telah dibuat minggu lepas dan keputusan bidaan akan diketahui pada hari ini.Memang ramai yang berhabis untuk no plat cantik ni.Bagi Rokku buang masa dan duit je.Orang pun pandang sekali lalu je,Tapi Datuk Siti dan Datuk K nak mengabadikan cinta mereka pada no plat.Apa salahnya kan? Keputusanya hari ini..Siapa lah yang dapat!

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics