Mar 10, 2010

Tiket Konsert Sulung Zee Avi Sold Out!



Selepas baru sahaja menghabiskan siri persembahan di California kini Zee Avi sedang sibuk dengan siri konsert jelajah Australia dan terbaru tiket-tiket konsert sulung Zee Avi di Kuala Lumpur telah pon habis dijual.Konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur Live @ Life Centre pada 20 Mac ini akan bermula pada pukul 8 malam yang bakal dihadiri 3000 peminatnya.
Menurut bahagian perolehan (Ancillary Income) Syarikat Penerbangan Murah Air Asia, Rafizah Amran, memberitahu pihaknya memilih Zee Avi kerana melihat bakat yang dimiliki olehnya disamping ingin mengetengahkan penyanyi berbakat yang bersesuaian dengan jenama syarikat penerbangan itu.Air Asia memilih Zee Avi kerana mahu menyokong bakat kelahiran tanah air sendiri.
Paling membanggakan adalah bertapa pantasnya tiket konsert sulung Zee Avi ini terjual! Dalam masa 2 hari saja dah sold out!Rokku tau korang semua menantikan kedatangan Zee Avi yang kembali ke tanah air dengan projek bersama Air Asia ini dan Rokku sebagai peminat Zee Avi juga mahu menonton konsert tersebut tapi tak kesampaian! Waaaaa..!


Dengar cerita lagi pihak Air Asia hanya mempromosikan konsert sulung Zee Avi melalui Twitter dan Facebook.Pada hari pertama pihak Air Asia sudah berjaya menjual sebanyak 1000 lebih tiket! Lingkungan umur pembeli tiket adalah diantara 18 sehingga 35 tahun dengan harga tiket bermula daripada RM55,RM105 dan RM205.Zee Avi akan tampil dengan cara yang tersendiri pada konsert tersebut sambil turut merahsiakan lagu dan corak persembahanya pada malam itu kerana mahu memberikan kejutan kepada peminat-peminat! Konsert akan berlangsung selama 50minit  dan pada keesokan harinya Zee Avi akan terus terbang ke Australia untuk menyambung konsert jelajahnya.
Sangat busy tapi sangat berbaloi buat Zee Avi! Bintang yang bergemerlapan dari bumi kenyalang Sarawak.Kita patut berbangga dengan pencapaian yang berjaya dikecapi Zee Avi dengan masa yang cukup singkat! Rokku berharap nak tengok konsert tu dan menyanyi bersama-sama sampai tekak serak tapi apakan daya! Ada masalah yang tidak boleh dielakkan! Korang yang tengok tu curi-curi lah upload video kat You Tube nanti eh? Huhuhuhu..

No comments:

Post a Comment

wibiya widget

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics