Apr 10, 2010

Radhi OAG : Selamat Tinggal Dadah!


" Saya sudah bebas bebas dari dadah " Itu lah pengakuan berani dari Radhi OAG yang akhirnya mengaku pernah mengambil dadah malah sejak dari belasan tahun lagi! Kini sudah 2 bulan 9 hari Radhi OAG berjaya menghindari najis dadah.
" Saya tahu pengakuan ini bakal mengejutkan banyak pihak tetapi sebagai artis dan manusia yang bertanggung jawab,saya terpanggil untuk mengakui kesilapan ini dan cuba untuk memperbaikinya."
" InsyaAllah saya akan menjalani kursus pemulihan dadah dengan Agensi Anti Dadah dan PEMADAM selama tiga hari bermula pada 9 hingga 11 April ini."

Selepas ini Radhi mempunyai rancangan untuk tampil dan berkongsi pengalamannya bersama masyarakat demi manfaat bersama.Masalah dadah dikalangan artis di Malaysia ni adalah perkara biasa sebenarnya,tapi berapa ramai yang sanggup mengaku kesalahan serta ingin berubah dan tampil untuk berkongsi pengalaman hitam mereka bersama masyarakat? Respek tinggi Rokku berikan kepada Radhi yang ingin berubah dan mungkin juga ramai penagih serta penguna dadah diluar sana yang akan terpanggil untuk turut bebas dari dadah sekaligus memperbaiki semula hidup mereka berdasarkan kisah Radhi OAG.

Dari usia 15 tahun Radhi OAG dah bergelumang dengan najis dadah dan dia sendiri mengakui yang sudah bermacam-macam jenis dadah yang telah dicubanya.Rokku percaya yang ramai jugak remaja diluar sana yang melalui fasa kekeliruan dan rasa ingin mencuba seperti ini dan diharapkan kisah Radhi ini dapat mengubah mereka sebelum terlambat.Ditanya mengenai motivasi yang menyebabkan dia mahu berubah Radhi mengulas.

" Banyak yang berlaku dalam hidup ini sehingga ia menyedarkan saya untuk berubah.Kegagalan rumah tangga,kehidupan peribadi yang berkecamuk dan kerjaya nyanyian yang agak merudum benar-benar membuka mata saya "
" Namum saya bersyukur kerana Tuhan masih memberi peluang kepada saya,saya berasa amat bersalah melihatkan anak lelaki saya yang terus membesar dan dengan keadaan saya yang tidak stabil begini."
" Faktor-faktor itu menyentuh hati saya untuk berubah,terima kasih juga kepada rakan-rakan di Karyawan yang banyak membantu saya sepanjang proses ini." Sumber

Alhamdulillah..Kalau dah 2 bulan bebas dadah tu tandanya memang Radhi dah mampu untuk melawan rasa ketagih yang bersarang di mindanya.Bukan senang nak berhenti selama 2 bulan! Korang jangan ingat nak berhenti dari pengaruh dadah selama 2 bulan itu adalah perkara yang mudah.Diorang ni dah sebati dengan benda tu dan dah jadi darah daging mereka.Tak dapat dadah dalam 2 hari je dah sanggup bunuh mak ayah ni kan pulak 2 bulan! Tahniah Radhi! Kita sebagai peminat jangan lah asyik nak menghukum,sekali sekala cuba lah menyokong mereka yang nak berubah dan kembali ke pangkal jalan seperti Radhi dan ramai lagi di kalangan masyarakat kita.Bantu dan sokong lah niat murni mereka yang mahu memperbetulkan keadaan seperti kisah Radhi OAG ini.

3 comments:

Anonymous said...

artis dan dadah~

uncle said...

oklah tu kalau dah ada rasa berani nak lawan ketagih dari dadah..tapi uncle rasa payah kalau masyarakat tak turut menyokong..err tapi kalau dah sokong pun depend kepada artis tu sendiri lah kot-kot hangat2 taik lembu jer

tehr said...

remaja selalu berani untuk mencuba tetapi terlalu takut untuk berkata tidak!

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics