Apr 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia Akibat Kemalangan


Inalillah..Sorang lagi anak seni dan kali betul-betul sedih kerana dia adalah penyanyi lagu leleh atau yang korang semua panggil lagu kampung yang paling Rokku minati! Ya Allah..Kau cucurilah rahmat keatas rohnya dan tempatkan lah beliau dikalangan mereka yang beramal soleh.

Beliau kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas pulang dari rakaman Hits 1 di RTM pada tengahhari tadi,banyak versi dimana sebenarnya kemalangan tersebut yang berlaku pada petang tadi dan Rokku tidak mahu menyentuh bab dimana dan bagaimana.Kita tunggu sahaja berita rasmi dari media rasmi.

Kemalangan dan perihal Achik Spin meninggal dunia telah disahkan oleh PR FMC Records dan Rokku perolehi dari Twitter berberapa artis dan selebriti tempatan.Al Fatihah kepada Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari dan lahir pada 1 Julai 1982.Terlalu cepat beliau pergi meninggalkan kita dan semua ini adalah kehendak Allah S.W.T..Sebarang Update akan Rokku berikan dari semasa ke semasa.. :(

UPDATE: Terbaru yang Rokku perolehi,Achik Spin atau Abdillah Murad Md Shari  terlibat dengan kemalangan ngeri di Km 14 Lebuh Raya Kajang Seremban.Allahyarham yang berada didalam MPV rakan telah terbabas dan terbakar.Disahkan bahawa Achik Spin meninggal dunia ditempat kejadian.Pada masa ini anggota bomba dan polis masih berada di tempat kejadian untuk mengawal lalulintas dan mayat telah dibawa ke hospital Tuanku Jaafar.Pegawai Turus Traffic Negeri Asisten Supritenden Abdul Jalil Abdul Hamzah mengesahkan kejadian.

UPDATE: Terbaru dikatakan MPV Toyota Estima telah melanggar papan tanda sebaik saja keluar dari kawasan Rawat dan Rehat dekat susur keluar ke Pajam.Achik spin mengalami kecederaan parah dikepala dan berberapa bahagian badan yang lain.Saksi mengatakan Allahyarham tercampak keluar dari MPV tersebut sebelum kenderaan itu terbakar dan meletup.Orang ramai cuba untuk menyelamatkannya  namun gagal. Sumber

UPDATE: Jenazah Achik Spin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said pada jam 1 tengah hari tadi.Jenazah dimandi dan dikafankan di hospital dan kemudiannya dibawa ke rumah mentuanya di taman desa ros ampangan seremban.Turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir adalah Hattan,Siti Nordiana,Lan Kristal dan Tomok.Menurut isterinya,Achik telah siap mengecat rumah dan beriya-iya mengemasnya seperti ingin menyambut tetamu.Allahyarham juga tidak kelihatan seperti biasa,Allahyarham lebih banyak berdiam diri sejak akhir-akhir ini.

17 comments:

mie said...

alfatihah!!!

Mat Gebu said...

Al-fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat...

Akmal Izzah Alias said...

al fatihah... erm..

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiun

mari sedekahkan al-Fatihah buat merkea yang telah pergi...

SH said...

al-fatihah....

kawan said...

al fatihah~

DamiAlynNadzli said...

Al-fathihah

salvatore said...

pity , al fatihah , adakah benar berita ini ?

Anonymous said...

Al fatihah, berita ini juga tersiar di Tv3. Di ucapkan Takziah kepada keluarga mangsa - Dari Brunei

Chempaqa said...

alfatihah utk keluarga..td bru tgk promo jgn tido lg achik dgn nana...

Unknown said...

cian.....alfatihah....ingat lah semua bwk kete 2 baca bismillah dulu....

Meyasara sabri said...

al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat n ditempatkan dklgn org2 yg beriman..amin

Hazey said...

alfatihah, baru je menonton rancangan hits 1 di tv1 semalam petang, arwah bersama teman duetnya Nana...

JustFara said...

Al fatihah............. Muga Allah mencucuri rahmat untuk rohnya Amin

M!Er4N said...

al-fatihah dan takziah untuk keluarga arwah..yg hidup mesti teruskan perjuangan dlm kehidupan..moga roh arwah ditempatkan bersama org2 beriman..amin

Anonymous said...

Al-fatihah...muga rohnye dicucuri rahmayNya...

Lan13 said...

Al Fatihah...

Semoga Rohnya di tempatkan bersama orang2 yg beriman.. AMIN.

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics