Jun 3, 2010

AC Mizal Dipenjara Atau Tidak Mahkamah Tetapkan Hujah Pada 29 Julai


Samada AC Mizal akan dipenjara atau tidak mengenai kes nafkah anaknya yang tertunggak melebihi
RM 50,000 akan diketahui pada 29 Julai ini.Mahkamah Rendah Syariah Kajang menetap tarikh itu setelah bekas isteri AC Mizal,Shafnie memohon agar AC Mizal dikenakan tindakan kerana menghina Mahkamah dihadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.


AC Mizal telah pun membuka satu akaun khas untuk kedua dua anaknya itu namun tidak memadai dan tidak boleh diterima kerana akaun itu hanya dibuat sembilan bulan setelah permohonan difailkan.Akaun itu juga tidak berfungsi kerana anak anak AC Mizal bersama bekas isterinya iaitu Muhamad Syafiq Iman 14 dan Muhamad Syabil Iman 11 tidak dapat mengeluarkan wang tersebut kerana Kad ATM akaun tersebut dipegang oleh AC Mizal dengan alasan takut wang itu digunakan Shafnie untuk kegunaan peribadinya.

AC Mizal tidak hadir perbicaraan hari ini dan diwakili oleh Peguam Syarie Siti Aishah Din setelah mendapat pengecualian Mahkamah.Jumlah yang dituntut oleh Shafnie untuk kedua anaknya adalah.Makan minum RM400,Pengangkutan RM240,Insuran Pendidikan RM1000,Pembantu Rumah RM200,Pengajian Al Quran RM280,Dana amanah pendidikan RM1000,Ansuran Rumah RM650,Pakaian RM3000,Perubatan RM1500,Tuisyen RM500,Aktiviti Kokurikulum RM1000 serta percutian keluarga RM3000.

Siap tayang Bentley dan baru baru ni Rokku terbaca status AC Mizal di Facebook yang mengatakan
" Kereta apa yang lagi best? " Kalau tak silap Rokku macam tu lah bunyinya.Dah nak tambah kereta sport baru takkan lah anak-anak bersama bekas isteri tu nak dibiarkan begitu saja.Kita harap AC Mizal tidak dipenjara dan beliau membayar nafkah yang sememangnya wajib baginya untuk melunaskan bayaran tersebut.Sebagai ayah yang bertaraf jutawan,RM50,000 pun tak mampu nak kasi?

3 comments:

Gorgeous H said...

PENJARAkan aje dia nih!

Moots Harlow said...

ntah..masukkan je ke penjara...

Fila Wati said...

hahahhaha rm50,000.00 bgi dia org berapa la sgt..nape x mampu baya?

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics