May 25, 2010

Shikin Hampir Maut Dalam Kemalangan Babitkan 8 Buah Kenderaan


Memang masih panjang umur Shikin Dangdut atau nama sebenarnya Shikin Dahalan yang terselamat dalam kemalangan yang membabitkan 8 buah kereta dan sebuah bas di Kilometer 44 Lebuhraya Karak,Kemalangan yang terjadi pada jam 12.15 Tengahhari Sabtu lalu.Shikin yang mendapat show di Gambang anjuran TM pada sebelah malamnya.
" Saya ada sound check pada pukul 2 petang,saya dan teman dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke sana dan keadaan menjadi cemas apabila sebuah Proton Persona melanggar Honda City milik saya dari sebelah sisi saya dan menyebabkan kereta saya berpusing pusing sebanyak empat atau lima kali. "


" Kemudian kereta saya dilanggar lagi dari belakang oleh kenderaan yang tidak dapat mengelak.Saya rasa macam dah nak mati ketika itu. " Ulas Shikin
Shikin menegaskan yang dia memandu dengan perlahan kerana keadaan yang basah sementara Proton Persona terbabit memandu dilorong laju.Tambahnya lagi kemalangan itu turut membabitkan sebuah bas.
" Bila kereta dah berhenti,saya lihat asap putih berkepul kepul dan kawan saya menyuruh saya keluar cepat.Bila saya berjaya merangkak keluar,Saya terkejut bila mendapati kereta saya habis remuk.Jika tidak kerana beg udara sudah pasti kami berdua tercampak keluar.Semasa berjalan terhuyung hayang ketika keluar dari kereta,Saya terkejut bila ada kereta Kancil terbabas dan meluru kearah saya lalu terus saya melompat kedalam longkang. "

Sehingga hari ini Shikin masih tidak percaya yang dia boleh terselamat didalam kemalangan ngeri terbabit dan bersyukur kepada Tuhan.Leher,Tangan dan Kakinya luka kerana terkena serpihan kaca sementara terdapat benjolan besar dikepalanya akibat terhantuk.Mengingati semula kemalangan ngeri itu,Shikin berkata dia melihat bayi seusia 3 atau 4 bulan mengalami pendarahan serius dan seorang wanita mendapat serangan sakit jantung.Wanita yang memandu Proton Persona yang melanggar Shikin kemudianya datang bertemunya dan meminta maaf dan memberitahu yang dia hilang kawalan ketika memandu

.Wanita tersebut mengalami kecederaan dikepalanya.Shikin turut membuat laporan polis di Balai Polis Bentong dan kemudianya ke Hospital.Fobia kemalangan tersebut menghantui Shikin apabila dia meminta berkali kali supaya suami kawannya untuk memandu dengan perlahan.Memang ngeri kemalangan ni,begitu banyak kenderaan yang terlibat dan dalam keadaan jalan basah,Syukur tiada nyawa yang terkorban.Ambil kisah ini sebagai pedoman,bila hari hujan bawa kereta dengan extra careful.Terutama bila bukan hanya nyawa anda yang menjadi pertaruhan,pemandu lain dan orang yang berada didalam kereta anda juga perlu dijaga keselamatanya. Panjang betul entry Shikin ni! Hehehe.. Sumber

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics