Apr 16, 2010

Disihir Tidak Lemahkan Fezrul Khan


Apa agaknya yang berada dalam hati orang yang suka bermain dengan sihir ni? Dengki dan iri hati di lempiaskan dengan menyihir individu yang mereka marahkan.Adehhh..Melayu je yang suka berkelakuan macam orang takde tamadun ni.Orang meniaga untung sikit dari dia,Sihir! Orang berjaya lebih sikit dari dia,Sihir! Kepala lutut kau..

Itu juga lah yang terjadi dan dialami oleh Fezrul Khan yang disihir.Sekarang dia sudah hampir sembuh sepenuhnya dari sakitnya setelah lebih 3 bulan menderita akibat buatan orang.
" Alhamdulillah saya sudah 95% sembuh,Hampir 3 bulan saya menderita sehingga berat badan saya susut sebanyak 10 kilogram.


" Masa terkena saya tak bagitau orang pun yang saya sakit,Mula-mula saya sesak nafas.Susah sangat nak bernafas.Bila tengok sekeliling saya rasa macam nak pitam.Lama kelamaan saya merasa seperti ada sesuatu yang berjalan dekat kepala.Saya rasa dia bergerak-gerak dekat muka saya.Siksanya hidup ketika itu."

Walau pun dalam keadaan sangat sakit dan lemah Fezrul Khan masih tetap hadir untuk pengambaran drama 'Aliff Firdaus'
" Kemudian saya pergi ke hospital dan melakukan berbagai ujian,Saya buat MRI,Stress test dan juga ECG tapi doktor kata saya tak sakit dan menasihati saya supaya berubat secara tradisional.Banyak juga tempat yang saya pergi untuk berubat secara tradisional.Saya banyak berdoa supaya cepat sihat,Saya bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan banyak membantu sepanjang saya sakit." Sumber Dialog

Bila ditanya tentang siapa gerangan yang berdengki dengannya,Fezrul tidak berani menuduh siapa-siapa.Fezrul mendakwa dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan hanya gembira dengan keadaannya yang semakin sihat.Nak musuh-musuh pun buat apa kan Fezrul Khan? Biar orang buat kita jangan pulak kita membalasnya,Kalau dibalas sama saja kita dengan si lahabau tersebut.Dah nama pun kita ni tinggal di Nusantara.Bab sihir menyihir memang kepandaian orang-orang Nusantara.Pandai berkawan dengan setan sampai diri pun menjadi setan!

2 comments:

M!Er4N said...

kesian la kt dia ni..ptt la lama x nmpak dia dlm mana2 drama..sape pnya angkara la yg suka sihir menyihir ni..x takut Allah ke..apa la nk jd

Myst3Rious!! said...

thanks acu.. dapatkan info ni.. tertunai gak harapan misz nk tau psl fezrul ni.. gud job.. misz pon skrg dlm perubatan.. may be nasib sama mcm fezrul... doakan misz kuat OK!!

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics