Ameng Spring pula terbabit dalam kes jenayah serta dadah dan akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok atas tuduhan menghantar SMS berbaur ugutan kepada bekas isterinya ( Not sure yang mana satu,A.Aida atau bekas isteri yang lain? Berapa kali Ameng ni kahwin? ) Dan surprisingly Ameng yang menyerah diri kepada polis kantoi bila ujian air kencingnya positif dadah jenis ganja! ( Berapa kali dah asik positif je?)
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul,Supritendan Zainuddin Ahmad Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminudin Wan Ismail ditahan setelah hadir ke Balai Polis Sentul untuk menyerah diri dan membantu siasatan.
Air kencing yang positif tu satu hal,ugut tu satu hal lagi. Hmm..Tapi yang Rokku pelik adalah bila ada artis yang mengatakan Ameng Spring difitnah untuk kes ini.Siapa artis tu? Artis tersebut adalah Ifa Raziah yang Rokku stalk Facebook nya sebelum menulis artikel ini.
Ifa Raziah beriya iya mengata yang ini kes aniaya! Dan meminta kepada peminat supaya tidak mempercayai kepada kes ugut yang dituduh terhadap Ameng ini.Ameng tidaklah seburuk yang disangka,dia adalah seorang ayah yang penyayang,ulas Ifa Raziah di Facebook miliknya.Rokku pun tengah berfikir-fikir jugak,siapa bekas isteri yang membuat laporan polis ini dan kenapa Ifa Raziah benar-benar mempertahankan Ameng?.Sangat menarik kes ni kan? Mungkin esok kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan diharap kebenaran akan muncul sebagai pemenang.
UPDATE: Berita terbaru adalah Ameng telah dibebaskan dengan ikat jamin,serta Rokku dapat tahu memang benar yang A.Aida adalah mangsa ugut didalam kes ini.Ifa Raziah masih lagi terus menerus mempertahankan rakan baiknya Ameng di Facebook miliknya.Kita tunggu saja perkembangan seterusnya dan Rokku akan cuba sampaikan dan update setiap babak terbaru yang tercipta dalam kes ini..Hehehe
UPDATE: Update terbaru untuk kisah Ameng dan A.Aida ni memang menarik bagi Rokku.A.Aida menghantar SMS kepada Ameng yang meminta Ameng supaya menghentikan SMS berlagaknya yang mendapat pingat kebesaran baru-baru ini telah menaikkan kemarahan Ameng.Ameng yang kononnya naik berang dan mengugut mahu mencederakan A.Aida dan suaminya.Suami A.Aida turut menghubungi Ameng dan meminta supaya Ameng memberhentikan ugutan terhadap beliau dan isterinya,malang sekali apabila suami A.Aida turut dimaki dengan kata-kata kesat.Malah Ameng turut mengatakan yang dia mempunyai Pistol dengan niat mengugut.Hmm..Something fishy is going on here, Statement Ifa Raziah amat interesting bilamana Ifa Raziah berkali-kali membangkitkan isu Fitnah didalam kes ini.Camne kita nak judge kalau kita tak tau perkara sebenar.Please pihak-pihak berkenaan pergi ke pihak Ameng pula dan minta penjelasan dari beliau.
No comments:
Post a Comment