Jun 29, 2010

Gambar Bercukur Jambul Putri Qaseh, Anak Awie Wings


Dah 5 bersusun dan terurus rapi anak-anak lagenda rock negara Awie Wings.Ni gambar bercukur jambul Putri Qaseh,yang dilangsungkan dikediaman Awie dan Rozana yang juga merupakan adik kepada Haliza Misbun.


Rokku ingat lagi dulu Haliza Misbun yang kontroversi dengan aksi berkemban didalam filem terbarunya ' Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami pernah keluar di Melodi dan seperti tidak menyetujui perkahwinan Awie dan Rozana.


Tapi sekarang dah ok kot? Dah 5 anak buah,Rozana pun elok dijaga Awie.Rokku pon kurang sihat ni..Jadi izinkan Rokku sambung titon...huahua.. Kredit gambar sepenuhnya diberikan kepada Media Malaya 

Jun 25, 2010

Anne Ngasri Sah Bercerai Talak 3, Maya Karin Enggan Komen Tentang Perbicaraan Mahkamahnya


Sah sudah penceraian satu lagi pasangan Sehati Berdansa yang nampak cukup romantis serta dikurniakan 2 orang anak iaitu Anne Ngasri dan suaminya Abdul Wafi Hassan.Anne Ngasri diceraikan dengan talak 3, 3 kali lafaz cerai diucapkan oleh Wafi dan sepanjang 2 kali cerai di lafaz,Wafi dan Anne berusaha untuk berbaik serta rujuk semula.Tapi ni dah talak 3,talak yang susah sikit caranya kalau nak kembali bersama sebagai suami isteri.Huhu..Korang paham-paham suda la..Dah takde jodoh kan? Macam mana kita mencuba pun Tuhan dah tetapkan.Yang penting anak-anak,Wafi kena provide nafkah secukupnya untuk anak-anak.Jangan jadi bapak yang hampeh!

Maya Enggan Komen Tentang Perbicaraan Mahkamahnya




No Divorce! Ask Maya, ujar David Shorthose atau nama islamnya Muhammad Ali ketika cuba ditemuramah oleh wartawan yang menunggu diluar mahkamah setelah selesai perbicaraan rahsia antara Maya Karin dan dirinya.Maya Karin yang hadir dengan berbaju kurung dan bertudung litup hanya tersenyum apabila disoal wartawan dan memohon agar pihak media dan peminat memahami situasinya.
Peguam Maya yang Nurhusniah Husin juga tidak mahu memberikan sebarang detail mengenai perbicaraan dengan alasan dihalang Maya sendiri.Rokku dapat tau yang tujuan Maya Karin dan David Shorthose hadir ke mahkamah adalah untuk mengesahkan perkahwinan mereka yang berlangsung di Italy pada 6 ogos 2008.Sama lah kan,macam pasangan yang kahwin kat Thailand.Diorang kena dapatkan pengesahan dari mahkamah Malaysia.Tapi kenapa lambat sangat?

Jun 22, 2010

Gambar Linda Onn Menunaikan Umrah


Ni gambar-gambar Linda Onn di Tanah Suci Mekah bersama-sama keluarga dan sedang menunaikan umrah pada ketika ini.Best jugak first class flight tuh,memang mantap lah Linda Onn.

Penat berkerja dan menguruskan perniagaan,ni lah masanya si jutawan nak beribat dan membawa keluarga untuk sama-sama mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Rokku suka dengan gambar berpurdah Linda Onn ni,nampak misteri jek! Hehehe Rokku doakan supaya Linda Onn dan keluarga selamat pulang dari Tanah Suci.Ntah ntah Linda Onn nak pakai tudung pulak lepas ni? Sapa tau kan?



Jun 21, 2010

Perang Bidaan No Plat : Siti Nurhaliza Mahu No Plat KCT1



UPDATE : Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza menang bidaan KCT1 dengan bidaan sebanyak RM 66,550 meninggalkan 192 pembida lain yang kebanyakkanya hanya sanggup membida tidak lebih dari RM 20,000.Agak-agaknya kat kereta apa diorang letak no plat ni nanti? Ntah-ntah kat kereta Bugatti Veyron! Huahuahua..Dah rezeki diorang,korang sibuk pesal.Skali skali berbelanja besar untuk benda yang pelik,apa salahnya.

Memang dah cantik dah tu,KCT1 akan jadi no plat yang mewakili dua hati Khalid untuk nama suami dan CT untuk Datuk Siti.No plat KCT1 berasal dari Kedah dan sumber dari JPJ Kedah mengesahkan Datuk Siti sanggup membida dengan harga yang tinggi demi untuk sekeping no plat! Dah kayo kan,apa lagi nak buat dengan duit tu.Sumber JPJ Kedah memaklumkan bidaan akan dibuka pada RM 10,000!!!

Bukan senang untuk Datuk Siti dan Datuk K mendapatkan no plat ini sebab terdapat ramai hartawan dan syarikat korporat yang turut membida no plat tersebut.Untuk pengetahuan korang bidaan telah dibuat minggu lepas dan keputusan bidaan akan diketahui pada hari ini.Memang ramai yang berhabis untuk no plat cantik ni.Bagi Rokku buang masa dan duit je.Orang pun pandang sekali lalu je,Tapi Datuk Siti dan Datuk K nak mengabadikan cinta mereka pada no plat.Apa salahnya kan? Keputusanya hari ini..Siapa lah yang dapat!

Rozita Che Wan Nak Kahwin, Ayu Raudhah Pula Bertunang


Rancak dua orang adik beradik ni,Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah sarat dengan tawaran lakonan dan juga dengarnya rancak dengan rancangan persiapan hari bahagia masing-masing.Ayu Raudhah dikatakan bakal melangsungkan pertunangan dengan striker ternama Malaysia dan Negeri Sembilan, Zaquan Adha sementara Rozita Che Wan pula dengan jejaka misteri yang masih belum dikenali ramai.

Rozita dikatakan pergi membeli belah ke Singapura bersama jurusolek Amy Janz dan pereka fesyen Man Kajang.Aii..Kat Kajang tak cukup kedai untuk persiapan kahwin ke? Huhuhu..Tapi ni semua hanya cerita mereka mengetahuinya dan harapnya semua perancangan menjadi dan dimudahkan oleh Allah S.W.T.
Lepas je kahwin,takkan ada lagi kidung mu Rozita Che Wan sebab dia nak berhenti berlakon.Tak tau pulak kisah Ayu Raudhah,dia ikut jejak Rozita atau tetap berlakon?

Jun 17, 2010

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim


Rokku sendiri terkejut dengan penceraian Diraja ni kerana dari segi luaranya dengan dikurniakan 2 anak,Azrinaz Mazhar Hakim dan Sultan Brunei seperti sedang berbahagia menjalani kehidupan.Tapi takdir dah menentukan bila malam tadi menerusi Radia Television Brunei (RTB) Sultan Hassanal Bolkiah menerusi Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana,Pigaran Alaudin Pangiran Paduka Abu Bakar mengumumkan bahawa Baginda menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim yang juga merupakan bekas pembaca buletin utama TV3 diatas sebab sebab khas.

“(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.

Disebabkan perceraian ini semua gelaran dan tarasul serta bintang kebesaran dan pingat kehormat yang dikurniakan kepada Azrinaz Mazhar Hakim akan ditarik balik.Sultan Hassanal Bolkiah dan Azrinaz Mazhar Hakim pertama kali bertentang mata di Lobby Sri Pentas TV3 dan berkahwin pada 20 ogos 2005 dan hasil dari perkahwinan rahsia itu Azrinaz dan Sultan Brunei dikurniakan 2 anak,Pangiran Muda Abdul Wakeel 4 tahun dan Pangiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 2 tahun..

Dadah : Saiful Apek Dan 5 Rakan Dibebas Dengan Jaminan Polis


Saiful Apek yang ditahan bersama 5 rakannya kerana memiliki ganja akan dibebaskan dengan jaminan polis namun siasatan masih berjalan dan polis akan mengambil keputusan samada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya atau tidak selepas siasatan ditamatkan jelas Ketua Polis Daerah Subang,Assistant Komissioner Zainal Rashid Abu Bakar.Semalam reman keatas Apek dan rakan-rakannya dilanjutkan sehingga hari ini.

Saiful Apek dan 5 rakannya ditahan ketika sedang meyaksikan perlawanan piala dunia antara Nigeria dan Argentina pada jam 10 malam dan turut dirampas bersama mereka adalah kira kira 40gram ganja yang dijadikan bahan untuk berpesta pada malam itu.Ish Ish..Pihak polis menjalankan siasatan dibawah seksyen 39A(1) serta seksyen 6 akta dadah merbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan seksyen 15(1)A kerana pengunaan dadah.
Takkan kes melibatkan artis ni nak jamin je kan? Nak pulak membabitkan nama besar yang menjadi idola dan artis kesukaan dari yang kecil sehingga lah yang tua..Pihak berkuasa perlu menunjukkan ketegasan dalam kes ini dan Rokku harap keputusan yang betul akan dibuat dan pihak yang bersalah akan dihukum!

Jun 13, 2010

Gambar Pernikahan Harith Iskander Dan Jezamine Lim


Walaupun dihalang keluarga pihak perempuan kisah percintaan Harith Iskander 44 dan Jazemine Lim 27 akhirnya dengan pernikahan setelah Jazemine Lim yang merupakan seorang doktor pelatih dan model sambilan tetap dengan keputusanya untuk mengahwini pelawak ternama negara Harith Iskander.


Dengan sekali lafaz Harith selamat menjadi suami kepada Jazemine Lim dengan mas kahwin RM300.Mereka dinikahkan dirumah pengurus Harith,Sue Hussian di Kota Damansara.Jazemine juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM 50,000.


Tapi macam tak best pulak bila keluarga Jazemine Lim tidak merestui perkahwinan ini atas sebab tertentu.Namun Rokku ucapkan Tahniah kepada Harith dan saudara baru kita Jazemine dengan terpaterinya dua hati walau cinta dihalang oleh orang tua..Uihh Macam lagu Fauziah Latiff plak..Nah gambar perkahwinan mereka untuk korang tatapi..enjoy..





Jun 11, 2010

Jimmy Shanley Bertunang ( Kali Ni Baru Betul! )


Kali ni baru betul-betul Jimmy Shanley bertunang,cerita yang dulu-dulu tu sume gosip semata! Semalam Jimmy Shanley 30 mengikat tali pertunangan dengan Nur Suhaila Eliani 24 di rumah pengantin perempuan dekat Sunway Rahman Putra.Majlis dihadiri oleh kenalan rapat dan rakan artis,Nur Suhaila Eliani dan Jimmy Shanley mengenakan persalinan yang berwarna merah jambu lembut.

Kira bertuah la Jimmy kerana dapat anak orang kayo,Huahuahua..Nur Suhaila adalah anak kepada pengasas produk kecantikkan Natasya,Datin Muniroh Kassim.Tak kisah lah kan kaya ke tak,Yang penting hati sama berkenan.Jimmy Shanley menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang oleh pihak perempuan.Majlis perkahwinan yang ditunggu-tunggu akan dilangsungkan pada awal oktober ini.Kejap je nak menanti oktober tu,diharap segala dugaan ketika bertunang ni dilalui dengan tenang oleh kedua pasangan.Jimmy Shanley dah bertunang,Anda bila lagi? XD

Cinta Nurul Dan Ryzal Berakhir


Kalau tak silap dulu macam dah nak kahwin je bunyinya kisah cinta antara Nurul dan Ryzal nih,tapi nak buat macam bila takde jodoh putus lah kasih sayang tu.Nurul dan Ryzal sepakat untuk berpisah apabila bertemu hujung minggu lalu.Nurul sendiri merasa seperti dia telah memusnahkan harapan peminatnya yang berharap supaya hubunganya dengan Ryzal berakhir dijinjang pelamin.Ini satu keputusan yang berat namun mereka tidak mampu membawa percintaan ini ke tahap yang lebih jauh.

Kerjaya Ryzal yang sering keluar negara adalah antara salah satu penyebab hubungan mereka menjadi semakin jauh dan retak.Nurul sendiri mengaku yang dia sukar jatuh hati,bila bercinta dengan Ryzal ia membuatkan Nurul betul-betul angau dengannya.Bila perpisahan ini terjadi Nurul terpaksa merelakan Ryzal pergi dan memulakan hidup baru.

Tekad Nurul jika selepas ini dia bertemu jejaka yang berjaya mencuri hatinya lagi dia mau terus berkahwih kerana cinta itu menyakitkan.Amboi Nurul tak ke gelojoh namanya tuh! Huhuhu..Sabar lah Nurul,kalau takde jodoh kita paksa pun takkan jadi.Rokku sure punya mesti beratur lelaki kat luar sana tuh menanti nak isi borang.Kalo korang berminat pergi lah isi borang dikaunter berhampiran okeh!

Jun 9, 2010

Perhatikan Betul-Betul Gambar Maya Karin Ni


Apo korang nampak? Ayaarrkk..Ni takde photoshop ke hape ok,ni gambar real nih.Takkan before photoshoot tak bersihkan bahagian-bahagian yang mudah berkerak kot wahai Maya Karin? Korang tengok ni disebabkan oleh lighting yang membuatkan ketiak Maya Karin nampak redup dan itam atau memang betul itam semulajadi? Kehkehkeh...

Rokku tau ketiak masam korang pon warna ni gak! Yang pompuan tu puas menyental-yental nak ilangkan itam ketiak tapi yang ado jugak,Huhuhu Ketiak laki laki releks je,walaupun itam tetap menarik bagi sang wanita diluar sana.Motif Rokku letak pic ni adalah untuk memastikan korang membersihkan diri kamu sebelum kamu dibersihkan! Untuk Maya Karin Rokku tau anda seorang yang wangi.. Kredit Gambar Kepada Berita Harian

Jun 8, 2010

Edry KRU Sambut Kelahiran Anak Ke-4


Tahniah Edry yang baru mendapat anak ke-4 serta kerjya yang semakin rancak sekarang ni dengan kejayaan sebagai komposer dan terbaru akan menjadi pengarah filem!Semalam Edry menyambut kedatangan anak perempuan ke-2 nya Elya sebagai ahli keluarga barunya di Subang Jaya Medical Center (SJMC).Elya dilahirkan dengan berat 3.34 KG pada jam 8.30 pagi semalam.


Sepatutnya menurut doktor Elya akan dilahirkan pada minggu depan tapi tercepat pulak proses pengeluaranya sebab dia tak saba nak main dengan abang dan kakak kot..Hehehe..Menurut Edry 34 nama Elya adalah gabungan dengan nama isterinya Milia 35 seperti nama anak-anaknya yang lain iaitu Emil 10,Edylia 7,Emery 3.
Tahniah kepada Edry dan isteri,makin ramai anak makin murah lah rezeki dari Allah.Semoga sentiasa produktif dalam menjalankan ujikaji bersama isteri yer Edry!

Jun 7, 2010

Gambar Perkahwinan Puteri Lily Dan Aziz M.Osman


Kahwin sudah pasangan sweet abad ini abang Aziz M.Osman dan Puteri Lily atau nama sebenarnya Puteri Sarbainun Lokman dan ini adalah gambar perkahwinan Puteri Lily Lokman dan Aziz M.Osman yang sangat manis macam kurma masak!.Mereka selamat diijab kabulkan di Masjid Negara 10.10 pagi semalam.Kerana sudah otai,hanya dengan sekali lafaz dan hembus Aziz selamat dinikahkan dengan Puteri Lily berserta mas kahwin RM1000.00 yang diakadkan oleh ayahnya sendiri Lokman Ghani yang juga merupakan seorang pengarah dan bekas pelakon serta disaksikan oleh  Pendaftar Perkahwinan dari JAWI Abdullah Hashim.


Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran yang termasuk Al Quran,set penjagaan diri,minyak wangi,telekung,sirih junjung dan cincin dan dibalas 9 dulang hantaran iaitu Al Quran,tali pingang,kek,kemeja,coklat,baju melayu,cincin dan buah buahan.Ok lah,banyak citer pasal bagaimana mereka berdua berjumpa dan bila cinta berputik tu macam malas plak Rokku nak ulas..Sebab dah tulis masa dia tunang dulu Huahuahua..,Ni gambar gambar yang Rokku dapat dari pernikahan dua hati yang sudah sedia untuk memasuki alam baru terutamanya untuk Puteri Lily yang masih mudo remaja lagik.Ramai kahwin muda skang kan?

Jun 5, 2010

Ifa Raziah Dihentak Helmet Oleh Adik Lelakinya Sendiri


Fuhh..Memang terkejut beruk la bila dengar yang Ifa Raziah cedera dibahagian muka kerana ditampar dan dihentak dengan helmet serta hampir ditikam adiknya sendiri! Mesti bergaduh besar ni,perselisihan faham antara adik beradik.Adik beradik Rokku sendiri pernah bertikam lidah,tapi Alhamdulillah takde lah sampai tahap pukul memukul ni.

Ifa telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Pasu,Jitra Kedah pada hari berlakunya kejadian tersebut serta menerima rawatan di Hospital Jitra.Rokku dapat tau kejadian ni terjadi pada khamis dan apabila Rokku check FB Ifa ternyata Ifa cuba menyembunyikanya dan tidak memperkatanya mengenai kejadian itu pada hari selepas kejadian tersebut.Mesti lah nak jaga air muka keluarga,tapi macam mana nak tutup bila semua orang sudah mula menghebahkanya.

Dengar cerita lagi punca Ifa Raziah adalah bila Ifa meminta wang Khairat kematian yang diterima dari penduduk kampung sebanyak RM 500.00 kepada adik beradiknya untuk menampung kos lain dari kematian Allayarhamah ibunya yang baru meninggal dunia iaitu Maimunah Ahmad.Mungkin konflik bermula dari situ dan menyebabkan adik lelakinya itu naik berang.Ifa masih menganggap dia sebagai adik,air dicincang takkan putus katanya.Tapi soal adakah Ifa memaafkanya hanya saya dan Allah yang tahu ulas Ifa Raziah.Nasib baik lah takde siapa yang cedera parah,buatnya kena tikam pasti outcome kisah ini lebih tragis.Kisah sebenarnya hanya mereka yang tau.Dah lapor polis dan akan masuk mahkamah,layan saje lah..Macam-macam..

Gambar Pernikahan Saiful Nizam (TV3) Dan Aida (Gadis Melayu)


Ni gambar pernikahan Saiful Nizam pembaca berita TV3 dengan bekas juara Gadis Melayu Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali yang selamat diijab kabulkan di rumah pengantin perempuan dekat Bandar Country Homes Rawang malam semalam.Saiful 28 dan Aida 25 dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Zali Ismail 59 pada jam 9.30 malam tadi berserta mas kahwin sebanyak RM 6,000.


Kedua pasangan mengenakan busana rekaan Radzuan Radzwil dalam majlis yang dihadiri oleh 500 tetamu dan kenalan rapat antaranya adalah Datin Norazlina Redzuan,Norhaizi Mohd Rani dan Zainal Ariffin Ismail.
Aida menerima tujuh dulang hantaran iaitu jam tangan,cincin,kasut,beg tangan,kek,sirih junjung,barang kemas dan set solekan.Sementara Saiful menerima sembilan dulang hantaran iaitu tafsir Al Quran,songket,butang baju melayu,cincin,kemeja,cermin mata,sirih junjung,kasut dan kek.


Pada 13 Jun kedua mempelai akan diarak dengan kereta kuda di Changlun Kedah untuk persandingan bahagian lelaki.Mereka akan disandingkan dengan tema ala kesultanan melayu di Dewan Sivik Bandaraya Petaling Jaya.Rokku ingat lagi yang mereka berdua ni adalah produk realiti tv terbitan Media Prima,seorang menerusi Malaysian Top Host dan seorang lagi menerusi Gadis Melayu.Dah jodoh dan bertemu di Media Prima.Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa hendaknya..

Jun 3, 2010

AC Mizal Dipenjara Atau Tidak Mahkamah Tetapkan Hujah Pada 29 Julai


Samada AC Mizal akan dipenjara atau tidak mengenai kes nafkah anaknya yang tertunggak melebihi
RM 50,000 akan diketahui pada 29 Julai ini.Mahkamah Rendah Syariah Kajang menetap tarikh itu setelah bekas isteri AC Mizal,Shafnie memohon agar AC Mizal dikenakan tindakan kerana menghina Mahkamah dihadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.


AC Mizal telah pun membuka satu akaun khas untuk kedua dua anaknya itu namun tidak memadai dan tidak boleh diterima kerana akaun itu hanya dibuat sembilan bulan setelah permohonan difailkan.Akaun itu juga tidak berfungsi kerana anak anak AC Mizal bersama bekas isterinya iaitu Muhamad Syafiq Iman 14 dan Muhamad Syabil Iman 11 tidak dapat mengeluarkan wang tersebut kerana Kad ATM akaun tersebut dipegang oleh AC Mizal dengan alasan takut wang itu digunakan Shafnie untuk kegunaan peribadinya.

AC Mizal tidak hadir perbicaraan hari ini dan diwakili oleh Peguam Syarie Siti Aishah Din setelah mendapat pengecualian Mahkamah.Jumlah yang dituntut oleh Shafnie untuk kedua anaknya adalah.Makan minum RM400,Pengangkutan RM240,Insuran Pendidikan RM1000,Pembantu Rumah RM200,Pengajian Al Quran RM280,Dana amanah pendidikan RM1000,Ansuran Rumah RM650,Pakaian RM3000,Perubatan RM1500,Tuisyen RM500,Aktiviti Kokurikulum RM1000 serta percutian keluarga RM3000.

Siap tayang Bentley dan baru baru ni Rokku terbaca status AC Mizal di Facebook yang mengatakan
" Kereta apa yang lagi best? " Kalau tak silap Rokku macam tu lah bunyinya.Dah nak tambah kereta sport baru takkan lah anak-anak bersama bekas isteri tu nak dibiarkan begitu saja.Kita harap AC Mizal tidak dipenjara dan beliau membayar nafkah yang sememangnya wajib baginya untuk melunaskan bayaran tersebut.Sebagai ayah yang bertaraf jutawan,RM50,000 pun tak mampu nak kasi?

Jun 2, 2010

Aqasha Dah Bertunang?


Diam diam je si Aqasha ni bertunang eh? Atau sekadar gambar percubaan sebelum pertunangan sebenar? Apa pun kita dah dapat tau siapa kekasih hati Aqasha yang dikatakan bernama Baizura.Nampak gambar ni macam dah ready giler ni,mungkin tak lama lagi Aqasha akan tampil dengan kad jemputan ke majlis pertunangannya bersama si Baizura ni.


Sama cantik sama padan,macam pernah nampak saje wajah ayu si Baizura ni.Tapi dimana Rokku dah lupa.Huhuhu..Apa pun kalau ini gambar tunang senyap-senyap Aqasha maka habislah dia kena boikot dengan wartawan hiburan nanti.Kalau gambar studio untuk persiapan je rasanya memang cun lah couple berdua ni! Harap harap semuanya akan berjalan lancar nanti untuk Aqasha dan Baizura




Jun 1, 2010

Peha Lagi : Watie Elite Beraksi


Peha ohh peha,lepas Rozita Che Wan dan Azza Elite.Kali ni Watie Elite pulak tunjuk peha,Aisey sape lagi gebu? Bercakap tentang peha ni,berberapa hari lepas Rozita Che Wan dah pun meminta maaf diatas keterlanjuranya yang memakai skirt pendek dan menampakkan peha nya kepada seluruh rakyat Malaysia.Sangat menyesal bunyi dan riak wajah Rozita Che Wan ketika meminta maaf kepada seluruh peminat..Kehkehkeh..Kali ni peha Watie Elite pulak yang menjadi bahan bualan..Rokku takde gosip nak kasi ni,suram je gosip-gosip artis malaysia ni.Jadi Rokku kasi gambar-gambar ini..Kredit kepada Mstar





wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics