Jun 17, 2010

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim


Rokku sendiri terkejut dengan penceraian Diraja ni kerana dari segi luaranya dengan dikurniakan 2 anak,Azrinaz Mazhar Hakim dan Sultan Brunei seperti sedang berbahagia menjalani kehidupan.Tapi takdir dah menentukan bila malam tadi menerusi Radia Television Brunei (RTB) Sultan Hassanal Bolkiah menerusi Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana,Pigaran Alaudin Pangiran Paduka Abu Bakar mengumumkan bahawa Baginda menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim yang juga merupakan bekas pembaca buletin utama TV3 diatas sebab sebab khas.

“(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.

Disebabkan perceraian ini semua gelaran dan tarasul serta bintang kebesaran dan pingat kehormat yang dikurniakan kepada Azrinaz Mazhar Hakim akan ditarik balik.Sultan Hassanal Bolkiah dan Azrinaz Mazhar Hakim pertama kali bertentang mata di Lobby Sri Pentas TV3 dan berkahwin pada 20 ogos 2005 dan hasil dari perkahwinan rahsia itu Azrinaz dan Sultan Brunei dikurniakan 2 anak,Pangiran Muda Abdul Wakeel 4 tahun dan Pangiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 2 tahun..

2 comments:

Syahira Mansor said...

HAH? biar betul..... huhu~

Anonymous said...

adeh~
kesiannye..
dah takde jodoh agaknye kan
nk wat cane =(

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics