Jun 11, 2010

Cinta Nurul Dan Ryzal Berakhir


Kalau tak silap dulu macam dah nak kahwin je bunyinya kisah cinta antara Nurul dan Ryzal nih,tapi nak buat macam bila takde jodoh putus lah kasih sayang tu.Nurul dan Ryzal sepakat untuk berpisah apabila bertemu hujung minggu lalu.Nurul sendiri merasa seperti dia telah memusnahkan harapan peminatnya yang berharap supaya hubunganya dengan Ryzal berakhir dijinjang pelamin.Ini satu keputusan yang berat namun mereka tidak mampu membawa percintaan ini ke tahap yang lebih jauh.

Kerjaya Ryzal yang sering keluar negara adalah antara salah satu penyebab hubungan mereka menjadi semakin jauh dan retak.Nurul sendiri mengaku yang dia sukar jatuh hati,bila bercinta dengan Ryzal ia membuatkan Nurul betul-betul angau dengannya.Bila perpisahan ini terjadi Nurul terpaksa merelakan Ryzal pergi dan memulakan hidup baru.

Tekad Nurul jika selepas ini dia bertemu jejaka yang berjaya mencuri hatinya lagi dia mau terus berkahwih kerana cinta itu menyakitkan.Amboi Nurul tak ke gelojoh namanya tuh! Huhuhu..Sabar lah Nurul,kalau takde jodoh kita paksa pun takkan jadi.Rokku sure punya mesti beratur lelaki kat luar sana tuh menanti nak isi borang.Kalo korang berminat pergi lah isi borang dikaunter berhampiran okeh!

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics