Mar 17, 2010

Sarimah Disingkir Untuk Musim Ke 2 The Biggest Loser


Apa pandangan korang terhadap mutu pengacaraan Sarimah untuk musim pertama The Biggest Loser Asia? Ok lah kan,not bad bagi Rokku.Sememangnya sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri dan sekarang Sarimah dah dipilih untuk menjadi host rancangan realiti no 1 Malaysia iaitu AF8.Rokku bukan nak cakap pasal Sarimah dan AF8 tapi mengenai ura-ura yang Sarimah akan digantikan dengan pengacara lain untuk The Biggest Loser Asia musim ke 2 kononnya kerana sikap dan lagak Sarimah yang tidak disenangi pihak produksi rancangan franchise dari Amerika Syarikat itu.

Dengar cerita yang pihak produksi The Biggest Loser Asia panas dengan sikap Sarimah yang banyak kerenah serta sukar memberikan kerjasama yang diharapkan.Wow! First time Rokku dengar gosip yang membabitkan kerenah Sarimah Ibrahim yang selama ni tak pernah buat hal.Mungkin sebab ni produksi bertaraf Asia so Sarimah demand lebih sikit lah kot? Ada juga dakwaan yang mengatakan Sarimah disingkir kerana sikap Diva dilokasi serta suka meminta sesuatu yang sukar untuk dipenuhi.Demanding jugak si Sarimah ni eh?

Rokku rasa kita patut tunggu jawapan dari Sarimah sendiri,Orang boleh cakap apa saja dan sebagai peminat lebih baik kita dengar dari kedua belah pihak.Dengar cerita lagi sekarang ni Sarimah tengah intim dengan pelakon kelahiran London Stephen Rahman Hughes yang pernah berlakon untuk teater Puteri Gunung Ledang dan terbaru akan membintangi filem epic Hikayat Merong Mahawangsa! Pehh sama cantik sama padan,kalau betul diorang ni tengah bercinta memang best lah kan.Buat apa nak tunggu lama-lama Sarimah,nanti berkulat pulak! Huahuahua

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics